Dengan menggunakan slogan "Bond & Bones", Melbond Games 08 telah berjaya diadakan pada 1 July yg lalu di North Court, Melbourne University. Tidak dinafikan, semua peserta sama ada dari Melbourne, Clayton mahupun interstate spt Newcastle, Perth, Canberra, Sydney, Brisbane dan lain-lagi lagi begitu bersemangat utk bersukan.
Setiap peserta dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan. Comel-comel nama rumah sukan tersebut iaitu Kawthar, Rayyan, Rayhan, Rawdah, Salsabeel dan Tasneem. Pelbagai gelagat peserta yg dpt dilihat ketika setiap permainan berlangsung. Antara permainan yang dipertandingkan termasuklah bola jaring, bola keranjang, volleyball ape ek dlm malay?? =D dan tdk ketinggalan permainan tradisional iaitu lompat getah dan batu seremban.
Semangat kesukanan dan ukhuwah yang ditunjukkan menunjukkan betapa kuat Islam sebenarnya. Itulah apa yg tersirat disebalik slogan Melbond games tahun ini. Di samping merapatkan ukhuwah sesama akhawat, bersukan juga dpt menyihatkan badan. Bukankah mempunyai tubuh badan yang sihat juga termasuk di dalam 10 ciri-ciri Muwasaffat??
Melbond games berakhir lebih kurang pada jam 5ptg yg diakhiri dgn majlis penyampaian hadiah. Syabas diucapkan kepada johan dan naib johan setiap permainan. Tidak dilupakan kepada rumah sukan yang menunjukkan ciri-ciri yang mantap, segulung sijil dihulurkan sebagai penghargaan. Kepada jaguh atlit kita pada hari tersebut, kekalkan sukan sbg aktiviti mingguan kte ye =)
p/s : gambar akn diupdate kemudian, mintak maaf smua ....
4 comments:
tk pernah main netball sampai rs nk muntah..huhu..nmpk sgt dh tk fit..apa lg..jom riadah ramai2..
seronok tgk semua org semangat hrtu.. kak yati, volleyball malay die bola tampar.. hee, lupa dah.. ;)
1st time akak msk netball...n 1s time gk di brief psl rules netball ni oleh cik pah n da geng...punye laa complex...x psl2 akak dpt 2 kali overcourt...dh ler seminit nk berakhir br tahu yg overcourt tu sbb akak..hehe...lawak tul...menarik winter games ni...eg..tgk org bersungguh2 menampar bola = volleyball...kn yati?..hehe
hihi, tengkiu radin.akak ingt dh volleyball = bola tampar =)
Post a Comment