Tuesday, June 30, 2009

hari ini dan esok

salam semua. =)

tahniah diucapkan kepada ila, nadia, wani, sarah dan ayong kerana mereka telah dengan jayanya survive paper terakhir mereka pada hari ini. Tahniah..tahniah!!
Boleh la mulakan cuti winter kalian ye..=)

Dan diucapkan selamat maju jaya kepada Aqilah dan Hanan yang akan menduduki peperiksaan terakhir mereka pada esok hari! Chaiyok2!!


Kepada yang telah dengan seronoknye pergi bermain ski pada hari ini bersama trip FAMSY-MSD, jangan lupakan kami di Clayton ini ya!

sekian,
wassalam.

Monday, June 29, 2009

29 Jun 09

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-4 dan terakhir utk musim peperiksaan kali ni. Walaupun ramai sahabat2 kita yang dah habis exam, jgn dilupa..masih ada yang tabah dan masih bersemangat utk menghabiskan exam2 mereka :)

Hari ni, nampaknya ada beberapa org yang menduduki peperiksaan hari ni iaitu Ara, Lynn dan Didi..








Kertas peperiksaan yang terakhir utk mereka semua. All the best!!

Kepada yg dah habis exam, pertama sekali bersyukurlah kepada Allah kerana Allah telah mengizinkan kita semua utk menduduki exam sampai habis. Kalau Allah tak izinkan, tak dapatla kan?

Bagi yang dah keluar result, tahniah atas result anda. Bagi yang belum keluar result, anda masih punya waktu untuk terus berdoa supaya dapat result yang cemerlang nanti.

Saturday, June 27, 2009

Rejab

Pengertian Rejab:

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.





5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.


Source: Ismamesir

Sunday, June 21, 2009

This week

Salam semua =) Apa kabar?

Buat yang dah habis exam, tahniah! Kami yang lain amat mencemburui kalian!!

Buat yang masih belum, takpe, takpe.. kita teruskan perjuangan ye?? =)
Saya pasti ramai dah terbayang2kan aktiviti pasca exam yang telah dirancang masing-masing, tapi nanti dulu. Kita habiskan paper dulu ye? ;)

Asbab penulis periksa berturut-turut minggu ini, maka di sini akan dilampirkan senarai nama mereka yang periksa pada minggu ini. Gambar? Sorryla, tak sempat la nak cari.





22nd June 2009:
Hanan, Aqilah, Anis, Aifaa, Azura, Allia, Ara, Amirah, Amalina, Hajar, Ros, Ofia, Jaja, Fathen dan Ila

23rd June 2009:
Husna, Azreen, Dorot, Syida, Iman, Radin, Yas, Shue, Ida, Farah, Nahdiya dan Maisara

24th June 2009:
Hanan, (eh, hanan je ke?? =( )

25th June 2009:
Hanan, Aqilah, Allia, Amirah, Adidah, Farah, Husna, Nadia, Wani, Fatin, Alia dan Dorot

26th June 2009:
Azreen, Azura, Aifaa, Anis dan Syida

Nama siapa takde, angkat tangan!!

Kepada yang tersenarai, selamat maju jaya ye? Semoga Allah mudahkan urusan kita semua, kurniakan ketenangan dan kelapangan hati, ketajaman akal, daya ingatan yang kuat, kefahaman yang tinggi dan tidak dilupakan, keimanan yang mantap (sebab kalau jauh dari Allah, how?)

Friday, June 19, 2009

Hari ini hari Jumaat

Hari ini paper terakhir untuk minggu ini. Jum kita lihat siapa yang akan berperang dakwat dan pen pada hari mulia ini:






Kepada 3rd year MOE's, amirah, ila, wani dan nadia: All the best untuk paper hari ini!!

Semoga Allah gerakkan hati kalian untuk baca on tajuk yang akan keluar dalam exam nanti sebagai revision terakhir kalian before masuk dewan exam.

Dengan Allah, segalanya mungkin. Maka yakinlah padaNya.

'Oh Allah, there is no ease except what you make easy. And only you can make the difficult easy'.
=)

Thursday, June 18, 2009

Jum Nyanyi =D


[Sebagai memujuk diri untuk terus stadi]

Ilmu bermanfaat benteng buat diri
Menjadi jurang yang berbeza

Antara bijaksanan dan kejahilan

Antara mulia dan kehinaan


Kau ibarat permata
Yang berharga bermakna
Kau kepunyaan semua
Hadirmu adalah cahaya kepada manusia
Anugerah sang pencipta

Tanpa ilmu apa ada pada rupa
Tanpa ilmu apalah ertinya harta

Ilmu mentadbir diri sempurna

Masyarakat berilmu negara sentosa


Nasihat pada yang terlupa
Membantu menjadi insan berguna
Melenyapkan kemunduran juga
Menyapa pada kejayaan
Menjana pembangunan
Warnai kehidupan
Kebahagiaan..

