Sunday, July 20, 2008

walimah ukt nurul izza n akh aiman



Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang memperhubungkan antara lelaki dan wanita. Impian kita terhadap ikatan ini ialah agar ia akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Selain daripada itu, kita juga mengharapkan agar perkahwinan itu sentiasa aman damai, bahagia dan agar darinya dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan anak yang soleh, cerdik, cerdas seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Alhamdulillah..pd hari sabtu 19 july, kak izza kita telah selamat di ijab kabulkn dgn akh aiman di virgin mary mosque, hoppers crossing.

proses rewang yg dibuat di BM diketuai oleh izyan dn dimulai dgn tazkirah dr kak masdi. alhamdulillah semua bersemangat utk bersm2 bekerja. dr carrot, timun, bawang sampai lah ke ayam diproses bersm2...indahnya bila semua kerja dibuat atas nm Allah..sekejap je semua kerja siap dn semua masih mampu tersenym biarpun penat =) esok awal2 pagi ..ada yg telah bgn utk membuat kek (diketuai oleh kak nini n da geng), ada yg sibuk menyiapkn hantaran, memasak nasi n ayam merah..
rombongan ke virgin mary mosque bertolak dr clayton dlm pukul 12. alhamdulillah selamat sampai dlm sejam lebih kurang. proses akak nikah berlalu dgn penuh tenang dn teratur. dimulakn dgn bacaan ayat alquran dr brothers dr surah an nur kemudian disusuli dgn tazkirah dr imam jemputan dr afrika. antara isi2 tazkirah ialah :
- sepotong hadith yang berbunyi, “Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
- hakikat bhw perkahwinan itu bermaksud persaudaraan 2 keluarga yg sblm ni asing. selepas berkahwin pasangan suami isteri itu seharusnya melayan ibu dan bapa kedua2 mrk secara sama dn penuh kasih syg

akad nikah dimulakn dgn kadi bertanyakn persetujuan ukt izza utk berkahwin dn kemudian kesediaan akh aiman utk menerima ukht izza.




dimlm harinya pula dibuat walimah sambutan utk kak izza di baitul hasanah. ketibaan kak izza disambut dgn paluan kompang yg diketuai oleh ainun. gaya btul2 mcm kat malaysia =) sedap lauk2 nya dgn cenderamata berupa fridge magnet n coklat =) persembahan nasyid dr puteri2 city menceriakn lagi suasana. selepas perut telah terisi,kak syaf pula memberi tazkirah tentang kelebihan dan kepentingan berkahwin. sebagai penutup majlis, kak izza dan ibunya sempat memberi sepatah dua kata tanda penghargaan utk semua warga clayton + city. turut hadiri majlis ini ialah akhwat2 dr adelaide seramai hampir 25++. alhamdulillah..semua nmpk ceria di majlis kak izza..lagi2 bila ibu kak izza mendoakn supaya semua cepat mendapat jodoh..heheh

barakallah ukhti izza dan suami..dn jazakumullah utk semua yg menjayakn walimah kak izza =)

No comments: