Friday, August 28, 2009

Iftar!! Iftar!! Iftar!!

Assalamualaikum semua..

Ramadhan semakin menghampiri pertengahannya, sedar tak sedar bilangan hari semakin bertambah.. moga amalan kita berjalan seiringan dengannya juga..

InsyaAllah, hari ahad ini akan diadakan Ifthar Clayton untuk sisters, anjuran ISMA-FAMSY.. details seperti berikut:

Tarikh: 30 August 2009 (Ahad ini)
Tempat: Rusden (tempat terawih)
Masa:
start: harap dapat datang dalam 10-15minit sebelum berbuka
habis: selesai terawih seperti biasa
Makanan: potluck

Diharapkan setiap rumah dapat membawa makanan utk potluck berbuka, contohnya nasi dan lauk pauk.. seronoknya dapat merasa makanan dari lain2 rumah hihi So budget2 la ye utk kasi orang lain merasa juga.. insyaAllah boleh tambah pahala puasa dengan menjamu orang lain berbuka dan dapat share kegembiraan berbuka beramai2..

Any updates akan diberitahu kemudian insyaAllah.. so boleh la plan2 dari sekarang apa yang nak dimasak utk rumah masing2.. sebar2kan berita pada housemates ye..

Yang Benar,
AJK Ifthar Clayton
Ramadhan 2009

Thursday, August 27, 2009

Arak dan hukum sebat

In relation to the previous post, di sini saya sertakan link kepada kaitan meminum arak dengan hukuman sebat yang ditulis oleh ustaz zaharuddin:

Wednesday, August 26, 2009

Islamic Law 'too harsh'?

KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia said Tuesday a caning sentence handed to a Muslim model for drinking beer would be reviewed, because it was "too harsh" and could damage the nation's reputation
Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was found guilty of drinking at a hotel nightclub and sentenced by a religious court last month, making her the first woman to face caning under Islamic law in Malaysia.

She won a surprise reprieve Monday when she was detained and then abruptly released by religious officials who had planned to take her to a jail where she was to undergo the thrashing.

Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil said the chief judge of a state Sharia appeals court had ordered the sentence to be deferred pending the review.

"The overriding view was that the sentence meted out was too harsh and is not commensurate with the offence," she said.

"We are equally concerned not only for Kartika Sari, but also for the fact that this one particular case could have damaged the image of Malaysia in its fair and just implementation of the Sharia law."

Prime Minister Najib Razak earlier Tuesday urged Kartika to appeal the sentence, which has generated unwelcome headlines and jeopardised Malaysia's image as a moderate Muslim-majority nation.

"I believe the authorities concerned are sensitive on this matter and realise the implications of this case," he said.

"I feel the person concerned should appeal to the state authorities and not be so willing to accept the punishment."

But the mother-of-two, who has stared down religious authorities by challenging them to cane her in public, again refused and said that if the courts wanted to back down they should do so openly.

"I won't file any appeal," she said in a telephone interview with AFP. "Carry on and cane me, don't waste my time."

Kartika said she had sought the advice of a judge and a religious scholar in her family's home state of Perak, who advised her to "calm down and keep quiet for the time being" while legal authorities discussed her fate.

Human rights group Amnesty International has urged Malaysia to abolish the "cruel and degrading punishment."

The conservative Islamic party PAS said Tuesday however that religious authorities should not be deterred by pressure from civil society groups, and that the thrashing should go ahead immediately.

"It would be good for Kartika if the sentence can be carried out now if she is ready to accept it, because this is the holy month of Ramadan and she will be more remorseful," PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi told AFP.

Malaysia, a multicultural country with large Chinese and Indian communities, has a dual-track legal system and sharia courts can try Muslims for religious and moral offences.


By: AFP (Yahoo! Malaysia)

Note: Pelik tetapi benar..This is what's going on in Malaysia right now.. Mengapa sampai hukum Islam yang Allah tetapkan dipertikaikan? Fikir-fikirkan..

Shared by: nfn

Saturday, August 22, 2009

KAd RaYA =)

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan is the month of fasting and a time for contemplation and self-reflection.
Eid is the day where Muslims rejoice, not at the departure of Ramadhan, but for successfully having completed the task set for Ramadhan (to attain taqwa, remember?).

This year, Usahawan Victoria (UVic) proudly brings you a variety of cards to choose from to send to your Muslim brothers and sisters here or to your loved ones overseas.

Foster the ukhuwwah, help recharge each others' spiritual batteries this Ramadhan, wish others a blessed Eid...