Wednesday, June 17, 2009

Esok 18/06/09

Salam semua =)

jum kita tengok siapa pulak yang kecuakan malam ni untuk exam esok.

Calon-calonnya adalah:








Maaf gambar kecik2 belaka.
Anyway, mereka adalah: kak izzah, kak akmal, kak rina, kak lina, kak aida, kak aishah, kak nab, kak aizun, kak sarah, kak zahreena, kak yani, anis, aifaa, azura, azreen, aya, fiqa, serra dan abid!

So, selamat maju jaya kepada semua! Buat yang sehabis baik. Semoga Allah mudahkan segalanya dan memberi ketenangan kepada hati sahabat-sahabat kita yang akan bertempur di dewan/bilik peperiksaan esok hari.

Doa banyak2, do your best, then berserah la sepenuhnya kepada Yang Maha Berkuasa.

;)

Tuesday, June 16, 2009

siapa exam esok ye??

haa!! mesti ramai yang dok melangut depan laptop sambil berfikir "bila blog ni nak update ek? sapa yang exam esok ek?"

kan? kan? kan??? :D

ok lah, sahabat2 kita yang akan exam ialah:






























tips pengurusan masa ketika exam:
1) tidur awal supaya dpt bangun awal
2) iron baju dan tudung sebelum tidur supaya pagi esok tak kelam kabut. manala tau, tiba2 rumah black out ke...nanti pegi exam baju kedut2..huhu..
3) susun buku2 dan nota2 dan alat tulis yang akan dibawa ke tempat exam kat satu tempat supaya pagi esok takde la melilau sana sini mencari barang
4) jgn lupa tengok seat number..


Selamat Berjuang utk allia, syida, sarah, ayong. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

(siapa lagi yang exam esok ye???)

Nasyid pilihan: I wanna be somebody

Moga dapat menaikkan semangat kita untuk terus pulun membedah buku =D




Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I wanna be somebody

Bila ku sedar kemampuan
Tak sebijak persis insan lain
Membuat citaku tak kesampaian


Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
Masa depanku aku yang menentukannya
Kejayaan bukan percuma
Malas usaha kelompang jiwa


Telah ku bukti pada semua
Bersungguh pasti kan berjaya
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna


Tuhan tak akan mengubah nasib kita
Selagi tak usaha kepada yang lebih baik
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa


Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina?
Oh kerananya I'm gonnna be somebody

Monday, June 15, 2009

3rd post for today

I know this is the third post for today, but..but..but..

I WANNA WISH ALL THE BEST TO THOSE YANG PERIKSA ESOK!!
hihi..

so this time, the wish goes to...











































































































Selamat berjuang kepada: kak giha, kak idah, kak izyan, kak ad, kak asma, kak nik adilah(tiada gambar), kak yati, kak ash, kak muni, kak effah, kak cai, kak de'a(tiada gambar), kak elly(tiada gambar), kak aimo(tiada gambar), ayong, dorot, fatin aqilah, alia kamalia, adidah, farah dan ila!!

(siapa yang tak termentioned ek?)

kepada kalian semua, semoga Allah mudahkan segala urusan ketika didalam dewan/bilik peperiksaan. Semoga dikurniakan ketenangan dan kefahaman sepanjang peperiksaan berlangsung. Kepada 4th year medic, ingat, mereka hanya pelakon, jangan percayakan patient2 itu. tenang sahaja ya?? ;D

chiao

Nak exam, tapi camana nak sampai caulfield ye??

Salam again people =D

ada yang bertanya saya tentang macammana nak ke caulfield dari sini??

Baiklah, mudah sahaja.
Semua tau bus loop kat mana kan?

Haa, kat bus loop tu, sila ke intercampus busses punya stop:



di situ, sila naik bus yang akan ke caulfield campus ye.. bukan ke berwick, bukan ke frankston etc etc.
iA free ride!! alhamdulillah =D

Pabila dah tiba di caulfield, sila ikut laluan biru dalam peta di bawah dari bus stop (merah) ke tempat exam (hijau):



dan setelah tiba di caulfield race course, bergeraklah kamu ke tempat yang sepatutnye. Jangan salah dewan tau!!



IMPORTANT REMINDER: TOLONG INGAT NUMBER SEAT YE!! DAN SILA BAWA STUDENT ID!!
-Tapi andai kata memang terlupa, JANGAN PANIC!!. di situ, ada satu meja yang ada number seat semua student. so bawak student ID ke sana, dan makcik or pakcik yang menjaga meja itu akan bagitahu number seat anda.

