Saturday, October 11, 2008

:..Birthday of the month..:


Iman 1 Okt 1988
Giha 4 Okt 1985
Kak Nik 17 Okt 1983
Kak Jaa 31 Okt 1983

Selamat hari lahir dan selamat hari raya buat smua terutamanya muslimah Clayton yg dilahirkan pada bulan Oktober =)

Friday, October 10, 2008

Rounders~~

Alhamdulillah, seperti yg dijanjikan...aktiviti lujnah riadah bersambung kembali selepas selesainya ibadah di bulan Ramadhan. Marilah bersama2 menghadirkan diri utk aktiviti seterusnya iaitu:

Permainan: Rounders
Bila: Ahad ni (12 Oktober 2008)
Pukul brp ye : 745-900am
Di mana : Padang Brown

Badan sihat,otak cergas, iman pun mantap =)
Sebarang pertanyaan, bole lah menghubungi sy atau adlina

Saturday, September 27, 2008

sambutan raya FAMSY 1427


assalammualaikum semua...anda semua dijemput menghadirkn diri ke sambutan raya bersm warga clayton yg disayangi..


Tema: “Kemenangan Sama Dirai”
Tempat: Rusden
Masa: 7.30-10.30


7.00 – Ketibaan para tetamu terhormat /sesi pendaftaraan
7.30 – Majlis dimulakan
1) Bacaan Alquran + Tafsir

2) Kata alu-aluan dari wakil FAMSY

3) Tazkirah

4) Persembahan FAMSY

8.30 - Tetamu dijemput makan
9.15 – Persembahan bermula.
10.00 - Sesi penyampaian hadiah

10.30 - bersurai

Monday, September 1, 2008

~Birthday of the month~

:.. Selamat hari lahir, hanya doa ku hadiahkan untukmu sahabat ..:
Aida 04/09/85
Wan Nur Aimi 20/09/84
Yana 22/09/88
Nahdiya 25/09/88
Zainab Hananah 29/09/87
Sarah 30/09/85

Saturday, August 30, 2008

resepi cheesecake

assalamualaikum wbkth ..atas permintaan ramai..sy letak resepi cheesecake utk tatapan semua..semoga dpt memberi idea utk juadah berbuka puasa =)

ingredients
5 eggs
2 phil cheese
250g castor sugar
1tbs flour
1pinch salt
half block butter
1 large pack chipsmore large
half cup juice
1 cup yogurt
strawberry jam

BASE
line tin with butter
crunch cookies
add melted butter
spread onto tin
chilled

FILLING
beat 4 egg whites till fluffy.set aside
beat cheese with sugar
add in egg yolk+salt
add in whole egg
add in juice+yogurt+flour
add in egg whites

spoon onto base
bake 50minutes,150 degree Celcius

spread jam on top of the cake before serve..

Sunday, August 24, 2008

~ice skating~

alhamdulillah..pd 10 ogos lepas..akhawat2 clayton telah bersm2 bermain ice skating dgn jayanya di olympic ice skating oakleigh..walaupun cuaca agak sejuk ditambah lagi dgn hari hujan namun semua telah menguatkn semangat masing2 utk beriadah.. =) surprisely ramai yg tahu bermain dr yg tak pernah main..rupa2nya banyak bakat akhwat clayton yg terpendam ..semakin hari semakin terserlah..heheh..walaupun ada yg terjatuh.. terduduk.. tersembap..namun semua bersemangat..ada yg laju berskating..dn ada yg seakan2 anak penguin yg br belajar berjalan..hehe.. namun ukhuwah sesama akhawat mmg jelas terpancar apabila ramai yg kelihatan membantu mrk yg tidak begitu mahir berskating..alhamdulillah..ukhuwah sesama kita merupakan kekuatan yg penting sbg umat islam..semoga ukhuwah itu terus mekar dihati kita..

Wednesday, August 13, 2008

FAMSY fitness day

alhamdulillah...satu lg program berjaya dijalankn pd weekend 3rd august di monash sport rec....prgram anjuran FAMSY ni julung2 kali diadakn di bumi melbourne ni....seperti mn tema prgram ni....objektif utamanya ialah utk menggalakn kita semua menanam kesedaran isu menjaga kesihatan dan kecergasan diri ....program ini disertai oleh peserta perempuan sahaja...terdiri dari pelajar pelajar malaysia dr clayton n city.....program ini di mulai oleh ucapan dr wakil FAMSY ( k nik natasya) yg mn memperkenalkn kpd hadirin mengenai FAMSy itu sendiri serta objektif yg ingin di capai....

pelbagai program telah di anjurkn selama 4 jam ini...
antaranya senam aerobik ....yg diketuai oleh aida dan beberapa org pembantu yg lain....pelbagai gaya telah diperkenalkn...antaranya...gaya memberus baju...=p


....setelah semua peserta mula berpeluh dan kelihatan begitu bertenaga...para para bakal doktor mula menjalankn tugas mereka utk melakukan ujian kesihatan....antaranya ....pemeriksaan jantung dan paru paru (physical examination).....blood pressure....ukur berat n tinggi....pemeriksaan mata.....video mengenai breast self examination...semuanya begitu bersemangat dlm mengetahui taraf/status kesihatan diri....syabas di ucapkn

...selain itu...terdapat juga booth2 yg menyediakan information mengenai sleep, stress, diet...etc....penuh warna warni yg membuatkn para peserta begitu tertarik utk singgah dan mengumpul maklumat2.....ujian kecergasan juga diadakn bg mengukur tahap kecergasan para akhawat.....antaranya ujian naik turun tangga (stairs climbing)...mengukur kelenturan badan....push up....sits up....point di beri berdasarkn mata yg di kutip......begitu bersemangat sampaikn para petugas (ajk)...x cukup tgn nk melayan...siap ada yg x sempat menyertai xtvt lain kerna terlampau melayan kerenah peserta....ada juga yg pancit...maklumlah...dh lama x beriadah...=)...




program ini juga di meriahkn dgn pelbagai jualan yg menyihatkn tubuh badan ....ada pelbagai juice...dan buah buahan dgn harga yg berpatutan....program ini di akhiri dgn basketball ....semoga program2 seperti ini lebih byk di adakan di masa akan datang....'sesungguhnya muslim yg kuat itu lebih dikasihi Allah dr muslima yg lemah'...diharapkn semua sahabat2 lebih bersmngt dlm menjaga jasmani dan rohani....ramai2lah meyertai sukan2 yg di anjurkn esp oleh lujnah riadah serta berlumba2 menjaga rohani menjelang bulan ramadhan yg akn tiba kedatangannya x lama lg....


jzkk diucapkn kpd saudari rina yg menyediakn photos..=)

Saturday, August 9, 2008

~Birthday of the month~



Selamat hari lahir kpd anak2 merdeka =) Semoga terus mujahadah dlm melalui jalan ini. Semoga akhlakmu seindah mawar merah jambu ini...


