Monday, September 28, 2009

Allah yang sangat sweeeetttttttttt!!

Verily, those who believe (in the Oneness of Allah and His Messenger (Muhammad s.a.w)), and work deeds of righteousness, the Most Gracious (Allah) will bestow love for them* (in the hearts of the believers).[19:96]

*Narrated Abu Hurairah r.a: The Prophet s.a.w. said, "If Allah loves a person, He calls Jibrail saying: Allah loves so-and-so; O Jibrail, love him. Jibrail would love him and then Jibrail would make an announcement among the residents of the heavens, 'Allah loves so-and-so, therefore you should love him also'. So all the residents of the heavens would love him and then he is granted the pleasure of the people of the earth." [Sahih Al-Bukhari]

Assalamualaikum w.b.t.

Sekadar berkongsi ayat Quran yang menarik. Terasa Allah sangat sweet dalam ayat ni =)
Moga orang lain dapat juga merasa bahawa Allah sayangkan manusia walaupun manusia sering ingkar dan tidak bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan. Walaupun azab dan siksaan Allah berat di akhirat kelak, bukan bermakna Allah tak sayang manusia. Azab yang berat sebagai peringatan kepada manusia untuk meningkatkan amal ibadah. Wallahuallam..

-yang bernama tetapi tidak mahu dinamakan-

Thursday, September 24, 2009

Ayuh rawati dan segarkan iman kita!


Salam ukhuwwah imaniyah buat [semua]. Marilah kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti iman kita, marilah kita mentajdid (reform) semula iman kita. Perbaharuilah iman kita dengan mengingati Allah, dengan amal, dengan ibadat nafilah. Kita bangunkan dan bugarkan iman sepanjang masa dan ketika.

Ya, kenapa iman penting? Iman penting bagi setiap individu Muslim dan juga organisasi dakwah kerana beberapa faktor:

1. Iman merupakan prioriti utama di dalam kehidupan muslim. Ingatlah ungkapan Harithah b. Malik al-Ansori ketika menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w: “Bagaimana kamu hari ini wahai Harithah?” Jawab Harithah: “Aku dalam keadaan sebagai seorang mukmin yang sebenar.”

2.Iman adalah asas yang menerbitkan amal dan akhlak. Tidakkah kita lihat bagaimana Allah memadukan iman dan amal di dalam ayat-ayat al-Quran sebagai bukti iman yang hidup dan dinamik. Sinergi inilah yang disebut Baginda s.a.w di dalam hadisnya: "Islam itu sifatnya terang (dizahirkan) sedangkan iman bertakhta di hati." Bukankah jasad yang baik dari sekeping hati yang baik, begitulah sebaliknya, jasad yang buruk berpunca dari hati yang buruk.

3. Iman adalah faktor untuk melaksanakan amal dengan bersungguh-sungguh, ihsan, teliti dan kuat. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah amat suka apabila salah seorang daripada kamu melakukan satu-satu pekerjaan, dia bersungguh-sungguh."
.
.
.

6. Imanlah yang menghasilkan pendirian hebat, pejuang luar biasa, berkorban harta dan nyawa sebagaimana para sahabat dan seerah salafussolih.

7. Iman juga menjadi tali pengikat antara matlamat yang jauh dan berfasa dengan wawasan besar dan dekat. Hubungan amal ini menjadi padu dan utuh.


Saudaraku,

Mengapa seringkali iman kita lemah? Antara sebab-sebab yang membawa kelemahan iman ialah:

1. Larut dan tenggelam dalam kesibukan duniawi. Kita sibuk dengan urusan kerja kita, anak-anak, isteri, dan keluarga. Kita sibuk mengumpul dan menimbun harta. Allah berfirman: “Mereka disibukkan dengan harta dan ahli keluarga mereka..” (al-Fath: 11). Sibuk mengejar kenaikan pangkat, jawatan dan kedudukan. Ketika Umar r.a. melalui pasar dia berkata kepada dirinya: “Sorakan dan tepukan di pasar-pasar telah melalaikan diriku..”. Bertanyalah diri kita dan bermuhasabahlah agar kita tidak dilekakan dengan kehidupan dunia.

