Terima kasih kerana sabar menunggu kehadiran entry ini. Afwan juge kerana lambat menyiapkannya. Alhamdulillah, puteri-puteri Clayton telah menunjukkan aksi yang tangkas dalam games basketball pada hari itu. Tidak sangka juga ramai yang mempunyai bakat terendam/terpendam dalam sports ini. Contohnya pakar jaringan jarak jauh, Radin, serta pakar pemungut mata, Yatie dan Kak izza. Kak adib juga tidak kurang hebat, aktif bersukan. Hebat. Syabas kepada kedua-dua kumpulan. Lain kali insyaAllah boleh diadakan lagi perlawanan sehat seperti ini. Tidak lupa juga kepada mereka yang cedera kerana terlalu giat bermain. Almaklumlah adat permainan.
Saya sungguh terharu dengan kedatangan ramai orang dan kegigihan semua dalam bermain, sampai saya perlu memanjangkan masa booking court. Semangat inilah yang kita mahu. Semoga dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
Akhir kata, syabas kepada semua orang yang hadir menjayakan games tersebut. Teruskan membina jasmani yang sihat, akal yang cerdas, dan hati yang tulus.
Secebis dari saya,.
Hargailah nikmat anggota badan yang dengannya kita mampu berjalan, berlari, menulis, membaca, mendengar, bercakap, bernafas, dan banyak lagi.. Bersyukurlah dengan kurniaan Ilahi, jangan sekali-kali kte lalai daripada bersyukur.. Tangan ini bukan milik kita, tapi masyaAllah, pelbagai kemudahan telah kita perolehi dengan kehadirannya.. Kaki ini bukan milik kita, tapi lihatlah sehingga di negara asing ini kita bertapak menggunakannya.. Hati ini juga bukan milik kita, tetapi pelbagai kenangan manis dan pahit telah mampu kita rasai dengan kehadirannya.. Jangan sekali-kali kita lalai.. Lihatlah anggota anda setiap hari dan evaluate untuk apa anda telah gunakan nikmatnya..
Entry by Aida Rashid~~
Jualan Biskut Aidilfitri
15 years ago
1 comment:
x sabar2 nk bersukan di hari minggu...hehe...bila nk start ek?
Post a Comment