Muni 6 August 1985

Lin 17 August 1988

Kak TG 30 August 1984

Wednesday, July 30, 2008

~FAMSY-MSD Fitness Day~


Marilah sama2 memeriahkan FAMSY-MSD Fitness Day 2008.
Sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui email fitness_0854@yahoo.com.au

pengembaraanmu keyakinanku


ice skating...


inshaAllah aktiviti lujnah riadah semester dua akan dimulakn dgn aktiviti ice skating..yeayyy...


tarikh : 10 OGOS 2008

hari : ahad

waktu : 9.45-11.45 am

tempat: OLYMPIC ICE SKATING CENTRE, 1080 Centre Road, Oakleigh South Melbourne, Victoria, 3167, Australia


bayaran : $14 ( kalo kita dtg in group of 10-25 ppl)


mari beramai2 kita beriadah..siapa yg berminat boleh kasi nama pd k.lily or k.ncbact..supaya kami dapat uruskn transport n booked ticket..tlg kasi nm by friday 8 august jzkk


Saturday, July 26, 2008

Winter Gath 2008 Campespe Down, Kyneton

Alhamdullilah, pada 7-8hb Julai yang lalu seramai lebih kurang 225 pemuda-pemudi telah diizinkan Allah untuk sama-sama hadir memeriahkan winter gathering 2008 ini. Malah perjumpaan ini telah menggabungkan puteri2 dari serata pelusuk dunia; Australia, New Zealand, Malaysia, Uk, dan Mesir. Wah, lihatlah kebesaran Allah yang telah menemukan kita semua. Walaupun winter gathering kali ini singkat sahaja iaitu diadakan selama 2 hari satu malam, tapi ia tetap meriah dan insyaAllah penuh dengan keberkatan dariNya.

Bertolak dari Clayton, dengan menaiki satu bas yang sarat dengan muatan, kami merempuh perjalanan dan bertembung juga dengan traffic jam, namun akhirnya kami sampai lebih kurang 2 jam kemudian di Campespe Down. Aduhai, sejuknya Kyneton. Kami disambut dengan suhu sejuk berserta hujan. Setelah unload barang masing-masing berkumpul dulu di dining hall sebelum bergerak masuk ke bilik masing-masing. Alhamdulillah, seronok lihat bilik2 cabin kami yang cantik dan selesa. Tandas juga luas dan bersih.

Seterusnya kami ke aktiviti centre untuk mendengar pengisian pertama iaitu tentang
“Survival Melayu”. Opportunist. Adakah anda seorang opportunist? Apa perasaan anda, melayu semakin dipinggirkan dan semakin mundur. Seharusnya bila kita lihat melayu, ia menjadi kayu pengukur kekuatan Islam di Malaysia. Tapi, kuatkah kita? Minda “daging ayam”. First time sebenarnya dengar ni. Rupanya “budaya suka ikot-ikot je”. Kita ke? Ayuh! Be daring, don’t stuck in the middle..!

Pengisisan kedua tentang Pembinaan Pemuda. Jazakallah ustaz kerana berusaha memberikan pengisian yang menarik walaupun kami selalu tak faham lawak ustaz. Kesian ustaz. Walaubagaimanapun, insyaAllah peserta-peserta jelas tentang pentingnya pembangunan pemuda, punca gejala-gejala yang berlaku sekarang iaitu kerana masalah jiwa, rosak akhlak, serta manusia tidak kembali semula kepada agama. InsyaAllah, sama-samalah kita mendidik keperibadian, memulihkan rohani, memantapkan akhlak, serta membina sifat rijal yang sebenar.

Pengisian ketiga tentang “Salah Faham Terhadap Islam” di the Barn (pronounce elok2, bukan deban : )) di sebelah petangnya. Alhamdulillah, walaupun diselubungi kesejukan yang teramat, dan mungkin sekali-sekali syahid di tengah jalan, tapi insyaAllah ade pengajaran yang dapat kita ambil dan sedar tentang pelbagai shubhah-shubhah tentang Islam yang mungkin dipersoalkan oleh umat islam sendiri.. Tak dapat dinafikan, bengkel yang diadakan dihujung programm telah berjaya memantapkan lagi pemahaman kami. Jazakillah facilitators semua!~

Pada mase yang sama, adik-adik ramai ke Activity Centre untuk mendengar “Ini Peranan Kita” dan “Ghuzwatul Fikr”. Bagaimana? Rasa geram tak? Rasa semangat tak? Semangat pemuda! InsyaAllah.. masing-masing dapat sedikit-sebanyak ilmu dari ustaz dan dapat membuka mata adik-adik tentang agenda musuh untuk menjatuhkan Islam. Maka, kita pun kene lebih berusaha daripada mereka, berserta niat hanya kerana Allah. InsyaAllah..

Akhirnya,…Aktiviti Riadah yang gilang gemilang!. Wah, semangatnya semua orang. MasyaAllah, tingginya semangat ukhuwwah yang dapat dilihat pada petang itu..tapi agak ganas juga sampai ade kerusi yang patah! Kreatifnye AJK2 riadah yang came up with the ideas of the games. Jazakillah pada semua yang menjayakan aktiviti tersebut. Seronok tengok feedback2 yang diberikakan untuk games yang last tu, sampai diminta restrict time untuk setiap orang yang nak bagi opinion sebab tak putus-putus orang angkat tangan…especially tentang kertas-kertas bonus yang ditabur tu..hihi.

Tak dilupa,..AJK memasak! Jazakillah masakkan kami serta mengenyangkan kami dengan makan yang banyak dan sedap!

Lastly, agak sedih juga sebab adik-adik Clayton tak ramai yang dapat datang join, so kurangla orang Clayton, so kurang best sket in terms of that. InsyaAllah, tahun depan harap adik-adik boleh sparekan sikit cuti winter adik-adik untuk join sekali ok? See you next winter gathering!~






Diharap ukhuwwah yang terjalin akan tetap terus kekal dan semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang…InsyaAllah..

Thursday, July 24, 2008

towards understanding islam..

inshaAllah sabtu ini, 26 july..satu lagu programme anjuran FAMSY akan di adakan di ICV. kali ini..istimewa sedikit sbb pengisian akan diberi oleh Ustaz Mus'ab bin Nor'kefly lulusan Master in syariah , american open university, cairo, egypt. inshaAllah tajuk pengisian ialah 'The 20 principles' atau Usul 20. marilah kita beramai2 mengambil peluang utk mendengar pengisian dr seorg yg berpengalaman lg berpengetahuan dlm bidang agama..inshaAllah kejayaan milik bersm =)

Sunday, July 20, 2008

walimah ukt nurul izza n akh aiman



Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang memperhubungkan antara lelaki dan wanita. Impian kita terhadap ikatan ini ialah agar ia akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Selain daripada itu, kita juga mengharapkan agar perkahwinan itu sentiasa aman damai, bahagia dan agar darinya dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan anak yang soleh, cerdik, cerdas seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah..pd hari sabtu 19 july, kak izza kita telah selamat di ijab kabulkn dgn akh aiman di virgin mary mosque, hoppers crossing.

proses rewang yg dibuat di BM diketuai oleh izyan dn dimulai dgn tazkirah dr kak masdi. alhamdulillah semua bersemangat utk bersm2 bekerja. dr carrot, timun, bawang sampai lah ke ayam diproses bersm2...indahnya bila semua kerja dibuat atas nm Allah..sekejap je semua kerja siap dn semua masih mampu tersenym biarpun penat =) esok awal2 pagi ..ada yg telah bgn utk membuat kek (diketuai oleh kak nini n da geng), ada yg sibuk menyiapkn hantaran, memasak nasi n ayam merah..
rombongan ke virgin mary mosque bertolak dr clayton dlm pukul 12. alhamdulillah selamat sampai dlm sejam lebih kurang. proses akak nikah berlalu dgn penuh tenang dn teratur. dimulakn dgn bacaan ayat alquran dr brothers dr surah an nur kemudian disusuli dgn tazkirah dr imam jemputan dr afrika. antara isi2 tazkirah ialah :
- sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- hakikat bhw perkahwinan itu bermaksud persaudaraan 2 keluarga yg sblm ni asing. selepas berkahwin pasangan suami isteri itu seharusnya melayan ibu dan bapa kedua2 mrk secara sama dn penuh kasih syg

akad nikah dimulakn dgn kadi bertanyakn persetujuan ukt izza utk berkahwin dn kemudian kesediaan akh aiman utk menerima ukht izza.