2. Lalai dengan sebab yang boleh menambah dan menyubur iman. Kata salah seorang sahabat Nabi s.a.w: “Iman bertambah dan berkurang, bila kami ingat Allah, maka itu tanda iman bertambah, bila kami lupa dan leka, maka itu tanda iman berkurang..”. Para sahabat r.a sentiasa menyebut: “Wahai Rasulullah s.a.w, apabila kami bersamamu, hati kami jadi lembut seolah-olah kami ahli akhirat, namun bila kami keluar majlis bersama engkau lalu disibukkan dengan isteri, anak-anak dan perkara sia-sia, maka hati kami jadi keras, maka kami telah menjadi ahli dunia..”.

3. Banyak beban dan tanggungjawab serta urusan yang berkaitan dengannya sehingga kita tidak ada ruang untuk mengintrospek diri dan memberikan hak hati dan jiwa.
.
.

5. Banyak pertemuan-pertemuan kita lebih bersifat idari (pengurusan), kekeringan ruh, banyak berselisih pendapat dan berdebat, menonjolkan diri sehingga hilang makna kelembutan jiwa.


Wahai saudaraku!

Mari kita rawat dan segarkan iman kita dengan perkara berikut:

Tahap Individu:

1. Sentiasa bertafakur dan memikirkan kejadian alam. Berfikir sesaat lebih baik dari bangun sepanjang malam. Begitulah kata-kata Hasan al-Basri. Abu Sulaiman ad-Darini pernah berkata: “Sesungguhnya aku bila keluar dari rumah, aku pastikan mataku tidak lain hanya untuk melihat keagungan Allah, padanya aku memperolehi kenikmatan dan ibrah.”

2. Tafakur tentang kitabullah. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan al-Quran” (Muhammad: 24). “Sesungguhnya kami telah mempermudahkan al-Quran sebagai peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pengajaran” (al-Qamar: 17). Semakin kita mentadabbur al-Quran, semakin kita bertemu rahsia-rahsia al-Quran, semakin menyentuh dan melembut jiwa, semakin membugar dan merefreshkan hati kita. Alangkah indahnya saat-saat baginda berqiamullail, baginda selalu membacakan satu ayat dari surah al-Maidah, ayat 118 “Jika Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hambaMu, jika Engkau memberi keampunan untuk mereka, maka sesungguhnya Engkau Maha Perkasa dan Maha Bijaksana..”.

3. Berfikir tentang nikmat Allah dan sunnatullah. Berfikirlah tentang banyaknya nikmat Allah kepada kita, dari sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar nikmat. Dari nikmat yang dapat dilihat dan dirasa kepada nikmat yang tidak dapat dilihat dan dirasa. Dan sebesar-besar nikmat ialah nikmat Iman dan nikmat Islam. Mari kita bertafakur tentang sunnatullah pada ciptaanNya. Lihatlah keunikan dan kreativiti ciptaan pada makhluk-makhluknya, pada kejadian langit dan bumi, deria-deria, sistem mata rantai makanan, alam astronomi, galaksi dan sebagainya. Semua ini dapat menyubur dan menyegar hakikat kekerdilan diri dan menambah keimanan kita.

4. Perbanyakkan ibadah wajib dan tambahkanlah dengan ibadat nawafil. Laksanakanlah ibadah dengan penuh kesungguhan, penuh khusyuk dan tadarru’. Segeralah menunaikan solat berjamaah di masjid, kerjakanlah ia di awal waktu, perbanyakkan tilawah Quran, berqiamulalil, berpuasa dan sentiasa berzikir.

5. Perangilah kebatilan dengan kuasa kebenaran. Iman yang hidup adalah iman yang dipenuhi dengan jiwa mempertahankan al-Haq. Kebatilan pasti akan musnah dan hancur jika hati merasa bangga dengan keimanan dan al-Haq. Jiwanya tidak akan gentar dan takut kerana tempat harapan dan pergantungannya adalah Allah. Ambillah inspirasi dan motivasi dari surah Ali-Imran, ayat 173 dan al-Ahzab, ayat 22.

