Saturday, July 26, 2008

Winter Gath 2008 Campespe Down, Kyneton

Alhamdullilah, pada 7-8hb Julai yang lalu seramai lebih kurang 225 pemuda-pemudi telah diizinkan Allah untuk sama-sama hadir memeriahkan winter gathering 2008 ini. Malah perjumpaan ini telah menggabungkan puteri2 dari serata pelusuk dunia; Australia, New Zealand, Malaysia, Uk, dan Mesir. Wah, lihatlah kebesaran Allah yang telah menemukan kita semua. Walaupun winter gathering kali ini singkat sahaja iaitu diadakan selama 2 hari satu malam, tapi ia tetap meriah dan insyaAllah penuh dengan keberkatan dariNya.

Bertolak dari Clayton, dengan menaiki satu bas yang sarat dengan muatan, kami merempuh perjalanan dan bertembung juga dengan traffic jam, namun akhirnya kami sampai lebih kurang 2 jam kemudian di Campespe Down. Aduhai, sejuknya Kyneton. Kami disambut dengan suhu sejuk berserta hujan. Setelah unload barang masing-masing berkumpul dulu di dining hall sebelum bergerak masuk ke bilik masing-masing. Alhamdulillah, seronok lihat bilik2 cabin kami yang cantik dan selesa. Tandas juga luas dan bersih.

Seterusnya kami ke aktiviti centre untuk mendengar pengisian pertama iaitu tentang
“Survival Melayu”. Opportunist. Adakah anda seorang opportunist? Apa perasaan anda, melayu semakin dipinggirkan dan semakin mundur. Seharusnya bila kita lihat melayu, ia menjadi kayu pengukur kekuatan Islam di Malaysia. Tapi, kuatkah kita? Minda “daging ayam”. First time sebenarnya dengar ni. Rupanya “budaya suka ikot-ikot je”. Kita ke? Ayuh! Be daring, don’t stuck in the middle..!

Pengisisan kedua tentang Pembinaan Pemuda. Jazakallah ustaz kerana berusaha memberikan pengisian yang menarik walaupun kami selalu tak faham lawak ustaz. Kesian ustaz. Walaubagaimanapun, insyaAllah peserta-peserta jelas tentang pentingnya pembangunan pemuda, punca gejala-gejala yang berlaku sekarang iaitu kerana masalah jiwa, rosak akhlak, serta manusia tidak kembali semula kepada agama. InsyaAllah, sama-samalah kita mendidik keperibadian, memulihkan rohani, memantapkan akhlak, serta membina sifat rijal yang sebenar.

Pengisian ketiga tentang “Salah Faham Terhadap Islam” di the Barn (pronounce elok2, bukan deban : )) di sebelah petangnya. Alhamdulillah, walaupun diselubungi kesejukan yang teramat, dan mungkin sekali-sekali syahid di tengah jalan, tapi insyaAllah ade pengajaran yang dapat kita ambil dan sedar tentang pelbagai shubhah-shubhah tentang Islam yang mungkin dipersoalkan oleh umat islam sendiri.. Tak dapat dinafikan, bengkel yang diadakan dihujung programm telah berjaya memantapkan lagi pemahaman kami. Jazakillah facilitators semua!~

Pada mase yang sama, adik-adik ramai ke Activity Centre untuk mendengar “Ini Peranan Kita” dan “Ghuzwatul Fikr”. Bagaimana? Rasa geram tak? Rasa semangat tak? Semangat pemuda! InsyaAllah.. masing-masing dapat sedikit-sebanyak ilmu dari ustaz dan dapat membuka mata adik-adik tentang agenda musuh untuk menjatuhkan Islam. Maka, kita pun kene lebih berusaha daripada mereka, berserta niat hanya kerana Allah. InsyaAllah..

Akhirnya,…Aktiviti Riadah yang gilang gemilang!. Wah, semangatnya semua orang. MasyaAllah, tingginya semangat ukhuwwah yang dapat dilihat pada petang itu..tapi agak ganas juga sampai ade kerusi yang patah! Kreatifnye AJK2 riadah yang came up with the ideas of the games. Jazakillah pada semua yang menjayakan aktiviti tersebut. Seronok tengok feedback2 yang diberikakan untuk games yang last tu, sampai diminta restrict time untuk setiap orang yang nak bagi opinion sebab tak putus-putus orang angkat tangan…especially tentang kertas-kertas bonus yang ditabur tu..hihi.

Tak dilupa,..AJK memasak! Jazakillah masakkan kami serta mengenyangkan kami dengan makan yang banyak dan sedap!

Lastly, agak sedih juga sebab adik-adik Clayton tak ramai yang dapat datang join, so kurangla orang Clayton, so kurang best sket in terms of that. InsyaAllah, tahun depan harap adik-adik boleh sparekan sikit cuti winter adik-adik untuk join sekali ok? See you next winter gathering!~






Diharap ukhuwwah yang terjalin akan tetap terus kekal dan semoga kita berjumpa lagi di masa-masa yang akan datang…InsyaAllah..

5 comments:

Radin N said...
This comment has been removed by the author.
Radin N said...

sy wakil adik2 clayton hrtu :)..pengisian2 dr ustaz agak menarik masa winter gath ni, tp kesian juga pd ustaz sbb tak fhm lawak die, maaf ustaz..tp alhamdulillah, rmai juga yg berjaya bertahan tak syahid di tgh jln hrtu..hee..wpun agak sedih sbb tak dpt main flying fox, games 'titian silaturahim' n ‘bom group org’ (tak tahu nm game ni) sgt menarik! jzkl ajk2..
p/s: tb2 sy teringat peristiwa seorg akhawat dikejar anjing pkcik david ;p

Anonymous said...

siapa yg kena kejar tu..nape kitaorg tk tau ceita sensasi mcm ni??heheh..tahniah akak nk ucapkn utk radin kerana semasa pengisian tk pernah lg akak tgk radin tertido..ekeke..biarpun sejuk mn pun keadaan..biarpun perut dh sarat,..biar berat mn pun mata..radin tiap gagah..heheh kecil2 clili padi rupanya hehe..nnt bila programme leh duduk tepi akak2 yg senang lelap contoh nya ..kakak *cB**t..wakakka..

adeeb-sama said...

ada org kena kejar anjing? ya Allah kesiannya... terigt kenangan lama akak.. hehehe.. syuuuu!! jgn bising2!!..
maybe next year kena buat awal sikit winter gath ni... bg akak2 4th year n 5th year bley join.. baru la havoc sikit.. tehehehe...

ncbact-baik said...

nasib akak2 4th yr x ramai tu ari...kalu ada...x dpt lk title org yg plg kuat bertahan utk x tdo....almaklum lah...akak2 4th yr slalunya terlebih khusyuk dgr ceramah smpi tersengguk2 tanda paham...=p...iA next yr team clayton ramai2 turun...kali ni kt buat team bj pelangi lk...