... Send A Card!

Price: $1.90 (size: A6, with envelope)
Stamps (optional): Local - $0.55; International - $1.40

Queries or feedback: uvic@ismaaustralia.com

Please submit orders by August 24th, 2009

--------------------------------------------------------------------------------

Make this year’s Shawal
the most unforgettable Eid for you and your dearest ones
Pour out your best wishes
with these cards

It is only $1.90 per card.


posterkadraya09final.jpg


While stock lasts. Please order before 24 August 2009.

Postage charges applied for order made outside Melbourne City and Clayton.

For postage request, you may do so by emailing to uvic@ismaaustralia.com after receiving confirmation email upon your order and we will give you the quote.

Details of the collection method will be provided after the order has been confirmed

Special Offer!
Purchase 20 pieces or more and get another 4 Eid Greeting Cards (2008 edition) for free for limited time only !!


Forward this email to share this unlimited offer.. =)
wsalamualaikum wbrt and ramadhan mubarak..

-- Setiausaha ISMA Australia Cawangan Victoria
B/P Usahawan Victoria (Uvic)
Melbourne, Victoria
+61413812980
www.ismaaustralia.com

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Debaran yang kian dirasai...tetamu yang ditunggu-tunggu bakal tiba pada jam 5.50pm hari ini. Sudah buat persiapan yang sebaiknya? Ayuh, kita muliakan tetamu kita sebaik-baiknya.

Semua sisters Clayton dijemput untuk solat terawikh di Rusden. Details sperti dalam poster di bawah:

Akhir kalam, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DARI KAMI, SISTERS CLAYTON..=)

Wednesday, August 19, 2009

Khutbah nabi Muhammad menjelang ramadhan

Ramadhan yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Sejauh mana kita telah mempersiapkan diri kita untuk menerima tetamu agung ini? Untuk mendengar khutbah yang disampaikan Rasulullah s.a.w menjelang Ramadhan..klik di sini.

Tuesday, August 18, 2009

Netball Tournament


Netball tournament?

Yes, mmg dah lama dirancang tournament nie. Finally,Alhamdulillah, pada 9 Ogos 2009 yang lalu, kami (Ida, Iman, Radin, Mira, Anis) telah menganjurkan satu netball tournament yg dihadiri seramai lebih daripada 30 orang yang terdiri daripada sisters city dan clayton. Tournament nie diadakan di Jells Park.

Tepat jam 9 pagi, sesi pendaftaran dijalankan dan sepaket muesli bar diberikan kepada setiap peserta as a light breakfast. Tahniah kepada Evelyn kerana hadir tepat pada masa, begitu juga sisters clayton dan city yang lain.

Kemudian, briefing mengenai rules netball tournament diberikan oleh siapa lagi kalau bukan, peledak kepada tournament kali ini iaitu kak Lina.

Setelah selesai briefing, semua peserta dikehendaki 'warming up' yg diketuai sekali lagi oleh Kak Lina.

Selesai sesi warming up, bermula lah pertarungan sengit antara setiap kumpulan. Semangat untuk bermain lebih dirasai apabile setiap peserta memakai bib menandakan tugas masing2 dlm kumpulan. Game ini turut dihakimi oleh 4 judges bertauliah iaitu, Iman, Kak Lina, Mardiyyah dan Kak Jamie. Alhamdulillah, tournament berjalan dgn lancar.



Pada waktu terakhir, tournament friendly diadakan antara group city dan clayton tanpa ape2 mata pengiraan. Namun begitu, setiap peserta bermain dengan penuh bersemangat sekali. Majlis diakhiri dgn penyampaian hadiah dan pembukaan hamper.


Hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat dari Taralgon iaitu Doktor Karimah pada pukul 1 tgh hari.Secara keseluruhan, tempat pertama ialah group city,

tempat kedua ialah group 3

tempat ketiga ialah group 4.
dan tempat ke empat dalah group ini:


Walaubagaimanapun, objektif tournament kali ini bukan sekadar saingan sihat utk merangkul kejuaraan tetapi lebih kepada untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan peserta dan untuk menjadikan tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Jadi, semua peserta adalah pemenang dan tiada pengalah.Diharapkan agar tournament seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang hadir =)

Laporan disediakan oleh:
Nurul Amirah

Laporan SMM and Perasmian ISMA-AUST

Tanggal 16 Julai 2009 yang lalu, Seminar Mahasiswa Malaysia 2009 telah diadakan di Elisabeth Murdoch Lecture Teather, University of Melbourne. Majlis dianjurkan oleh Federation of Muslim Student and Youth, Malaysian Student Division cawangan Victoria (FAMSY MSD VIC) dengan kerjasama Malaysian Islamic Society of South Australia (MISSA).