dimlm harinya pula dibuat walimah sambutan utk kak izza di baitul hasanah. ketibaan kak izza disambut dgn paluan kompang yg diketuai oleh ainun. gaya btul2 mcm kat malaysia =) sedap lauk2 nya dgn cenderamata berupa fridge magnet n coklat =) persembahan nasyid dr puteri2 city menceriakn lagi suasana. selepas perut telah terisi,kak syaf pula memberi tazkirah tentang kelebihan dan kepentingan berkahwin. sebagai penutup majlis, kak izza dan ibunya sempat memberi sepatah dua kata tanda penghargaan utk semua warga clayton + city. turut hadiri majlis ini ialah akhwat2 dr adelaide seramai hampir 25++. alhamdulillah..semua nmpk ceria di majlis kak izza..lagi2 bila ibu kak izza mendoakn supaya semua cepat mendapat jodoh..heheh

barakallah ukhti izza dan suami..dn jazakumullah utk semua yg menjayakn walimah kak izza =)

Friday, July 18, 2008

“Fastabiqul Khairat - Race Towards Goodness”

10 July 2008
Alhamdulillah, ihtifal 2008 menjadi acara kemucak winter program pada tahun ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Antaranya:

Tilawah Al-Quran
Syarahan nama-nama Allah SWT
Pertandingan bacteria kisah-kisah nabi dan para sahabat
Hafazan juzuk 29 dan 30
Poster traditional dan electronic
Pertandingan khat
Nasyid
Kuiz

Groups yang turut serta pada hari tersebut ialah team dari: Clayton, city of Melbourne, Brisbane, UK/Ireland dan Perth. Puteri2 Clayton tampil serba biru haritu, bergaya.. ;)

Warga clayton bersungguh-sungguh dalam latihan walaupun ada yang sudah memulakan kelas. Alhamdulillah, semua sanggup turun padang untuk turut serta dalam ihtifal tahun ini. Semoga segala usaha diberkatiNya. Jazakillahul khair pd semua yang telah turut serta..

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan tilawah Al-Quran, diikuti dengan hafazan dan seterusnya acara-acara seperti pertandingan bercerita, syarahan dan nasyid diselang-selikan. Acara kemucak ihtifal 2008: kuiz, di mana setiap team dikehendaki menghantar 4 peserta untuk menjawab soalan-soalan fiqah, aqidah, hadith, Quran, isu semasa dan lain-lain.

Team Clayton telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita. Cerita sahabat: Mus‘ab ibn ’Umair telah berjaya menambat hati para juri hari itu. Tahniah buat kak Amirah dan para pelakonnya. ;)

Acara tamat dalam jam 8pm, di mana sebelum bersurai, puteri2 Brisbane yang memenangi pertandingan nasyid memperdendangkan nasyid mereka sekali lagi.. Mantap betul sahabat2 interstate ni, tahniah juga buat mereka, semoga segala usaha diberkatiNya..

Alhamdulillah, ihtifal 2008 berakhir dengan jayanya. Selain dapat mencungkil bakat-bakat baru, mempereratkan ikatan ukhuwah yang sedia terjalin, objektif utamanya adalah mencari pengertian hiburan dalam Islam; hiburan yang betul. Tidak salah untuk berhibur asalkan kita tidak slaah memilihnya.. Teringat baris2 lagu Raihan.. ;p
Akhir kata, jazakillahul khair buat semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan ihtifal pada tahun ini, buat yang turut serta secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan dariNya. Insha Allah..

"Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang
usahanya dibalas dengan baik." (17:19)


entry oleh: nadia radin =) ..jazakillah

Thursday, July 17, 2008

~MELBOND Games 08~

Dengan menggunakan slogan "Bond & Bones", Melbond Games 08 telah berjaya diadakan pada 1 July yg lalu di North Court, Melbourne University. Tidak dinafikan, semua peserta sama ada dari Melbourne, Clayton mahupun interstate spt Newcastle, Perth, Canberra, Sydney, Brisbane dan lain-lagi lagi begitu bersemangat utk bersukan.
Setiap peserta dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan. Comel-comel nama rumah sukan tersebut iaitu Kawthar, Rayyan, Rayhan, Rawdah, Salsabeel dan Tasneem. Pelbagai gelagat peserta yg dpt dilihat ketika setiap permainan berlangsung. Antara permainan yang dipertandingkan termasuklah bola jaring, bola keranjang, volleyball ape ek dlm malay?? =D dan tdk ketinggalan permainan tradisional iaitu lompat getah dan batu seremban.

Semangat kesukanan dan ukhuwah yang ditunjukkan menunjukkan betapa kuat Islam sebenarnya. Itulah apa yg tersirat disebalik slogan Melbond games tahun ini. Di samping merapatkan ukhuwah sesama akhawat, bersukan juga dpt menyihatkan badan. Bukankah mempunyai tubuh badan yang sihat juga termasuk di dalam 10 ciri-ciri Muwasaffat??
Melbond games berakhir lebih kurang pada jam 5ptg yg diakhiri dgn majlis penyampaian hadiah. Syabas diucapkan kepada johan dan naib johan setiap permainan. Tidak dilupakan kepada rumah sukan yang menunjukkan ciri-ciri yang mantap, segulung sijil dihulurkan sebagai penghargaan. Kepada jaguh atlit kita pada hari tersebut, kekalkan sukan sbg aktiviti mingguan kte ye =)
p/s : gambar akn diupdate kemudian, mintak maaf smua ....

KRONOLOGI TAHUN BERDARAH 2004 - peristiwa Tak bai

THE ARMED THEFT
· Subuh 4 Januari 2004, segerombolan militan menyerang Kem Askar Narathiwatratchanakharin di daerah Narathiwat’s Cho Ai Rong dan melarikan beratus senjata serta membunuh 4 orang tentera. Drama ala gerila ini dikatakan dirancang dengan rapi oleh segolongan “pakar”. Peristiwa ini dikaitkan dengan serangan ke atas 20 buah sekolah yang berlaku selepas peristiwa ini.
· Kejadian yang sama berlaku pada tahun 2003 di Sukhirin daerah Narathiwat (15 senjata) dan daerah Yala’s Than To (18 senjata).
· Kecuarian senjata pada 2004 dikatakan akan membawa kepada lebih banyak kecelakaan dan huru-hara sementelahan kerajaan masih gagal melakukan penangkapan ke atas penjenayah ketika peristiwa 2003.

THE DISAPPEARANCE OF MUSLIM LAWYER
· Somchai Neelaphaijit (seorang peguam Muslim serta Pengerusi Kelab Peguam Muslim) yang mewakili dan membela hak asasi penduduk di selatan Thailand yang dituduh memberontak, dikatakan hilang secara misteri pada 12 Mac 2004 di Bangkok.
· “Kehilangan” Somchai menyukarkan lagi suara-suara penduduk Selatan dibela. Somchai turut menjadi peguam kepada tertuduh dalam peristiwa ala gerila Narathiwat.