By: Ustaz Azizee bin Hasan
Source: ISMA pusat

Monday, September 21, 2009

Solat Tasbih

Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan

waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat.

Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali,

kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali

dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak

sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!

Bacaan tasbih itu ialah :



Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih
























Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala


Caranya ialah :
1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali
6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali
7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.

Rasanya ada version lain where after alfatihah n surah baca 15, tapi lagi 10 tu dibuat selepas sujud ke2, sebelum bangun rakaat seterusnya)


Doa Sunat Sembahyang Tasbih



"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

Saturday, September 19, 2009

tomorrow

Assalamualaikum Brothers and Sisters,

Announcement from Board of Imams regarding Eid-ul-Fitr 2009
Please find the following communication from the Board of Imams reproduced below:

In the name of Allah SWT, the most Gracious and the most Merciful.

ANNOUNCEMENT: 1ST DAY OF SHAWWAL 1430 (Edul Fitr -2009)

All praise be to Allah (SWT) the most Gracious and the most Merciful

The Board of Imams Victoria is pleased to announce that the first day of Shawwal 1430 will be on

Sunday 20th of September 2009 Insha Allah.
The Astronomical New Moon is expected to be on Friday, 18th of
September, 2009 at 18:44 Universal time (04.44 Melbourne time) in
Australia and thus the first possible visibility of the new moon
(hilal) after sunset will be on Saturday, 19th September 2009.

The
member Imams of the Board of Imams Victoria (BOIV) send their warmest
Eidul Fitr greetings to all Victorian Muslims and the entire Muslim
community all over Australia.



EID PRAYER AT MONASH UNIVERSITY

Venue: Monash Sport, Monash University Clayton (grass area at the footy ovals)
Time: 8.00AM

We are in need of volunteers to help set up the place with mats and to help cleaning afterwards.

Please make sure to bring your prayer mats or sheets if you have any, since there may not be enough prayer mats from the mosque.

Don't forget to bring along your family and friends!

The
committee would also like to thank those who came and helped out at our
campus iftars, your support was very much appreciated.

Finally, Eid Mubarak to all of you and see you at the Eid prayer inshaAllah!

Friday, September 18, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Peraturan baru: perhatian kepada semua pemandu


Assalamualaikum
From 9 November 2009, there will be some changes to the road safety rules about using mobile phones and visual display units.

Mobile phones
Using a mobile phone to make or receive a phone call while driving is prohibited except if the phone:is secured in a commercially designed holder fixed to the vehicle, orcan be operated by the driver without touching any part of the phone. All other functions (including video calls, texting and emailing) are prohibited. Holding the phone (whether or not engaged in a phone call) is also prohibited. Holding includes resting the mobile on the driver’s lap.Learner and P1 drivers, are not permitted to use a mobile phone at all while driving.

Visual display units
A driver must not drive a vehicle that has a television receiver or a visual display unit operating if any part of the screen is visible to the driver or is likely to distract another driver. A driver can use a driver’s aid such as a navigation device but it must be an integrated part of the vehicle design, or secured in a commercially designed holder, which is fixed to the vehicle.

Exemptions
The rule relating to securing visual display units does not apply to motorcycles.

What you have to do
Don’t use your mobile phone or your drivers aid when you are driving, unless it is within a commercially designed holder fixed to your vehicle.

Road safety reasons
Using a mobile phone or a visual display unit as you drive is distracting and creates dangerous situations that could be fatal.The risk of being involved in a crash increases by as much as four times, when using a mobile phone as you drive, and if you are texting the risk of crashing increases to 23 times.