Dengan bertemakan 'Mahasiswa Arus Peneraju Aspirasi Negara (MAPAN)', majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah dihadiri seramai 250 peserta dari seluruh Australia termasuk Melbourne, Adelaide, Sydney dan Brisbane.


Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku oleh semua hadirin.


Ucapan alu-aluan oleh Dr Zaki Ibrahim, Pengerusi ISMA Australia. Kemudian diikuti ucapan perasmian ISMA Australia oleh Wakil Kedutaan Malaysia di Australia, Dr Sirajuddin Bin Suhaimee, Setiausaha 1 Kedutaan Malaysia di Australia. Majlis perasmian ISMA Australia disajikan dengan tayangan video perasmian ISMA Australia yang menampilkan pelbagai aktivitianjuran ISMA Australia.



Setelah perasmian ISMA Australia selesai, Seminar Mahasiswa Malaysia membuka tirai denganpembentangan kertas kerja “Kepentingan Pembinaan Jati Diri di Kalangan Mahasiswa Malaysia” oleh Tuan Haji Abdul Halim Abdullah, Naib Pengerusi ISMA. Kertas kerja ini mengajak para mahasiswa dan mahasiswi untuk meluaskan pemikiran agar tumpuan tidak hanya diberikan kepada aspek akademik semata-mata, tetapi juga kepada aspek rohani, sahsiah dan pembinaan jati diri.


Pameran mengenai ISMA dan jualan turut berlangsung di luar dewan kuliah untuk dilawati oleh hadirin.





Selepas rehat, seminar diteruskan dengan forum “Identiti Kepimpinan Harapan dan Metodologi Pembentukannya”. Diacarakan oleh Dr Ihsanuddin Abas (Timbalan Pengerusi ISMA Australia), forum ini dibarisi oleh 3 orang panel iaitu Tuan Haji Hazizi bin Abdul Rahman (Timbalan Setiausaha Agung ISMA), Dr Zaki bin Ibrahim (Pengerusi ISMA Australia) dan Dr Norhasliza Ahmad Fauzi (Naib Pengerusi ISMA Ausralia).



Forum membincangkan tentang ciri-ciri kepimpinan harapan agama dan negara, juga persediaan yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi seorang pemimpin di masa akan datang.

Acara ditutup dengan Deklarasi Seminar Mahasiswa. Semoga deklarasi ini mengiringi perjalanan pulang mahasiswa dan mahasiswi dengan harapan dan semangat yang tinggi untuk belajar bersungguh-sungguh dan semoga suatu hari nanti mampu menjadi pemimpin dan berbakti kepada anak bangsa di tanah air kita.



Layari laman web rasmi ISMA untuk laporan rasmi dan maklumat lanjut mengenai Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).


Laporan oleh:
Kak Ash

Sunday, August 16, 2009

RUMuS CAngGih



*Dibolak balik kok makin asyik
Makin dibaca semakin menarik
Coba diresapi kok tambah asyik
Sampe-sampe mata gak mau melirik 2x

Reff 1:
Orang bilang (hey) kalo baca Qur'an (hey)
Hati jadi tentram (hey) hidup jadi ringan (hey)
Lalu kucoba (hey) dan terus kucoba (hey)
Eh ternyata bener... syukur alhamdulillah...
Alhamdulillah... 2x

(back to * and Reff 2)

Reff 2:
Orang bilang (hey) kalo baca Qur'an (hey)
Otak jadi cerdas (hey) pikir jadi tajam (hey)
Lalu kubaca (hey) dan terus kubaca (hey)
Selesai membaca aku nemu rumus canggih...

bener nggak?... bener...
betul nggak?... betul....
sumpeh nggak?... sumpeeeh...

Rumus tentang kehidupan, rumus tentang peradaban
Rumus tentang kemanusiaan, rumus tentang keimanan
Rumus tentang PERNIKAHAN, rumus tentang kebahagiaan
Rumus tentang keadilan, rumus tentang kebenaran
Semuanye ade di dalam Al-Qur'an

(back to * trus (reff 1 & 2)
Ending:
Dibolak balik (dgn cannon)
Rame-rame ngajak ngaji


yok, kita tambah dos quran kita dari sekarang.. moga kita dapat mengkhatamkan satu al-quran bulan Ramadhan ni. Tapi ingat, jangan langgar tajwid dan jangan lupa tadabur (baca makna) sekali..
^_^

Bagi yang berminat untuk menyertai tadarus sempena bulan Ramadhan ini, boleh berikan nama kepada kak ghaa di talian 0401759854. Andai ada special request untuk nak bersama group mana-mana pun, silalah nyatakan. =)

Thursday, August 13, 2009

Peringatan buat kita yang masih hidup..