APRIL 28: DEATH IN THE MOSQUE
v Akibat tekanan dan ketidak-adilan yang semakin menekan penduduk Selatan Thailand, mereka mula meluahkan perasaan marah dan rasa tidak puas hati yang semakin tidak terbendung itu.
v Senja 28 April 2004, sekumpulan anak-anak muda membawa pedang, pisau dan parang menyerang polis-polis dan askar-askar di pos-pos tentera dan balai polis. Serangan serentak ini berlaku di Yala, Pattani dan Songkla. Ramai yang terbunuh dalam serangan ini.
v Walau bagaimanapun di pos berhampiran Masjid Krue Se tidak berjaya ditawan. Mereka lari menyembunyikan diri di masjid Krue Se.
v Tawaran oleh pihak berkuasa untuk menahan mereka secara sah diutarakan ditengah-tengah ketegangan penduduk yang menjadi pelindung anak-anak muda ini. Akhirnya pihak polis mengambil keputusan untuk menembak sesiapa yang berada di kawasan masjid dengan alasan keadaan sukar dikawal lagi.
v Mereka yang terbunuh berumur antara 18-25 tahun. Total dikatakan lebih dari 100 orang menjadi mangsa kekejaman tentera dan polis dengan 34 daripadanya di tembak di dalam masjid!!! Walaupun pada hakikatnya mereka yang terbunuh ini tidak membawa sebarang senjata dan hanya memakai serban merah. Tragedi di Masjid Krue Se ini menyamai peristiwa berdarah Dusun Nyor di Narathiwat pada 28 April, 50 tahun yang lampau.

TAK BAI: VIOLENCE ON THE WAY
Ø 25 Oktober 2004 di daerah Tak Bai, penyembelihan umat Islam berlaku lagi, kali ini lebih sadis, tatkala umat Islam dunia lain berpuasa, masyarakat Islam di Selatan Thailand “ditekap-mati” hidup-hidup.
Ø Tragedi Tak Bai bermula selepas menahan 6 orang anggota rela yang dituduh membuat laporan palsu tentang kehilangan senjata yang mereka dakwa dirampas oleh golongan militan. Mereka di tahan di balai polis Tak Bai sejak 12 Oktober.
Ø Lebih 1000 ahli keluarga tahanan yang tidak berpuas hati berkumpul di hadapan balai polis Tak Bai menuntut pembebasan ahli keluarga mereka. Bilangan yang berkumpul bertambah menjelang tengah hari dan mereka mula merosakkan harta benda di sekitar balai polis. Wakil-wakil dari pertubuhan Islam yang hadir cuba berunding untuk menjamin 6 orang tahanan ini dan meyuraikan demostrasi, namun tidak berjaya menyejukkan suhu kemarahan penduduk Tak Bai.
Ø Sekitar jam 3 petang, polis mula mendapat arahan dari pihak atasan supaya menyembur gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan kumpulan bantahan ini.
Ø Keadaan semakin tidak terkawal dengan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri sementelah penembak tidak dapat dikenal pasti. Laporan menyatakan 14 anggota berkuasa tercedera dan 6 orang awam terbunuh, dengan kesan tembakan di muka dan di kepala. Lebih 300 ditahan.
Ø Peristiwa ini pada kulitnya tidaklah seteruk peristiwa di Masjid Krue Se, namun esoknya diwar-warkan lebih 78 orang awam mati di dalam trak tentera ketika dalam perjalanan ke kem tahanan. Mati kerana sesak nafas setelah mereka disusun seperti menyusun roti dan kek lapis!! Mati bertindihan antara satu sama lain. Jumlah tahanan sebenar adalah 1298, bukan 300 seperti yang di dakwa sebelum ini.
Ø Sekali lagi pihak berkuasa menyalahkan keadaan. Letih berpuasa telah menyebabkan ramai mereka tidak mampu bertahan bertidihan. Masuk akal?!! Tetapi autopsi menunjukkan tubuh mereka penuh kesan luka dan lebam. Logik?
Ø Sekali lagi cerita sebenar ketika proses pemindahan ke kem tentera terus lenyap dari pengetahuan masyarakat dunia.

~~ HaRi UmmATi ~~Tak Bai dlm kenangan..




pada 3 july yg lepas,bertempat di warribee telah diadakan programme hari ummati utk buat julung kalinya. sblm ini aktiviti tahunan yg dibuat ialah Malam Amal Palestine..tp tahun ini ada kelainan. alhamdulillah programme hari itu btul2 membuka mata kita semua ttg isu2 umat Islam disekeliling kita yg memerlukan keperihatinan kita sbg saudara seislam mereka..




antara negara2 yg diketengahkn isu mrk ialah isu umat islam di bosnia, afghanistan,iraq, palestine and negara jiran kita THAILAND. antara byk2 negara yg dipilih utk dibentangkn isunya, thailand merupakn negara yg plg dekat ngan kita. namun terpaksa kita akui bahawa kita tidak sebegitu prihatin dgn isu2 yg berlaku di Thailand. hidup sebelah rumah tp kita tidak sedar bhw anak jiran disebelah didera malah dibunuh dgn kejam hanya krn agama mrk. dikala kita sibuk dgn isu2 artis yg hendak berkahwin dgn suami org, isu Che Det yg asyik berkarya di blog..sampai kita 'leka', 'buta' dan 'pekak' dgn jeritan dn rintihan jiran sebelah kita. inshaAllah selepas ini..kita lebih prihatin dgn isu Thailand dan negara2 islam yg lain.
syabas utk team clayton krn berjaya menghasilkn booth yg menarik sampai berjaya mengambil hati para juri sehingga dinobatkn sbg booth terbaik utk Hari Ummati 2008. inshaAllah tahun depan kita buat lebih baik utk mengekalkn kejuaraan tersebut. ok?? heheh..pd hari Umaati yg lepas..puteri2 clayton sgt laa comel sbb pakai baju warna sama..bj merah, tudung putih, seluar/skirt biru gelap...semangat thailand pd hari itu membara2..cuma tk sampai tahap tahu cakap bahasa thailand je...hehe



syabas juga utk team clayton yg berlakon. alhamdulillah akhirnya dpt juga melihat bakat2 puteri2 clayton. nampaknya kita pun kurang hebat dr org city..heheh..semoga selepas ini..kita tidak serik lg utk berlakon walaupun terpaksa bersengkang mata sehingga pukul 4 pg utk praktis lakonan..

alhamdulillah..rsnya programme Hari Ummati bukan shj membuka mata kita kpd isu2 umat Islam seluruh dunia tp juga dpt merapatkn ukhuwah sesama kita sm ada dlm proses preparation ataupun pd hari Ummati itu sendiri..kekuatan umat islam itu selain dr kekuatan iman, dn alatan ialah dari kekuatan ukhuwah sesama kita..inshaAllah..kita semua dlm usaha projek 600 thn..

Tuesday, July 15, 2008

[basketball game], akhirnya!!!

Terima kasih kerana sabar menunggu kehadiran entry ini. Afwan juge kerana lambat menyiapkannya. Alhamdulillah, puteri-puteri Clayton telah menunjukkan aksi yang tangkas dalam games basketball pada hari itu. Tidak sangka juga ramai yang mempunyai bakat terendam/terpendam dalam sports ini. Contohnya pakar jaringan jarak jauh, Radin, serta pakar pemungut mata, Yatie dan Kak izza. Kak adib juga tidak kurang hebat, aktif bersukan. Hebat. Syabas kepada kedua-dua kumpulan. Lain kali insyaAllah boleh diadakan lagi perlawanan sehat seperti ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang cedera kerana terlalu giat bermain. Almaklumlah adat permainan.

Saya sungguh terharu dengan kedatangan ramai orang dan kegigihan semua dalam bermain, sampai saya perlu memanjangkan masa booking court. Semangat inilah yang kita mahu. Semoga dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Akhir kata, syabas kepada semua orang yang hadir menjayakan games tersebut. Teruskan membina jasmani yang sihat, akal yang cerdas, dan hati yang tulus.

