Dengan bertemakan 'Mahasiswa Arus Peneraju Aspirasi Negara (MAPAN)', majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 250 peserta dari seluruh Australia termasuk Melbourne, Adelaide, Sydney dan Brisbane.
Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku oleh semua hadirin.
Ucapan alu-aluan oleh Dr Zaki Ibrahim, Pengerusi ISMA Australia. Kemudian diikuti ucapan perasmian ISMA Australia oleh Wakil Kedutaan Malaysia di Australia, Dr Sirajuddin Bin Suhaimee, Setiausaha 1 Kedutaan Malaysia di Australia. Majlis perasmian ISMA Australia disajikan dengan tayangan video perasmian ISMA Australia yang menampilkan pelbagai aktivitianjuran ISMA Australia.
Setelah perasmian ISMA Australia selesai, Seminar Mahasiswa Malaysia membuka tirai denganpembentangan kertas kerja “Kepentingan Pembinaan Jati Diri di Kalangan Mahasiswa Malaysia” oleh Tuan Haji Abdul Halim Abdullah, Naib Pengerusi ISMA. Kertas kerja ini mengajak para mahasiswa dan mahasiswi untuk meluaskan pemikiran agar tumpuan tidak hanya diberikan kepada aspek akademik semata-mata, tetapi juga kepada aspek rohani, sahsiah dan pembinaan jati diri.
Pameran mengenai ISMA dan jualan turut berlangsung di luar dewan kuliah untuk dilawati oleh hadirin.
Selepas rehat, seminar diteruskan dengan forum “Identiti Kepimpinan Harapan dan Metodologi Pembentukannya”. Diacarakan oleh Dr Ihsanuddin Abas (Timbalan Pengerusi ISMA Australia), forum ini dibarisi oleh 3 orang panel iaitu Tuan Haji Hazizi bin Abdul Rahman (Timbalan Setiausaha Agung ISMA), Dr Zaki bin Ibrahim (Pengerusi ISMA Australia) dan Dr Norhasliza Ahmad Fauzi (Naib Pengerusi ISMA Ausralia).
Forum membincangkan tentang ciri-ciri kepimpinan harapan agama dan negara, juga persediaan yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi seorang pemimpin di masa akan datang.
Acara ditutup dengan Deklarasi Seminar Mahasiswa. Semoga deklarasi ini mengiringi perjalanan pulang mahasiswa dan mahasiswi dengan harapan dan semangat yang tinggi untuk belajar bersungguh-sungguh dan semoga suatu hari nanti mampu menjadi pemimpin dan berbakti kepada anak bangsa di tanah air kita.
Layari laman web rasmi ISMA untuk laporan rasmi dan maklumat lanjut mengenai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).
Laporan oleh:
Kak Ash
2 comments:
jazakillahu khoir atas laporan, semoga kita semua menjadi mahasiswa yang diredhai Allah SWT
oh ye.. kertas kerja yg ustaz halim bentang tu pun sgt menarik.. yang 13(betul ke bilangan ni) perkara yg seorang mahasiswa/i muslim seharusnya buat tu (oooh ayatku tak sedapnye...)
bagus jugak kalu buat entry blog pasal tu.. tp akak tak salin sbb dok amik gmbr.. ada sapa2 nk taipkan? rasenye wani salin penuh haritu :)
Post a Comment