Dipetik dari Berita Harian:

Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


-----
Semoga ia menjadi peringatan buat kita yang masih hidup. Anytime, anywhere...if our time is up, it's up. Nothing can stop Malaikat Maut dari menarik nyawa kita. Maka, mari kita plan dari sekarang, what we want to be doing when that time arrives..

Our Gathering!!





Assalamulaikum wbt,

Seperti minggu sebelum ini, gathering sisters Clayton akan kembali lagi untuk sisters semua!! Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma in less than 2 weeks, tajuk gathering minggu ini ialah:

BUYYUTUNA FI RAMADHAN @ RUMAH-RUMAH KAMI DI BULAN RAMADHAN

Marilah sama-sama memeriahkan dan menghiasi Ramadhan tahun ini dengan berkongsi pelbagai tips-tips dari seniors yang dah sekian lama menyambut Ramadhan di bumi Australia ini.

Details as follow:

Venue: Rusden

Day and Date: This Friday, 14 August 2009

Time: 7.00 pm (please note the starting time and be mujahadah to be punctual)

NB: Unfortunately, for this week gathering, dinner is not provided due to unexpected events. But, delicious FINGER FOOD will certainly be there...!!

Jumpa di sana!!

Salam,

Adib/K Adib

Monday, August 10, 2009

This Week

Salam semua.. apa kabar?? =)

Semangat untuk meneruskan lagi satu minggu yang baru?? Insya-Allah. Moga kita sentiasa bersemangat, sebab kita adalah seorang muslim!! yeah!! dan semoga minggu in ilebih baik buat kita berbanding minggu yang lalu, agar kita tidak termasuk orang yang rugi mahupun yang hina.

Anyway, heard that everyone had fun last weekend untuk tournament netball eh? Menariknya.. mari kita tunggu laporan dan gambar-gambar semalam ye.. ;)

For this week punya kuliah selasa, tajuk adalah: persediaan menghadapi ramadhan. Jadi, ayuh, kita gerakkan diri kita serta sahabat2 kita untuk sama2 ke Rusden jam 7.30pm esok untuk sama2 kita mencari bekalan, agar Ramadhan kita pada tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini. Seandainya inilah Ramadhan terakhir buat kita, moga kita dapat persembahkan yang terbaik! insya-Allah.

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

Artikel ringkas mengenai ramadhan boleh didapati di website FAMSY dan ISMA-AUS dan beberapa aktiviti untuk minggu ni dan minggu hadapan berkenaan Ramadhan boleh didapati di website ISMA-AUS.

Pengumuman lanjut mengenai program2 Ramadhan di Clayton akan diupdate in another post iA. Nantikanlah, kerna iA kami menjanjikan aktiviti2 yang akan membawa kita lebih menghayati bulan yang mulia ini iA.

Just a little bit more berkenaan Kuliah Selasa minggu ini,
Untuk transport (bagi yang tidak tahu), boleh hubungi Kak Nc Bact di talian: 0431367350. (Bagi yang lain, sila contact orang yang biasa pickup anda ye).
Jika anda sudah tiba tetapi pintu masih belum dibuka, untuk minggu ini, sila contact kak izyan di talian: 0422097330.

Hope to see you there. Ayuh, buktikan rindu kita kepada Ramadhan!



(cewahh..karaoke..boleh praktis untuk buat persembahan ni.. ;) )

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban


Biasanya pada malam nisfu Syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah Yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi, tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu Syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf daif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun, terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu Syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulama, walau ia telah didaifkan oleh sebahagian ulama lain. Hadis tersebut ialah: ``Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang yang saling membenci).'' (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (yang kadang-kadang ia seolah-olah diwajibkan) seperti kewajipan membaca Yasin sebanyak tiga kali, menunaikan solat-solat tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w.

Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya Fatawa Mu'asirah, ``Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negara orang Islam. Bahkan di sebahagian negara, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf (para sahabat, tabi`in dan tabi' tabi`in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.''