Secebis dari saya,.
Hargailah nikmat anggota badan yang dengannya kita mampu berjalan, berlari, menulis, membaca, mendengar, bercakap, bernafas, dan banyak lagi.. Bersyukurlah dengan kurniaan Ilahi, jangan sekali-kali kte lalai daripada bersyukur.. Tangan ini bukan milik kita, tapi masyaAllah, pelbagai kemudahan telah kita perolehi dengan kehadirannya.. Kaki ini bukan milik kita, tapi lihatlah sehingga di negara asing ini kita bertapak menggunakannya.. Hati ini juga bukan milik kita, tetapi pelbagai kenangan manis dan pahit telah mampu kita rasai dengan kehadirannya.. Jangan sekali-kali kita lalai.. Lihatlah anggota anda setiap hari dan evaluate untuk apa anda telah gunakan nikmatnya..

Entry by Aida Rashid~~

Monday, July 14, 2008

~ Birthday of the month~

Mintak maaf smua di atas kelewatan entry utk bln ini.. Apa2pun, selamat hari lahir buat sahabat2 yg lahir pada bln July ^_^

1 July 1987 Izyan Syazwani

9 July 1983 Ellyza

10 July 1984 Nailah

13 July 1985 Rina Aznita

21 July 1985 Noor Syahidah

Friday, June 6, 2008

Permainan tradisional











salam semua...


sepuluh jari disusun memohon maaf atas kelewatan untuk entry permainan traditional...


selamat menempuh peperiksaan kepada sesiapa yang telah, sedang dan akan menempuh peperiksaan...semoga segala ilmu yang dipelajari diredai dan dipermudahkan Allah atas segala-galanya :) inshAllah


Alhamdulilah pada hari ahad pagi 25/05/2008 kita telah bersama-sama bermain permainan tradisional...walaupun semua orang busy dalam bermujahadah dalam urusan masing-masing tetapi tetap menunaikan hak tubuh kita untuk beridah ! alhamdulilah :)


macam-macam ragam dilihat semasa permainan tradisional dijalankan.. CONFIUS pengelola acara dalam menetapkan RULES & REGULATIONS tuk setiap permainan tradisional...hehhehe..xpe itu lumrah hidup...



antara acara yang dijalankan pada hari itu ialah



1. Galah Panjang (ermmm cam acara tunggu and lihat je :P hehhe.. tp itu membuktikan bahawa warga clayton adalah orang2 yang penyabar )



2. Batu seremban (sumer orang terror2 main batu seremban walaupun dah lama xmain...)




3. TengTeng




4. Lompat Getah




Group 1 memang begitu mantap dalam setiap acara dan telah menewaskan Group 2..sorry Group 2 tp boleh cuba lagi next semester ok!!




something yang special riadah kali ini ialah hadiah ditaja ikhlas oleh warga city.. jazakillah diucapkan kepada pihak yang menaja...




Semoga dalam usaha kita untuk mendapatkan minda yang cerdas + iman yg mantap + badan yang sihat diberkati dan mendapat ganjaran-Nya di akhirat kelak...




pihak pengelola memohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan..inshAllah Lujnah RIADAH will be back next semester!! wait for the next coming event nest semester...

Sunday, June 1, 2008

~Birthday of the month~

:..Selamat hari lahir kepada anak2 pertengahan tahun..:
1/6/85 Aimi Nuriati
12/6/84 Zakhirati
14/6/89 Shuhada
20/6/86 Zayani
30/6/84 Lily Suria


Friday, May 30, 2008

rest if u must..but dont u quit..

assalamualaikum semua..

alhamdulillah..semester 1 2008 sudah hampir ke pada penghujung. seperti yg semua sedia maklum aktiviti permainan tradisional menjadi penutup tirai aktiviti riadah sem1 kali ini.sy mewakili lujnah riadah mengucapkn ribuan terima kasih atas kerjasama yg diberikan oleh semua warga Clayton sepjg prog riadah clayton...jazakumullah sekali lg =) inshaAllah aktiviti riadah akan kembali lg next sem 2 bila kelas start balik..nantikn kemunculan aktiviti yg lebih best and menarik dr lujnah riadah..segala komen dn idea amatlah dialukn2..

buah cempedak diluar pagar,ambil galah tlg jolokkn,kami lujnah riadah br belajar, kalau salah tlg tunjukkn..ampun maaf dr sy n lujnah riadah yg lain kalau ada yg terkasar bhs or terlepas pandang..semoga semua usaha kita diambil kira oleh Allah swt dlm PERJUANGAN KITA UTK MENGEMBALIKN IZZAH...ameen...

sy juga nk ambil kesempatan ini utk ucapkn good luck kpd semua yg akan menduduki exam...semoga Allah permudahkn kalian...DOA+USAHA+TAWAKKAL= kejayaan..inshaAllah


ayat 1000 dinar -surah at talaq ayat 2-3 :dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu


u.k.h.u.w.a.h f.i.l.l.a.h.

Thursday, May 22, 2008

~Permainan tradisional~~

Mengimbau kembali zaman kanak2, sape suke men permainan tradisional?? hihi...best kan men dulu2 ngn jiran n kawan sebaya. Ape lg, inilah masanyer utk smua menunjukkan bakat2 dlm main galah panjang, lompat getah, batu seremban dan mcm2 lagi. Details activity:

Tarikh : 25 May 08
Masa : 830am
Tempat : Monash sports rec

Kpd sesiapa yg nk main, bg nama either kpd yati or adlina thru ym ye
N pitis $2 ek utk bayar sewa court =)

Marilah sama2 memeriahkan suasana

Monday, May 19, 2008

kata-kata Rub’ie bin Umair radhiyallahu ‘anhu....

Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslimin pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu dengan tentara Parsi pimpinan Rustam, Sa’ad terlebih dahulu mengirim utusan kepada Rustam beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rub’ie bin Umair radhiyallahu ‘anhu.Maka Rub'ie yang pada ketika itu masih berusia tiga puluhan tahun pun segera masuk menemui Rustam, panglima perang bangsa Parsi tersebut. Pegawai-pegawai Rustam telah menghiasi pertemuan itu dengan bantal-bantal yang disulam dengan benang emas serta permaidani-permaidani yang diperbuat dari sutera. Mereka mempertontonkan kepadanya pelbagai macam perhiasan berupa yaqut, permata-permata yang mahal dan perhiasan lain yang menyilaukan mata, sementara Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas ranjang yang diperbuat dari emas.Ini berbeza sekali keadaannya dengan Rub’ie. Beliau masuk dengan hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, dengan pedang, perisai, dan kuda yang pendek. Rub’ie masih tetap di atas kudanya sehingga kuda tersebut memijak hujung permaidani. Kemudian beliau turun serta mengikatkan kuda tersebut di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Setelah itu beliau langsung masuk dengan senjata, baju besi dan penutup kepalanya.

Mereka berkata, “Letakkan senjatamu!”. Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat mendatangi kalian tetapi kalianlah yang mengundangku datang kemari. Jika kalian memerlukanku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika tidak kalian izinkan, maka aku akan segera kembali.”Rustam berkata, “Biarkan dia masuk.”Maka Rub’ie datang sambil bertongkat dengan tombaknya dalam keadaan posisi hujung tombak ke bawah sehingga bantal-bantal yang dilewatinya penuh dengan lubang-lubang bekas tombaknya.Sebahagian riwayat menyatakan ketika Rustam melihat kuda Rub’ie yang sangat kurus, pakaiannya yang compang-camping dan tombaknya yang tumpul, Rustam mentertawakannya dengan penuh ejekan dan berkata kepadanya; “Wahai Rub’ie, kalian datang untuk membuka dunia ini dengan kuda yang kurus, tombak yang tumpul dan pakaian yang compang-camping ini?”Maka dengan lantang Rub’ie mengatakan sebuah perkataan bagaikan sambaran petir, bahkan lebih dahsyat daripada sambaran petir. Rub’ie berkata (bersamalah kita perhatikan baik-baik dan hayati sungguh-sungguh kata-kata ini):

"Allah telah mengutus kami ke sini untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Rabb yakni Allah, datang untuk menyelamatkan mereka dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan dari kezhaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agamaNya untuk kami seru kamu kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan (menerimanya), kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah.”

