THE ARMED THEFT
· Subuh 4 Januari 2004, segerombolan militan menyerang Kem Askar Narathiwatratchanakharin di daerah Narathiwat’s Cho Ai Rong dan melarikan beratus senjata serta membunuh 4 orang tentera. Drama ala gerila ini dikatakan dirancang dengan rapi oleh segolongan “pakar”. Peristiwa ini dikaitkan dengan serangan ke atas 20 buah sekolah yang berlaku selepas peristiwa ini.
· Kejadian yang sama berlaku pada tahun 2003 di Sukhirin daerah Narathiwat (15 senjata) dan daerah Yala’s Than To (18 senjata).
· Kecuarian senjata pada 2004 dikatakan akan membawa kepada lebih banyak kecelakaan dan huru-hara sementelahan kerajaan masih gagal melakukan penangkapan ke atas penjenayah ketika peristiwa 2003.
THE DISAPPEARANCE OF MUSLIM LAWYER
· Somchai Neelaphaijit (seorang peguam Muslim serta Pengerusi Kelab Peguam Muslim) yang mewakili dan membela hak asasi penduduk di selatan Thailand yang dituduh memberontak, dikatakan hilang secara misteri pada 12 Mac 2004 di Bangkok.
· “Kehilangan” Somchai menyukarkan lagi suara-suara penduduk Selatan dibela. Somchai turut menjadi peguam kepada tertuduh dalam peristiwa ala gerila Narathiwat.
APRIL 28: DEATH IN THE MOSQUE
v Akibat tekanan dan ketidak-adilan yang semakin menekan penduduk Selatan Thailand, mereka mula meluahkan perasaan marah dan rasa tidak puas hati yang semakin tidak terbendung itu.
v Senja 28 April 2004, sekumpulan anak-anak muda membawa pedang, pisau dan parang menyerang polis-polis dan askar-askar di pos-pos tentera dan balai polis. Serangan serentak ini berlaku di Yala, Pattani dan Songkla. Ramai yang terbunuh dalam serangan ini.
v Walau bagaimanapun di pos berhampiran Masjid Krue Se tidak berjaya ditawan. Mereka lari menyembunyikan diri di masjid Krue Se.
v Tawaran oleh pihak berkuasa untuk menahan mereka secara sah diutarakan ditengah-tengah ketegangan penduduk yang menjadi pelindung anak-anak muda ini. Akhirnya pihak polis mengambil keputusan untuk menembak sesiapa yang berada di kawasan masjid dengan alasan keadaan sukar dikawal lagi.
v Mereka yang terbunuh berumur antara 18-25 tahun. Total dikatakan lebih dari 100 orang menjadi mangsa kekejaman tentera dan polis dengan 34 daripadanya di tembak di dalam masjid!!! Walaupun pada hakikatnya mereka yang terbunuh ini tidak membawa sebarang senjata dan hanya memakai serban merah. Tragedi di Masjid Krue Se ini menyamai peristiwa berdarah Dusun Nyor di Narathiwat pada 28 April, 50 tahun yang lampau.
TAK BAI: VIOLENCE ON THE WAY
Ø 25 Oktober 2004 di daerah Tak Bai, penyembelihan umat Islam berlaku lagi, kali ini lebih sadis, tatkala umat Islam dunia lain berpuasa, masyarakat Islam di Selatan Thailand “ditekap-mati” hidup-hidup.
Ø Tragedi Tak Bai bermula selepas menahan 6 orang anggota rela yang dituduh membuat laporan palsu tentang kehilangan senjata yang mereka dakwa dirampas oleh golongan militan. Mereka di tahan di balai polis Tak Bai sejak 12 Oktober.
Ø Lebih 1000 ahli keluarga tahanan yang tidak berpuas hati berkumpul di hadapan balai polis Tak Bai menuntut pembebasan ahli keluarga mereka. Bilangan yang berkumpul bertambah menjelang tengah hari dan mereka mula merosakkan harta benda di sekitar balai polis. Wakil-wakil dari pertubuhan Islam yang hadir cuba berunding untuk menjamin 6 orang tahanan ini dan meyuraikan demostrasi, namun tidak berjaya menyejukkan suhu kemarahan penduduk Tak Bai.
Ø Sekitar jam 3 petang, polis mula mendapat arahan dari pihak atasan supaya menyembur gas pemedih mata dan tembakan amaran ke udara bagi menyuraikan kumpulan bantahan ini.
Ø Keadaan semakin tidak terkawal dengan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri sementelah penembak tidak dapat dikenal pasti. Laporan menyatakan 14 anggota berkuasa tercedera dan 6 orang awam terbunuh, dengan kesan tembakan di muka dan di kepala. Lebih 300 ditahan.
Ø Peristiwa ini pada kulitnya tidaklah seteruk peristiwa di Masjid Krue Se, namun esoknya diwar-warkan lebih 78 orang awam mati di dalam trak tentera ketika dalam perjalanan ke kem tahanan. Mati kerana sesak nafas setelah mereka disusun seperti menyusun roti dan kek lapis!! Mati bertindihan antara satu sama lain. Jumlah tahanan sebenar adalah 1298, bukan 300 seperti yang di dakwa sebelum ini.
Ø Sekali lagi pihak berkuasa menyalahkan keadaan. Letih berpuasa telah menyebabkan ramai mereka tidak mampu bertahan bertidihan. Masuk akal?!! Tetapi autopsi menunjukkan tubuh mereka penuh kesan luka dan lebam. Logik?
Ø Sekali lagi cerita sebenar ketika proses pemindahan ke kem tentera terus lenyap dari pengetahuan masyarakat dunia.