Inilah juga pendapat majoriti ulama seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya.

Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ia bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulama yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu Syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seumpama menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu Syaaban.

Aqiqah anakanda Mus'ab Alfaqih


Assalamualaikum warga clayton yg dikasihi

Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran dan melaksanakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. saya InsyaAllah saya Muna Hamiza Binti Asiff dan suami, Mohd Ihsanuddin Abas ingin menjemput semua ke aqiqah anakanda kami Mus'ab Alfaqih Mohd Ihsanuddin pada hari Khamis ini jam 730pm di Alamat:47, Stockdale Avenue, Clayton. Sila bawa kawan/keluarga/housemates bersama.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum
Ummu Mus'ab

Tuesday, August 4, 2009

Time for some riddles!! =D

Try and answer the following riddles.. put your answers in the comment area, and we'll see who's the smartest among us.. ;) Don't take the easy way out by 'googling' the answer ok? iA there's no trick in this one like the mei-mei one ;)


1. A murderer is condemned to death. He has to choose between three rooms. The first is full of raging fires, the second is full of assassins with loaded guns, and the third is full of lions that haven't eaten in 3 years. Which room is safest for him?

2. A woman shoots her husband. Then she holds him under water for over 5 minutes. Finally, she hangs him. But 5 minutes later they both go out together and enjoy a wonderful dinner together. How can this be?

3. What is black when you buy it, red when you use it, and gray when you throw it away ?

4. Can you name three consecutive days without using the words Wednesday, Friday, or Sunday?

5. This is an unusual paragraph. I'm curious as to just how quickly you can find out what is so unusual about it. It looks so ordinary and plain that you would think nothing was wrong with it.

In fact, nothing is wrong with it! It is highly unusual though. Study it and think about it, but you still may not find anything odd. But if you work at it a bit, you might find out. Try to do so without any coaching! . . . . . . . . . . .

jawab jangan tak jawab.. jawab jangan tak jawab.. =)

Monday, August 3, 2009

Satu Cinta




Macam-macam nikmat Allah dah beri kepada kita, sejauh manakah kita menjadi hambaNya yang bersyukur?

Sunday, August 2, 2009

Jum Cari Pahala!!

A'kum wbt rakan2 sekalian,

Alhamdulillah, kita telah pun berada di bulan Sya'ban & kita akan berjumpa sekali lagi bulan Ramadhan al-Mubarak di tahun ini, Insya Allah.

Di sini, saya mewakili Syeikh Ahmad [Imam, al-Hafiz & Guru Al-Quran Dandenong Mosque] & Syeikh Bandar [Imam & AJK Beddoe Mosque, Clayton] (serta Syeikh Abu Umar [Imam Besar Beddoe Mosque, al-Hafiz 10 Qiraat]) ingin menyampaikan pesanan mereka iaitu Projek "Al-Quran CD for Muslim Children in Victoria".

Projek ini bertujuan untuk mengedarkan CD-CD Al-Quran (Surah-Surah Lazim bacaan Syeikh Mishary Rasyid Al-Afasy diikuti dgn terjemahan dalam English & suara bacaan kanak-kanak) dengan menerbitkan 10,000 keping CD & Insya Allah akan diedarkan secara percuma kepada Muslim children in Victoria sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Syarikat yg bertanggungjawab utk menerbitkan CD-CD ini telah lama membuat projek-projek amal jariah sebegini dalam tahun-tahun sebelumnya dengan menerbitkan pelbagai Audio CD & DVD yg berbagai tajuk berorientasikan dakwah Islam (utk Muslimin & juga Non-Muslim) & kesemua CD-CD terbitan syarikat ini telah diedarkan secara percuma kepada Muslimin & Muslimat di Victoria.

Harga satu CD ialah $0.80 , total fund yg ingin dicari ialah $8000.00. Maka ayuh, bersegeralah kita untuk sama-sama menyumbang dalam projek ini sebelum terlambat.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun: Commonwealth Bank:
BSB: 063 408
Account No.: 1055 9245.
Description: Al Quran CD.

Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk sama-sama terlibat dlm projek amal jariah ini. Mudah-mudahan segala usaha kita untuk menyumbang dengan ikhlas mendapat keredhaan Allah SWT & dapat memberatkan timbangan amalan kita di akhirat nanti Insya Allah.

Jazakumullahu khairan kathira.

Wassalam wbt.

Wan Muhd Riduan Bin Wan Jaffar,
Qaryah Member,
Beddoe Mosque (Monash University),
Clayton.