Mereka bertanya, “Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?”Beliau menjawab; “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”Rustam pun berkata; “Sungguh aku telah mendengar perkataan-perkataan kalian. Tetapi mahukah kalian memberi tangguh perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kalian pun mempertimbangkannya?”Beliau menjawab; “Ya, berapa lama waktu yang kalian sukai? Sehari atau dua hari?”

Rustam menjawab; “Tidak, tetapi hingga kami menulis surat kepada para pegawai tinggi kami dan para pemimpin kaum kami.”Maka beliau pun menjawab; “Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan apabila telah bertemu musuh lebih dari tiga (hari). Maka pertimbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah satu dari tiga pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.”Rustam bertanya; “Apakah kamu pemimpin mereka?”Beliau menjawab; “Tidak, tetapi kaum Muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah dari mereka dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”Maka (akhirnya) Rustam mengumpulkan para pegawai tertinggi kaumnya kemudian berkata; “Pernahkah kalian melihat (walau sekali) yang lebih mulia dan lebih benar dari perkataan lelaki ini?”Mereka menjawab; “Kami minta perlindungan Tuhan (supaya engkau tidak) terpengaruh kepada sesuatu dari (ajakan) ini dan dari menyeru agamamu kepada (agama) anjing ini. Tidakkah engkau melihat kepada pakaiannya?”

Rustam menjawab; “Celaka kalian! Janganlah kalian melihat kepada pakaian. Akan tetapi lihatlah kepada pendapat, perkataan, dan jalan hidupnya! Sesungguhnya mereka menganggap ringan masalah pakaian dan makanan. Tetapi mereka menjaga harga diri mereka.”Walaubagaimanapun, pada akhirnya mereka memilih untuk berperang. Maka pertempuran pun berkecamuk, pasukan Kisra berjumlah dua ratus lapan puluh ribu perajurit, sementara pasukan kaum Muslimin hanya berjumlah sekitar tiga puluh ribu perajurit. Setelah tiga hari kemudian, kaum Atheisme itu gagal menakluki kaum Muslimin dan terangkatlah bendera “Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah”. Ramai sekali para syuhada’ yang mempersembahkan darah mereka dengan sangat murah di jalan Allah untuk membeli SyurgaNya


Dengan izin dan bantuan Allah, kemenangan menjadi milik tentera Islam dan kaum Muslimin. Ketika Sa’ad bin Abi Waqqash radhiyallahu ‘anhu melihat kemenangan yang besar ini dan dia melihat istana Kisra yang megah dan telah memerintah selama seribu tahun, dia berkata; “Allah Maha Besar”, maka istana yang megah itupun tertunduk dan goncang dan Sa’ad menguraikan airmata.

Sunday, May 11, 2008

hidup kita cuma....

HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannyaterjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaankita redha dan Allah meredhai. Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak sertadi dalam rahmat Allah s.w.t.

Monday, May 5, 2008

GOR 24 April 2008





Walaupun kebanyakannya baru habis kelas di siang harinya, namun semua ahli-ahli rombongan yang memenuhkan 3 van dan 2 kereta (gabungan warga city, clayton, n m’sia) tetap gembira dan bersemangat untuk memulakan perjalanan. Tengah malam Jumaat itu kami bertolak dari Melbourne city ke Port Campbell. Kesejukan angin laut subuh itu terasa hangat dengan keindahan matahari naik pada pagi itu. Subhanallah, pemandangan yang sangat menakjubkan!

“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (Al-Imran:191)


Setelah puas bergambar dengan Twelve Apostles yang hanya 8 sahaja yang masih teguh berdiri (ahaks), kami pun bergerak pula ke Loch Ard Gorge (sangat payah menyebutnye huhu). Macam-macam gaya bergambar diambil, tidak kurang juga yang mengambil kesempatan merenung keindahan ciptaan Allah dan bermain dengan ombak, sampai ada yang basah hingga ke lutut, ehehe.. Alhamdulillah di sini juga hati-hati kami diisi dengan pengisian rohani oleh Kak Hanim dari city, iAllah semoga hati-hati ini terbuka untuk lebih dekat kepadaNya dan semoga ukhuwah yang sedia terjalin semakin kukuh ikatannya.


Kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Teddy's Outlook untuk bergambar dan menikmati keindahan alam lagi. Walaupun sedikit penat dengan perjalanan yang panjang dan banyak tidur (hehe), namun semua puas dengan nikmat keindahan alam dan nikmat pancaindera untuk menikmati keindahan alam yang disajikan Allah di Great Ocean Road. Semoga setiap amalan semakin mendekatkan diri kita kepada pencipta kita. Jazakillahu khair team jaulah!

entry oleh ash


Wednesday, April 30, 2008

~Birthday of the month~


:..Usia yang tuhan kurniakan ini, Hiasilah ia dgn amalan yg murni, Semoga ia menjadi temanmu di akhirat nanti, Selamat Hari Lahir ^_^ ..:


10 May 1988 Najwa
11 May 1988 Khadijah
12 May 1985 Adlina
15 May 1982 Kak Syaf
21 May 1986 Fatimah
28 May 1982 KakYang
29 May 2007 Baby Nuha

Sunday, April 27, 2008

~Movie nite~



Setelah berpenat dan bersukaria semasa sukaneka di ptg hari, tibalah pula masa utk MOVIE NIGHT. Filem Lion of the desert dipilih. Kenapa nk tgk citer ni ek?? Tak penah dgr pun title movie ni...Haaa, jom2 kte tgk summary citer ni ye.
Seramai lbh kurang 20 org kanak2 Clayton dtg utk menonton di Deakin Common Room, ade tiket x nk msuk "cinema" ni?? hihi...
Pihak penganjur meminta maaf atas technical issue yg tlh berlaku, namun alhamdulillah movie session selama 2 jam 3o min tu berjaya juga akhirnya..

In a snapshot, movie ni berkisar kisah perjuangan Umar Mukhtar yg berjuang mempertahankan Libya selama 20 thn daripada ditakluki oleh pihak Itali. Pelbagai scene2 yg mendebarkan, terdpt pelbagai reaksi drpd penonton. Ada yg geram2 melihat umat Islam ditindas, ada yg hampir menitis air mata melihat semangat perjuangan umat2 Islam dan sbgnya. Ada yg tdo x?? hihi~~ Sweetcorn, pop corn, jelly beans n biscuts turut disediakan. Last but not least, ade pop quizes at the end of session and recap by Yani. Pelbagai pengajaran yang dpt kte ambil frm movie tu. Antaranya:
1) Mempunyai semangat juang yg tinggi
2) Sikap berani
3) Mempunyai perancangan eg strategi peperangan yang diatur oleh Umar Mukhtar
4) dan byk lg =)

Kepada sesiapa yg nak menonton movie tu, bole mintak CD ngn sy ye ^_^ Xde sewa cost, free je..hihi~~

Di sebalik pengajaran2 tersebut, cubalah kte hayati apa yg dikatakan oleh Umar Mukhtar
"We will never surrender, we win or we die. We will have the next generation to fight and after the next, the next"
Kamu diwajibkan berperang (utk menentang pencerobohan) sdg peperangan itu ialah perkara yg kamu benci, dan boleh jd kamu benci kpd sesuatu padahal ia baik bg kamu (Ali-Imran : 216)

semangat SUKANEKA...biarpun badai melanda...

