Tuesday, August 18, 2009

Netball Tournament


Netball tournament?

Yes, mmg dah lama dirancang tournament nie. Finally,Alhamdulillah, pada 9 Ogos 2009 yang lalu, kami (Ida, Iman, Radin, Mira, Anis) telah menganjurkan satu netball tournament yg dihadiri seramai lebih daripada 30 orang yang terdiri daripada sisters city dan clayton. Tournament nie diadakan di Jells Park.

Tepat jam 9 pagi, sesi pendaftaran dijalankan dan sepaket muesli bar diberikan kepada setiap peserta as a light breakfast. Tahniah kepada Evelyn kerana hadir tepat pada masa, begitu juga sisters clayton dan city yang lain.

Kemudian, briefing mengenai rules netball tournament diberikan oleh siapa lagi kalau bukan, peledak kepada tournament kali ini iaitu kak Lina.

Setelah selesai briefing, semua peserta dikehendaki 'warming up' yg diketuai sekali lagi oleh Kak Lina.

Selesai sesi warming up, bermula lah pertarungan sengit antara setiap kumpulan. Semangat untuk bermain lebih dirasai apabile setiap peserta memakai bib menandakan tugas masing2 dlm kumpulan. Game ini turut dihakimi oleh 4 judges bertauliah iaitu, Iman, Kak Lina, Mardiyyah dan Kak Jamie. Alhamdulillah, tournament berjalan dgn lancar.



Pada waktu terakhir, tournament friendly diadakan antara group city dan clayton tanpa ape2 mata pengiraan. Namun begitu, setiap peserta bermain dengan penuh bersemangat sekali. Majlis diakhiri dgn penyampaian hadiah dan pembukaan hamper.


Hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat dari Taralgon iaitu Doktor Karimah pada pukul 1 tgh hari.Secara keseluruhan, tempat pertama ialah group city,

tempat kedua ialah group 3

tempat ketiga ialah group 4.
dan tempat ke empat dalah group ini:


Walaubagaimanapun, objektif tournament kali ini bukan sekadar saingan sihat utk merangkul kejuaraan tetapi lebih kepada untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan peserta dan untuk menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Jadi, semua peserta adalah pemenang dan tiada pengalah.Diharapkan agar tournament seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang hadir =)

Laporan disediakan oleh:
Nurul Amirah

4 comments:

Anonymous said...

salam,
bravo!!! sangat menarik. wish to have events like this in the future. after Ramadhan of course n few days post-Syawal =) thanks kpd pengurus (ida) dan semua yg terlibat menjayakan netball tournament ISMA-vic =) mungkin lps ni boleh lawan team2 lain dari group sukan lain ;P - rina aznita

ummu mus'ab said...

wah seronoknye, ruginye ummi x dpt join, insyaAllah next time, nnti boleh anjurkan lagi ye, come on, qowwiyul jismi, mu'min yang kuat lebih afdhol dari mu'min yang lemah kata Rasulullah SAW ;)

NmZ said...

best2, semuanya bersemangat.. sapa2 nak the rest of the gambar2 yg pelbagai ekspresi muka dan gaya tgh bermain *wink* sila minta pada saya ye.. ada 300gambar utk event ni.. :)

sharifahlina said...

Wah banyaknya gambar! Nanti nak gambar jugak!!