Sumber: roadrules.vicroads. vic.gov.au/ 14_rule_using_ mobile_phones_ and_visual_ display_units. html

-Brought to you by BIJAK-ISMA-

Monday, September 14, 2009

Syurga bukan untuk mereka yang sukakan kerehatan

Diambil dari blog ustaz suhaib ar-rumy, menantu kepada ustaz halim

Tajuk ini seharusnya menjadi slogan kita semua untuk 10 malam terakhir Ramadhan kali ini. Diriwayatkan bahawa Aswad bin Khalid An-Nakhaie sangat bersungguh di dalam beribadah, dan berpuasa hingga tubuhnya menjadi hijau dan kekuningan akibat terlalu penat. Lalu seorang bernama Alqamah bin Qais bertanya kepadanya: Mengapa engkau menyeksa diri dengan ibadah seperti ini? Lalu dia menjawab: Sesungguhnya aku inginkan kerehatan buat tubuh ini. Dan sesungguhnya urusan ini sangat berat. Urusan ini sangat berat. Beliau pun menangis teresak-esak. Apabila ditanya mengapa bersedih? Beliau berkata: Mana mungkin aku tidak bersedih, siapakah lagi layak untuk menangis seperti ini selain aku? Jikalau Allah memberikan keampunannya kepadaku, nescaya aku akan berasa malu dengan-Nya. Kita akan sentiasa malu dengan seseorang yang pernah kita lakukan kesalahan padanya. Apatah lagi jika yang kita lakukan kesalahan ini ialah Tuhan kita?

Telah tiba hari-hari 10 akhir Ramadhan. Malam-malam yang hanya dimenangi oleh golongan yang bersungguh-sungguh sahaja. Tempoh terbatas dan boleh dibilang. Barangsiapa yang mengutamakan kerehatan, tiadalah baginya ganjaran Lailatul Qadr. Hati yang bersih dan terikat dengan Allah sahaja yang akan berjaya. Imam Syafie berkata: Disunatkan menambahkah kesungguhan pada malam-malam akhir Ramadhan. Apakah keistimewaan malam-malam ini?

1. Ia lebih mulia berbanding 20 malam yang pertama. Ibn Rajab berkata: Setiap hari dan malam umumnya akhirnya lebih mulia berbanding awalnya seperti Hari Arafah, Hari Jumaat begitu juga malam dan siang.

2. Terkandung di dalamnya Lailatul Qadr. Daripada Aisyah: Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan sambil bersabda: Carilah Lailatul Qadr pada 10 malam akhir Ramadhan (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Amalan soleh pada malam-malam ini:

1. Menghidupkan malam. Adalah Rasulullah berjaga malam, mengejutkan ahli keluarga dan bersungguh-sungguh dalam ibadah pada 10 akhir Ramadhan. Erti menghidupkan malam ialah mengisi malam dengan solat, zikir dan Al-Quran. Diriwayatkan oleh AnNasaie bahawa Nabi saw tidak pernah membaca Al-Quran seluruhnya, bangun malam penuh dan berpuasa lengkap kecuali pada Ramadhan.
2. Iktikaf. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi saw beriktikaf selama 20 hari pada tahun beliau wafat.
Imam Az-Zuhri berkata: Sangat pelik bagi orang Islam kini; meninggalkan Iktikaf sedangkan Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya sejak tiba di Madinah hingga beliau wafat.

3. Membanyakkan membaca Al-quran. Jika anda telah khatam setiap minggu pada 20 hari awal Ramadhan, maka cuba khatamkan setiap 3 hari pada 10 hari akhir Ramadhan. Beginilah amalan para salafussoleh; Aswad bin Yazid mengkhatamkan setiap malam pada 10 hari akhir Ramadhan.

4. Mandi dan memakai baju baru. Ibn Jariri berkata: Sesungguhnya para salafussoleh mandi pada setiap malam 10 hari akhir Ramadhan , begitu juga Imam Malik turut berbuat sedemikian dan memakai pakaian cantik dan minyak wangi pada malam-malam yang diharapkan padanya Lailatul Qadr.

Ayuh saudaraku, kita bersungguh dalam memburu keampunan Allah. Sesungguhnya orang yang rugi adalah orang yang sempat merasai Ramadhan tetapi dirinya tidak diampuni oleh Allah swt.


>wahai muslimah clayton, ayuh kita sahut seruan ini!

Friday, September 11, 2009

Ekspedisi Memburu Malam Lailatul Qadr...


...sudah bermula. Are you in the race??

Thursday, September 10, 2009

Iftar ISMA and a few other stuffs..

Salam semua.. apa kabar?
Dah masuk gear 5 dah? Kalau belum, keh2, masuk keh!