Pada tarikh 26 april 08, aktiviti sukaneka berjaya dilaksanakn dlm kegerimisan hujan rahmat. Hehe…kerana beberapa masalah teknikal dan cuaca yg kurg menentu, xtvt tersebut berjalan sedikit lewat dr ms yg dijadualkn…seramai kira2 27 puteri clayton berjaya menghadirkn diri mereka utk menjayakn xtvt ini….4 acara yg dipertandingkn…iaitu acara meniti titian siratulmustaqim dimn ia menguji kecerdasan minda para peserta utk berfikir cr terpantas smpi ke destinasi smbl tidak mengoyakkn suratkhabar yg berfungsi sbg titian….acara diteruskn dgn perpindahan lokasi disbb hujan yg semakin lebat….tp para peserta bersepakat utk meneruskn perjuangan dlm kebasahan itu…sungguh memberangsangkn semngat yg di tonjolkn..=)…acara kedua diteruskn dgn mengisi air menggunakn sponge smbl meneka jumlah air yg ptt di isi….kepakaran ‘meniskus’ di perlukn dlm menentukn kemenangan acara ini….sungguh kelakar melihat gelagat 2 peserta meniscus ..hehe….














game ketiga di teruskn dgn meniup belon serta berjln pelbagai gaya utk mencapai belon….isk2….ramai peserta yg menarik diri kerana tidak sanggup utk meniup belon….penganjur terpaksa memodifykn game dgn membenarkn separuh shj ahli kump utk meniup belon…hoho…ada yg tiub x pecah2….ada yg br start tiup dh pecah….ada yg smpi tukar peserta…ada yg memicit belon smpi terpaksa di potong markah…hehe…acara last…bina pyramid selipar dan meruntuhkn…acara ini menguji ketepatan peserta dlm me’narget’ pyramid yg di bina….

hehe….walaupun penat bersukan n menjerit….semua org pulang dgn kepuasan beriadah bersm merapatkn ukhuwah sesame akhawat…..hadiah x penting…=p…sblm pulang, semua peserta bergmbr dgn memakai bandana putih purple yg begitu bergaya…ada yg balut kt lengan (ala2 cam dr x bertauliah…=p)…ada yg ikat kt leher ala2 pengakap…ada yg ikat kt kepala cam kump pejuang hamas….ada yg ikat cam reben di kepala cam knk2 tabika buat persembahan…hehe….jgn marah ek…nnt kt jumpa lg di sesi riadah yg lain….

terima kasih ats penganjur….kkk cantik…di bantu oleh pembantunyer…saudari rina aznita…serta org di sebalik tabir…kkk bulat…=p
entry :kakakbulat

Monday, April 21, 2008

SuKanEKa...mari mengimbau kenangan sekolah rendah...

assalamualaikum semua..sabtu ni aktiviti riadah kita ialah sukaneka..jom beramai2 menjadi budak sekolah rendah balik..hehee..bukan senang diberi peluang menjadi muda balik ni..aktiviti akan dibuat di padang dekat sport rec and aktiviti akan bermula ptg sabtu pukul 4. 15 dn akan habis dlm pukul 5.30..inshaAllah..harap semua leh dtg n join permainan ni..best tau.. =)

Tuesday, April 15, 2008

Futsal (or Handsal??) vs Bola Baling


Seawal pg hari minggu ahad semua orang sudah bersemangat memulakan langkah ke Monash University Sports & Recreation Centre. tidak kurang juge yg selalu tidak bgn pada seawal itu, bersemangat bangun untuk meneruskan perjuangan kali ini. mungkin bg kebanyakan antara kita2, ini lah kali pertama menyepak bola. camane rase agaknye? nampak senang je slalunye org mainkan.. tp bile sendiri nak main, mcm2 la aksi yg ditonjolkan2. bakat2 terpendam tk kurang juge. Sudah dijadikan perempuan ini lembut fitrahnye, mmg tak menjadi sgt la nk menyepak2 nih, last2 bola gaya bola jaring digunekan (ade insan2 yg tangkap pakai tangan tuh!)..

Pada permulaan permainan, kesemua rakyat jelata masuk main dalam gelanggang.namun kerana kesesakan yg berlaku, setiap kumpulan dibahagi dua agar permainan lebih teratur. tidak perlulah dinyatakan disinih siapa pemenang bg setiap pertandingan tuh kan sbb kite lupe kan menang kalah. bukan kemenangan atau kekalahan futsal yg kite nak bawa pulang, tp kebersamaan itu yg lg penting.

setelah berpenat dgn futsal, aktiviti diteruskan dgn bola baling. Selepas selesai permainan, debrief dr Kak Muna memang memuatkan poin-poin penting sbg peringatan kpd kite semua. spt biasa, akhir nya, aktiviti bergambar juge tidak dilupekan.

di mase akan datang kemungkinan sudah ramai yg biase menyepak bola, dan harapnye makin byk gol yg dpt disumbat.

Sunday, April 13, 2008

wahai anak-anak singa ..bangunlah dari tidurmu

muntalaq oleh: muhamad ahmad ar rashid

  • muaz bin jabal berkata..Marilah kita duduk untuk beriman sejenak.Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak
  • Jauhkanlah dirimu dari sebarang keinginan yang bukan bernama Islam. – dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah yg merasa takut kita semua akan diperdaya. Dia mengingatkn kt bhw setiap perkara yang bukan Islam adalah sememangnya nafsu semata-mata, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana jua ia lahir
  • kita hanya ada dua pilihan: Wahyu (syariat), atau hawa nafsu. Tiada pilihan ketiga. kedua-duanya adalah dua sifat yang berlawanan.
  • Tiada Jalan Tengah Di Antara Syariat dan Keinginan
  • bahkan golongan yang yakin dengan sebahagian risalah, tetapi tidak yakin dengan sebahagian lagi juga adalah kafir ( surah an nisa ayat 150-152) – kena yakin bhw hukum Allah adalah yg terbaik walaubagaimanapun kita tidak ada haq utk menjatuhkan hokum kafir ke atas seseorg dn bahaya mengakafirkan seseorg àBarangsiapa yang berkata kepada saudaranya: “Wahai si kafir!” Kembalilah kufur itu kepada salah seorang dari mereka. Jika benar, maka kafirlah orang yang dikatakan. Kalau tidak, kembalilah kufur itu kepadanya – hadis rasulullah
  • Perlu ada sesuatu yang membuktikan kekufurannya secara jelas dan terang. Contohnya, dia berkata atau melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kufur seperti menyangka1 satu dalil yang qat’i (yang pasti) dari agama, seperti kewajipan solat, pengharaman riba’. apabila dia melakukan beberapa maksiat seperti minum arak walhal masih mengakui usul akidah Is­lam maka dia adalah muslim yang derhaka, bukan kafir.
  • jiwa yg beriman itu peka dn sensitive
  • halus dan telitinya proses dan seni penjinakan yang telah digunakan oleh 'pemimpin-pemimpin' yg sesat itu telah menukar helang rajawali menjadi buruk denak
    mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu lalu membenamkan bahtera ke dasar laut ereka tidurkan kita dengan irama dan lagu dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya
    .”
  • Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
  • Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut - mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. <>Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya

Thursday, April 10, 2008

mari ber 'futsal'

minggu ni kita akan main futsal menggantikn kn pertandingan layang2..krn hari ahad di ramalkn hujan..so kita kena main permainan indoor..so kita akan main kt sport rec..n setiap seorg akan dikenakn byrn $1.50 utk byr duit sewa court..

