
Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.
Stress atau tekanan yang dialamai oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudharatkan individu tersebut baik dari aspek izikal, mental, emosi mahupun penglibatan sosial mereka.
Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:
1. Bersabar dengan segala yang menimpa.
"Wahai anakku, dirikanlah solat, dan serulah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya" (Luqman:17)
2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; Kami beriman, sedang ereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang yang berdusta" (Surah Al-Ankabut:2-3)3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurakan dosa.
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat al-Bukhari)4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus akan menyedarkan akan keagungan dan kekusaan Allah SWT.
"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami kembali" (2:156)
5.Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan diantara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.
6.Ujian adalah tanda Allah SWT mencintai seseorang itu.
Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya" (Hadis riwayat Bukhari)
7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada maslaah yang dialami orang lain.
8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.
-unknown author-
9. Do not do the following:

Semoga Allah kurniakan ketenangan kepada semua =) Lebih-lebih lagi time musim2 nak exam ni. Consult someone if you need too.. And if you need a study mate, contact Hanan/Kak Rina.
2 comments:
masalah juga merupakan satu cabang kepada peluang. cthnya, masalah tak tahu nak jawab soalan assgmnt merupakan peluang kpd kita utk berjumpa lecturer. Secara tidak langsung membina keyakinan diri sendiri dan membuang rasa takut/malu bertanya. cth lain, masalah kereta rosak merupakan peluang utk kita utk lebih ambil tahu komponen dalaman kereta,secara tak langsung menambahkan ilmu pengetahuan..mungkin juga melatih skill membaiki kereta (lepas ni tak perlu jumpa mekanik dah..hehe)
betul2 tu anonymous.kalau kereta rosak, jgn stress, tp htr kt mekanik, kalau biarkan nnti x dpt pulak nk guna kete tu, kalo baiki sdr lagi teruk, kalau guna sblm dibaiki makin teruk pulak =). kesimpulannya don't stress, htr la kete kt mekanik, sbb rsnye kite semo x pndi baiki kete.
jzkk atas article yg menarik
Post a Comment