Anyway, di sini nak update semua on a few acitivities yang akan dijalankan dalam masa terdekat.



Firstly, jumaat malam ni ada khatibah. Nantikan update daripada kak adeeb. Jika anda berminat, sila berikan nama pada kak adeeb. iA kita akan try bangun qiam bersama-sama..demi mengejar malam lailatul qadr.



Secondly, hari Sabtu ni ada jaulah mahsyi. Sebuah jaulah khas untuk mengenang kembali perisitwa perang badar. Akan dijalankan di Brighton Beach. Will not take the whole day iA. So, come along and rasai sendiri detik2 peperangan Badar. Jika berminat, sila berikan nama pada kak lily.



Thirdly, Hari Ahad ni ada IFTAR PERDANA ISMA. Akan berlangsung di EH3, building 60, (dewan periksa engineering building), bermula jam 5.30 hingga 9.30. Jemput semua untuk jemput rakan2 anda yang lain untuk turut sama memeriahkan majlis iftar ini. Jika anda berminat, namun tiada transport, sila berikan nama kepada Hanan atau kak nc bact.



Selain itu, talian qiamulail akan dijalankan. Basically, ia adlaah talian panggilan telefon untuk menengejutkan anda bangun qiam dalam 10 malam terakhir ramadhan ini. Jika mahu dimasukkan dalam list, berikan nama kepada Kak Rina. Qiam di Beddoe juga akan berjalan. Beddoe qiam dari pukul 2 sampai 4. 4 sampai subuh adalah waktu bersahur. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk beribadah di rumah Allah. Jika anda perlukan transport, sila hubungi orang-orang yang berkenaan, atau tanyakan pada jiran2 terdekat. Atau bagitahu sahaja pada Kak rina.



sebagai peringatan: tema ramadhan kita kali ini: Kembali kepada fitrah.
i.e. kita jadikan bulan ramadhan ini sebagai titik tolak yang membawa kita kembali kepada fitrah kita sebagai hamba kepada Allah, dan agar kita kembali kepada manual hidup kita yakni al-Quranul kareem..

Nilailah diri anda sendiri, sejauh manakah anda telah menjalin hubungan yang erat bersama quran anda... sekadar teman tapi mesra? ataukah lautan api akan ku redahi asalkan kau disisi?

semoga ALlah izinkan kita semua untuk bertemu malam lailatul qadr.
itu sahaja update buat masa sekarang.




Akan sampaikah kita ke garisan penamat dengan cemerlangnya?


S3KiaN. =)

Tuesday, September 8, 2009

Berkenaan Malam lailatul qadr

Sebuah perkongsian; di ambil directly from blog ustaz fauzi:

Dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita cukup kuat dan bersedia untuk menghidupkan 10 malam terakhirRamadhan ini.

Secara ringkas ingin saya kongsikan beberapa maklumat tentang malam lailatul qadr.