detail : hari : ahad
pukul : 8.30
tempat : sport rec

siapa yg berminat utk main..sila kasi nm pd aida or sarah =)

Friday, April 4, 2008

jom berenang !!!!

hari berenang utk perempuan shj =)

minggu nih aktivti riadah clayton ialah berenang di kingston..tempat ni dlm 15 mins from clayton....swimming session starts at 7.30 so pick up akan start dlm kul 7...boleh pakai baju apa2 pun utk swimming..pakai track suit pun tk pe..kalo nk pk swimming suit pun ok =) bayaran sebyk $2.80..siapa2 yg berminat boleh kasi nm pd yati @ yahoo id:kokolungirl ..jom exercise ramai2.. badan yg sihat melahirkn individu yg kuat =)

Monday, March 31, 2008

~Birthday of the month~

:.. Selamat Hari Lahir, Moga hidup diberkati dan keimanan kepadaNya meningkat seiring dengan bertambahnya umur kita ..:



01/04/88 Hanan
08/04/85 Shida
18/04/83 Kak Izza
21/04/88 Maisara
22/04/83 Kak Baie
24/04/84 Kak Adeeb
24/04/85 Aizun
27/04/88 Nurul Amirah
30/04/85 Aishah






Saturday, March 29, 2008

Kapten Ball

Aktiviti kedua lujnah riadah berjalan spt yg dirancangkan...Kita main kapten ball!!! Eh, ape tu kapten ball?? Tak pernah main pun...Kapten ball adalah suatu permainan gabungan bola jaring + bola baling.Alhamdulillah, walaupun sejuk pada pukul 8 pagi tu, masih ada yang bersemangat untuk bermain di Padang Browns.


Terdapat 2 buah pasukan menyertainya iaitu galah vs cili (ada significant di sebalik nama2 pasukan tersebut,hihi..) Setelah 30 minit bermain, kumpulan galah telah memenangi permainan dgn 7 goal berbalas 4. Smua org seronok bermain walaupun terdapat sesetengah pemain yang dh pancit2 :D, almaklumlah..dh lama tak bersukan ek. Selepas ini, bolehlah join lagi aktiviti2 yang akan dijalankan.Kalau sesiapa yang nk main lagi kapten ball, knelah tunggu ye for the next game...





SIMBIOSIS UKHWAH

~~~~UKHWAH~~~~

Seerah :

Kisah Uthbah

o Uthbah menyatakan keinginan untuk memeluk Islam tetapi sahabatnya mahu memutuskan silaturrahim jika Uthbah memeluk Islam
o Demi sahabatnya Utbah sanggup menjadi antara penentang hebat Islam. Beliau sanggup memijak tengkuk rasullah dan letak perut unta di kepala rasulullah semasa rasulullah sedang solat di depan Kaabah

Buat renungan sahabatku : Adakah kita mahu menjadi seseorang seperti Uthbah?



Sesungguhnya setiap hari kita sentiasa berukhwah dengan sahabat kita tetapi adakah kita telah menunaikan hak-hak sahabat kita dalam berukhwah?...


JOM kita semak CHECKLIST Ukhwah untuk menilai keLEBIHan & keKURANGan kita dalam berukhwah :) *wink*wink



Apakah syarat-syarat dalam berukhwah yang disarankan oleh Islam?

- Ukhwah dibina atas dasar keikhlasan kepada Allah
- Ukhwah dibina atas dasar ketakwaan & keimanan
- Ukhwah dilaksanakan atas syariat Allah
- Ukhwah dibina atas konsep nasihat-menasihati
- Mengamalkan konsep bantu-membantu dalam senang dan susah


Hak-hak sahabat & cara memupuk ukhwah sejati

- Beritahu sahabat bahawa kita kasih kepada mereka
- Apabila berpisah, maka hendaklah berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya
- Bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat
- Ketika berjumpa, segeralah bersalaman dengan mereka
- Sesekali menziarahinya
- Memberi hadiah
- Membantu sahabat fillah (kerana Allah)
- Sentiasa memaafkan sahabatnya
- Menutup dan memelihara rahsiah, keaiban dan maruah sahabat


Macam mane? :P yang mana lagi banyak; keLEBIHan atau keKURANGan??


Takper sesungguhnya kita kadang-kala terleka dan melakukan kesilapan, lepas nie boleh la praktikkan tips-tips UKHWAH nie k :)


Dalam kita berukhwah kadang-kadang kita kurang sedar kita telah diserang oleh virus-virus yang cuba merosakkan ukhwah yang dibina... ERMMM adakah kita telah menjadi salah seorang daripada mangsa VIRUS UKHWAH????



VIRUS-VIRUS dalam ukhwah

- Tamak akan kenikmatan dunia
- Lalai menunaikan ibadat & perintah agama
- Tidak santun dalam berbicara (bergurau secara berlebihan, meninggikan suara, berdebat & membantah secara berlebihan)
- Sikap acuh
- Mengadakan perbicaraan rahsia
- Keras kepala, enggan menerima nasihat & saran
- Sering membantah, berbeza sikap & hobi
- Menegur di depan orang lain
- Sering menegur, kurang toleran & susah memaafkan kesalahan sahabat
- Mengadu domba
- Membuka rahsia kepada orang lain
- Mengikut prasangka
- Mencampuri masalah peribadi
- Egois, sombong tidak empathy
- Berlebihan mengungkit kebaikan
- Enggan mengungkapkan perasaan cinta
- Melupakannya kerana terlalu sibuk dan kurang setia
- Suka menonjolkan kelebihan peribadi
- Mengingkari janji & persepakatan tanpa alasan
- Selalu menceritakan perkara yang menyedihkan sahabatnya & menyampaikan berita yang membuatkannya resah
- Terlalu cinta


Semoga sedikit peringatan ini dapat membantu diri kita dalam menjadi muslimah yang lebih baik...inshAllah

"....Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (8 : 62-63)



Motto : Simbiosis UKHWAH

Jaulah ke Mornington Peninsula


Alhamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH dan Rahmat-NYA, jaulah ke Mornington Peninsula berlangsung dengan jayanya. Seramai 16 orang terdiri daripada pelajar tahun 3 dan pertama menyertai aktiviti ini. Sebelum tiba di Mornington Peninsula. kami singgah di Frankston Beachuntuk menyaksikan Sand Sculpting Australia, yang pada tahun ini bertemakan Fairytales & Fables. Kehalusan seni mengukir pasir begitu terserlah melalui ciptaan seni pengukir-pengukir dari seluruh dunia.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke The Enchanted Maze Garden. Taman yang indah ini benar-benar menguji minda kami. Ada yang sesat di dalam maze, pening-pening dengan permainan-permainan minda dan ada yang menguji keberanian dengan memegang ular. Hihihi.Destinasi seterusnya adalah Sunny Ridge Strawberry Farm. Di sini, kami diberi peluang untuk memetik sendiri strawberi di situ. Sambil petik
pun boleh makan… Nyum..nyum… Perut penuh, bekas yang diberi pun penuh..
Keindahan alam dinikmati sepenuhnya di The Cape Shanck Lighthouse. Peluang mengambil gambar berlatarkan belakangkan laut yang indah tidak dilepaskan. Kami semua turun ke pantainya yang berbatu. Ada yang cuba menyentuh air laut, dan ada juga yang basah dipukul ombak. Hihihi..
Walaupun penat berjaulah sepanjang hari, namun kami semua gembira dengan pengalaman yang ditimba dan ukhwah yang terbina. Semoga ukhwah ini mendapat redha Illahi.