A'kum wbt rakan2 sekalian,
Alhamdulillah, kita telah pun berada di bulan Sya'ban & kita akan berjumpa sekali lagi bulan Ramadhan al-Mubarak di tahun ini, Insya Allah.
Di sini, saya mewakili Syeikh Ahmad [Imam, al-Hafiz & Guru Al-Quran Dandenong Mosque] & Syeikh Bandar [Imam & AJK Beddoe Mosque, Clayton] (serta Syeikh Abu Umar [Imam Besar Beddoe Mosque, al-Hafiz 10 Qiraat]) ingin menyampaikan pesanan mereka iaitu Projek "Al-Quran CD for Muslim Children in Victoria".
Projek ini bertujuan untuk mengedarkan CD-CD Al-Quran (Surah-Surah Lazim bacaan Syeikh Mishary Rasyid Al-Afasy diikuti dgn terjemahan dalam English & suara bacaan kanak-kanak) dengan menerbitkan 10,000 keping CD & Insya Allah akan diedarkan secara percuma kepada Muslim children in Victoria sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Syarikat yg bertanggungjawab utk menerbitkan CD-CD ini telah lama membuat projek-projek amal jariah sebegini dalam tahun-tahun sebelumnya dengan menerbitkan pelbagai Audio CD & DVD yg berbagai tajuk berorientasikan dakwah Islam (utk Muslimin & juga Non-Muslim) & kesemua CD-CD terbitan syarikat ini telah diedarkan secara percuma kepada Muslimin & Muslimat di Victoria.
Harga satu CD ialah $0.80 , total fund yg ingin dicari ialah $8000.00. Maka ayuh, bersegeralah kita untuk sama-sama menyumbang dalam projek ini sebelum terlambat.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun: Commonwealth Bank:
BSB: 063 408
Account No.: 1055 9245.
Description: Al Quran CD.
Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama terlibat dlm projek amal jariah ini. Mudah-mudahan segala usaha kita untuk menyumbang dengan ikhlas mendapat keredhaan Allah SWT & dapat memberatkan timbangan amalan kita di akhirat nanti Insya Allah.
Jazakumullahu khairan kathira.
Wassalam wbt.
Wan Muhd Riduan Bin Wan Jaffar,
Qaryah Member,
Beddoe Mosque (Monash University),
Clayton.
Jualan Biskut Aidilfitri
15 years ago
No comments:
Post a Comment