  1. Ibnu Hajar, ulama yang mentafsirkan Sahih Bukhari berkata bahawa terdapat 39 pendapat ulama berkenaan bilakah malam lailatul qadr.
  2. Pendapat yang paling kuat adalah ia jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis di antaranya: “… carilah ia pada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.”
  3. 10 malam terakhir bulan Ramadhan tidak semestinya bermula pada malam ke 21. Sebaliknya 10 malam terakhir itu dikira dari belakang. Jika tahun ini Ramadhan hanya 29 hari,10 malam terakhir bermula dari malam ke 20 Ramadhan.
  4. Tidak ada tanda bahawa malam itu adalah malam lailatul qadr. Pendapat yang mengatakan bahawa cuaca akan dingin, suasana akan tenang, malam tidak berbintang dan sebagainya adalah pendapat yang tidak berasas sama sekali.
  5. Berkenaan ianya akan jatuh pada malam-malam ganjil, ganjil itu juga dikira dari belakang berdasarkan kepada beberapa hadis seperti “…. tujuh yang baki …. tiga yang baki…” dan sebagainya. Dengan itu perlu dilakukan ibadah mengejar lailatul qadr juga pada malam-malam 20, 22,24,26,28 dan 30.
  6. Ibadah yang perlu ditumpukan pada malam 10 malam yang terakhir adalah solat malam, tilawah al-Quran dan iktikaf.
  7. Perlukah solat malam mengikut tertib seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia; solat taubat, solat tasbih dan solat hajat? Jawapannya tidak perlu. Sebaliknya boleh dilakukan dalam apa bentuk yang kita selesa.
  8. Adakah solat tasbih perlu dilakukan pada setiap 10 malam terakhir itu? Solat tasbih adalah solat yang menjadi khilaf ulama. Ibnu Taimiah berpendapat hadis berkenaan solat tasbih adalah hadis palsu. Dr. Yusof Qardhawi berpendapat hadis tersebut adalah dhaif dan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk melakukannya walau pun beliau tidak menolak bahawa ia harus dilakukan.
  9. Jika seseorang itu tidak menghafal al-Quran dan ingin melakukan solat dengan bacaan al-Quran yang panjang, beliau boleh memegang al-Quran sambil solat dengan syarat jangan melakukan pergerakan yang banyak selain dari memegang al-Quran tersebut.
  10. Jika beliau letih, beliau boleh solat duduk (samada duduk seperti tahiyat atau duduk di atas kerusi). Solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk.
  11. Iktikaf di waktu malam kemudian ke tempat kerja selepas Subuh, dan kemudian pulang semula ke masjid untuk beriktikaf; ketika berada di tempat kerja, sebahagian ulama berpendapat bahawa beliau masih lagi di dalam keadaan iktikaf dan masih mendapat pahala iktikaf.
  12. Ibadah-ibadah lain seperti sedekah juga akan digandakan pahalanya di malam lailatul qadr.
  13. Urusan-urusan dakwah lain seperti mendamaikan antara dua yang bermusuhan dan sebagainya juga akan digandakan pahalanya pada malam lailatul qadr. Tetapi harus diatur agar urusan-urusan seumpama itu memberikan ruang juga untuk ibadah-ibadah khusus.
  14. Urusan-urusan sambutan Raya seperti membeli baju dan lain-lain seharusnya dilakukan awal sebelum 10 malam terakhir itu agar kita dapat memberikan tumpuan kepada 10 malam terakhir.

Wallahu a’lam bissowab.

Sunday, September 6, 2009

Khusyuk dalam solat

Assalamu'alaikum wbt, untuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.
Insyallah.


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaiman! a biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

1] Bertaubat
2] Menyesali dosa yang telah dilakukan
3] Tidak tergila-gilakan dunia
4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5] Tinggalkan sifat berbangga
6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7] Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, akubertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.

Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.


-Buat renungan kita bersama. Ayuh kita berusaha mempertingkatkan kekhusyukan solat kita, bermula dari bulan Ramadhan ini. Juga, sudah 1/2 ramadhan berlalu meninggalkan kita. Adakah kita telah berjaya mengimarahkan the past 15 days with ibadah kepada Yang Hak? Ayuh, kita terus memecut laju untuk baki lagi 15 hari yang tinggal..moga kita tergolong dalam golongan yang terpilih untuk bertemu dengan malam lailatuk qadr pada tahun ini, iA. Jangan biarkan assignment yang bertimbun serta test2 mid-sem menghalang kita dari mengejar peluang yang datang hanya sekali setahun ini.. -

Tuesday, September 1, 2009

more pictures!

Operasi pembersihan masjid di Westall
(Maaf, orang Beddoe tak ambil gambar, maka tiada gambar untuk dikongsikan bersama)


Bagaikan bidadari-bidadari


Menyusun sesuatu..


Melipat sejadah dan kain


Menyusun buku di library


Di antara mereka yang datang berkhidmat


Susun, jangan tak susun..


IFTAR CLAYTON




TABUNG RAMADHAN


Pastikan anda cari kotak biru ini bila datang terawikh ye..;)


SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
(tumpang sekaki dengan iftar Clayton)




SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA DARI KAMI
WARGA CLAYTON!!

P/S: jika anda belum mendapat bendera dan pamphlet merdeka, boleh minta pada kak lina ye..