Saya sertakan juga di sini time table bas clayton-caulfield

Departure Time
7:30 AM 10:50 AM 2:10 PM 5:30 PM 8:50 PM

7:55 AM 11:15 AM 2:35 PM 5:55 PM 9:15 PM

8:20 AM 11:40 AM 3:00 PM 6:20 PM

8:45 AM 12:05 PM 3:25 PM 6:45 PM

9:10 AM 12:30 PM 3:50 PM 7:10 PM

9:35 AM 12:55 PM 4:15 PM 7:35 PM

10:00 AM 1:20 PM 4:40 PM 8:00 PM

10:25 AM 1:45 PM 5:05 PM 8:25 PM


Ok, moga tiada yang tersesat dan dapat tiba di tempat peperiksaan tepat pada masanya.
Nasihat saya, pergilah awal, at least dah disana half an hour before masuk ke dewan. Ni agar kita dapat tenangkan diri before masuk dewan periksa, dan tidak kelam kabut.

jika ada request untuk apa2 maklumat lain, sila inform ye. iA sy akan updatekan kepada semua. =)

Selamat bermujahadah!!

Resipi pilihan

Salam semua =)

dalam kesibukan kia menelaah pelajaran, tentu perut kita sentiasa kelaparan kan?

dan saya pasti, tentunya junk food yang menjadi santapan kebanyakan antara kita..right?

Mari saya perkenalkan satu resipi yang amat mudah untuk disediakan, tapi amat enak untuk disantap ketika membedah buku.


Kuih Sagu
Bahan - bahan:
1 cawan sagu (nama lain: sago @ tapioca pearl)


(gambar hiasan..paket sebenar dah terbuang)

1 cawan gula
2 cawan air
pewarna (optional)
kelapa parut (FINE desiccated coconut)




Cara - cara
1. Basuh sagu dan toskan
2. Masak air dgn gula hingga gula larut. Titikkan sedikit pewarna kalau perlu..
3. Masukkan sagu dan kacau sampai sagu masak. kacau selalu agar ia tidak melekat dan hangit kat base.(macam mana nak tahu sagu masak??? senang je...bila biji sagu tu dah tak ada putih2 kat tengah dia)
4. Masukkan dalam bekas dan sejukkan.
5. Kelapa digaul bersama garam (secukup rasa) dan sedikit air.
6. Apabila sagu dah sejuk, potong atau scoop dgn sudu, then gaul dalam kelapa.
7. Ready to eat!! But don't forget to read Bismillah :)


Nota tambahan:
1. Bahan2 boleh didapati di Coles atau Hong Kong.
2. Total cost : ~ aud5
3. Desiccated coconut ada byk jenis, tapi lebih sedap guna yg FINE.
4. Kelapa kena tambah air sikit sebab kelapa instant agak kering..

beginilah hasilnya...mudah saja..kat rusden pun boleh buat :D

Sunday, June 14, 2009

kehangatan musim exam

Salam semua puteri-puteri clayton!!

Macammana dengan persiapan semua orang nak exam??
Bagi yang dah pun menduduki first paper, how was it?? Pasti boleh buat kan?? ;)
If anyone wants to share pengalaman dia menduduki paper pertama untuk musim exam kali ni, silalah tulis di ruangan komen, agar dapat dikongsi bersama.

Anyway, hari ni hari Ahad kan? Esok hari..?
ISNIN!!

maka exam menjelma kembali selepas 2 hari kita semua bercuti (NOT!!)

dengarnya, pada esok hari, ada beberapa teman kita yang akan menduduki peperiksaan.
Mereka yang terpilih adalah:
































































































ada lagikah diluar sana yang ada paper esok? kalau ada, informlah, nanti boleh upload gambar kamu juga.

but for now, to the seven of you, warga clayton mengucapkan all the best and do your best!!! Semoga Allah kurniakan ketenangan sepangjang peperiksaan berlangsung dan semoga Allah mudahkan segalanya!

Selamat berjuang syida, allia, ara, najwa, abu madeehah, didi dan lin!!

anyone else nak dedicate any ucapan kepada mereka? Sila berbuat demikian di ruangan komen ye..

=)

Tuesday, June 9, 2009

Virtual war

Are you as brave as the Palestinians?!
(well..this is far from the real war)

LASER FORCE:

Tarikh: 26hb Jun 2009, Jumaat
Masa: 7.30 - 9.00 malam
Tempat: Huntingdale
  • Bayaran: $16.90 = 4 missions = 12 minutes x 4 = ~48 minutes

Lets practice your team work and strategy planning!
Hayya bil jihad! Rasakan perjuangan mereka!

Post-exam retreat! Come along and join us ;)