Friday, July 18, 2008

“Fastabiqul Khairat - Race Towards Goodness”

10 July 2008
Alhamdulillah, ihtifal 2008 menjadi acara kemucak winter program pada tahun ini. Banyak aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Antaranya:

Tilawah Al-Quran
Syarahan nama-nama Allah SWT
Pertandingan bacteria kisah-kisah nabi dan para sahabat
Hafazan juzuk 29 dan 30
Poster traditional dan electronic
Pertandingan khat
Nasyid
Kuiz

Groups yang turut serta pada hari tersebut ialah team dari: Clayton, city of Melbourne, Brisbane, UK/Ireland dan Perth. Puteri2 Clayton tampil serba biru haritu, bergaya.. ;)

Warga clayton bersungguh-sungguh dalam latihan walaupun ada yang sudah memulakan kelas. Alhamdulillah, semua sanggup turun padang untuk turut serta dalam ihtifal tahun ini. Semoga segala usaha diberkatiNya. Jazakillahul khair pd semua yang telah turut serta..

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan tilawah Al-Quran, diikuti dengan hafazan dan seterusnya acara-acara seperti pertandingan bercerita, syarahan dan nasyid diselang-selikan. Acara kemucak ihtifal 2008: kuiz, di mana setiap team dikehendaki menghantar 4 peserta untuk menjawab soalan-soalan fiqah, aqidah, hadith, Quran, isu semasa dan lain-lain.

Team Clayton telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan bercerita. Cerita sahabat: Mus‘ab ibn ’Umair telah berjaya menambat hati para juri hari itu. Tahniah buat kak Amirah dan para pelakonnya. ;)

Acara tamat dalam jam 8pm, di mana sebelum bersurai, puteri2 Brisbane yang memenangi pertandingan nasyid memperdendangkan nasyid mereka sekali lagi.. Mantap betul sahabat2 interstate ni, tahniah juga buat mereka, semoga segala usaha diberkatiNya..

Alhamdulillah, ihtifal 2008 berakhir dengan jayanya. Selain dapat mencungkil bakat-bakat baru, mempereratkan ikatan ukhuwah yang sedia terjalin, objektif utamanya adalah mencari pengertian hiburan dalam Islam; hiburan yang betul. Tidak salah untuk berhibur asalkan kita tidak slaah memilihnya.. Teringat baris2 lagu Raihan.. ;p
Akhir kata, jazakillahul khair buat semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan ihtifal pada tahun ini, buat yang turut serta secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan dariNya. Insha Allah..

"Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha bersungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang
usahanya dibalas dengan baik." (17:19)


entry oleh: nadia radin =) ..jazakillah

6 comments:

Anonymous said...

teringt lyrics nasyid yg masih cuba dihafal sehingga sekarang..heheh..kenangan yg best =)

ncbact-baik said...

wah...mantap tul ulasan n entry dr big boss...bila nk tubuhkn team nasyid betul2 ni big boss?..kalu nk menang thn dpn..kene practis setahun awl ni...hehe

Radin N said...

kak ncbact ni, 'big boss' da tak valid da.. hee ;p jazakumullah buat semua, winter ni mmberi byk kenangan manis buat sy.. ;)

yati said...

kak ncbact, yati sokong gak!!! best gak klau radin jd big boss.nxt yr bole menang nasyid utk team clayton lak =)

Anonymous said...

wah..bagus2..bile big boss bersuare, kami sedia menurut perintah..=D (pesanan utk k ncbact: practice miming ek!
hehe..gurau je..jgn marah)

karimah said...

insha Allah..adi2k sumenya berbakat & punya potensi tersendiri...belum cuba blum tahu? xgitu?