Saturday, March 29, 2008

SIMBIOSIS UKHWAH

~~~~UKHWAH~~~~

Seerah :

Kisah Uthbah

o Uthbah menyatakan keinginan untuk memeluk Islam tetapi sahabatnya mahu memutuskan silaturrahim jika Uthbah memeluk Islam
o Demi sahabatnya Utbah sanggup menjadi antara penentang hebat Islam. Beliau sanggup memijak tengkuk rasullah dan letak perut unta di kepala rasulullah semasa rasulullah sedang solat di depan Kaabah

Buat renungan sahabatku : Adakah kita mahu menjadi seseorang seperti Uthbah?



Sesungguhnya setiap hari kita sentiasa berukhwah dengan sahabat kita tetapi adakah kita telah menunaikan hak-hak sahabat kita dalam berukhwah?...


JOM kita semak CHECKLIST Ukhwah untuk menilai keLEBIHan & keKURANGan kita dalam berukhwah :) *wink*wink



Apakah syarat-syarat dalam berukhwah yang disarankan oleh Islam?

- Ukhwah dibina atas dasar keikhlasan kepada Allah
- Ukhwah dibina atas dasar ketakwaan & keimanan
- Ukhwah dilaksanakan atas syariat Allah
- Ukhwah dibina atas konsep nasihat-menasihati
- Mengamalkan konsep bantu-membantu dalam senang dan susah


Hak-hak sahabat & cara memupuk ukhwah sejati

- Beritahu sahabat bahawa kita kasih kepada mereka
- Apabila berpisah, maka hendaklah berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya
- Bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat
- Ketika berjumpa, segeralah bersalaman dengan mereka
- Sesekali menziarahinya
- Memberi hadiah
- Membantu sahabat fillah (kerana Allah)
- Sentiasa memaafkan sahabatnya
- Menutup dan memelihara rahsiah, keaiban dan maruah sahabat


Macam mane? :P yang mana lagi banyak; keLEBIHan atau keKURANGan??


Takper sesungguhnya kita kadang-kala terleka dan melakukan kesilapan, lepas nie boleh la praktikkan tips-tips UKHWAH nie k :)


Dalam kita berukhwah kadang-kadang kita kurang sedar kita telah diserang oleh virus-virus yang cuba merosakkan ukhwah yang dibina... ERMMM adakah kita telah menjadi salah seorang daripada mangsa VIRUS UKHWAH????



VIRUS-VIRUS dalam ukhwah

- Tamak akan kenikmatan dunia
- Lalai menunaikan ibadat & perintah agama
- Tidak santun dalam berbicara (bergurau secara berlebihan, meninggikan suara, berdebat & membantah secara berlebihan)
- Sikap acuh
- Mengadakan perbicaraan rahsia
- Keras kepala, enggan menerima nasihat & saran
- Sering membantah, berbeza sikap & hobi
- Menegur di depan orang lain
- Sering menegur, kurang toleran & susah memaafkan kesalahan sahabat
- Mengadu domba
- Membuka rahsia kepada orang lain
- Mengikut prasangka
- Mencampuri masalah peribadi
- Egois, sombong tidak empathy
- Berlebihan mengungkit kebaikan
- Enggan mengungkapkan perasaan cinta
- Melupakannya kerana terlalu sibuk dan kurang setia
- Suka menonjolkan kelebihan peribadi
- Mengingkari janji & persepakatan tanpa alasan
- Selalu menceritakan perkara yang menyedihkan sahabatnya & menyampaikan berita yang membuatkannya resah
- Terlalu cinta


Semoga sedikit peringatan ini dapat membantu diri kita dalam menjadi muslimah yang lebih baik...inshAllah

"....Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (8 : 62-63)



Motto : Simbiosis UKHWAH

4 comments:

ncbact-baik said...

tq ad...mantap tul laporan ni ...bagus utk peringatan semua...terutama bg mereka yg tdo ketika 'siaran sedang berlangsung'...

adeeb-sama said...

isyk isyk.. sapela yg tido tu kan ncbact? rugi betul..

Anonymous said...

:D jazakillahu khair ad. mantap dia menaip masa kak izza bentang. terbayang notes2 ad yg lain. fuuh.

Anonymous said...

jzkk ad utk tazkirah ni...mmg menarik tazkirah ni..lagi2 sbb akak yg tlg ad menaip kn ms tu..kan kan kan..hehe