skip to main |
skip to sidebar
wahai anak-anak singa ..bangunlah dari tidurmu
muntalaq oleh: muhamad ahmad ar rashid - muaz bin jabal berkata..Marilah kita duduk untuk beriman sejenak.Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak
- Jauhkanlah dirimu dari sebarang keinginan yang bukan bernama Islam. – dilaungkan oleh Maimun bin Mahran rahimahullah yg merasa takut kita semua akan diperdaya. Dia mengingatkn kt bhw setiap perkara yang bukan Islam adalah sememangnya nafsu semata-mata, biar apa jua bentuknya dan di zaman mana jua ia lahir
- kita hanya ada dua pilihan: Wahyu (syariat), atau hawa nafsu. Tiada pilihan ketiga. kedua-duanya adalah dua sifat yang berlawanan.
- Tiada Jalan Tengah Di Antara Syariat dan Keinginan
- bahkan golongan yang yakin dengan sebahagian risalah, tetapi tidak yakin dengan sebahagian lagi juga adalah kafir ( surah an nisa ayat 150-152) – kena yakin bhw hukum Allah adalah yg terbaik walaubagaimanapun kita tidak ada haq utk menjatuhkan hokum kafir ke atas seseorg dn bahaya mengakafirkan seseorg àBarangsiapa yang berkata kepada saudaranya: “Wahai si kafir!” Kembalilah kufur itu kepada salah seorang dari mereka. Jika benar, maka kafirlah orang yang dikatakan. Kalau tidak, kembalilah kufur itu kepadanya – hadis rasulullah
- Perlu ada sesuatu yang membuktikan kekufurannya secara jelas dan terang. Contohnya, dia berkata atau melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kufur seperti menyangka1 satu dalil yang qat’i (yang pasti) dari agama, seperti kewajipan solat, pengharaman riba’. apabila dia melakukan beberapa maksiat seperti minum arak walhal masih mengakui usul akidah Islam maka dia adalah muslim yang derhaka, bukan kafir.
- jiwa yg beriman itu peka dn sensitive
- halus dan telitinya proses dan seni penjinakan yang telah digunakan oleh 'pemimpin-pemimpin' yg sesat itu telah menukar helang rajawali menjadi buruk denak
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu lalu membenamkan bahtera ke dasar laut ereka tidurkan kita dengan irama dan lagu dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.” - Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
- Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut - mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. <>Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi Kristian ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya
No comments:
Post a Comment