Saturday, March 29, 2008

Jaulah ke Mornington Peninsula


Alhamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH dan Rahmat-NYA, jaulah ke Mornington Peninsula berlangsung dengan jayanya. Seramai 16 orang terdiri daripada pelajar tahun 3 dan pertama menyertai aktiviti ini. Sebelum tiba di Mornington Peninsula. kami singgah di Frankston Beachuntuk menyaksikan Sand Sculpting Australia, yang pada tahun ini bertemakan Fairytales & Fables. Kehalusan seni mengukir pasir begitu terserlah melalui ciptaan seni pengukir-pengukir dari seluruh dunia.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke The Enchanted Maze Garden. Taman yang indah ini benar-benar menguji minda kami. Ada yang sesat di dalam maze, pening-pening dengan permainan-permainan minda dan ada yang menguji keberanian dengan memegang ular. Hihihi.Destinasi seterusnya adalah Sunny Ridge Strawberry Farm. Di sini, kami diberi peluang untuk memetik sendiri strawberi di situ. Sambil petik
pun boleh makan… Nyum..nyum… Perut penuh, bekas yang diberi pun penuh..
Keindahan alam dinikmati sepenuhnya di The Cape Shanck Lighthouse. Peluang mengambil gambar berlatarkan belakangkan laut yang indah tidak dilepaskan. Kami semua turun ke pantainya yang berbatu. Ada yang cuba menyentuh air laut, dan ada juga yang basah dipukul ombak. Hihihi..
Walaupun penat berjaulah sepanjang hari, namun kami semua gembira dengan pengalaman yang ditimba dan ukhwah yang terbina. Semoga ukhwah ini mendapat redha Illahi.


6 comments:

NmZ said...

wpun basah hingga ke lutut dek nak mengejar ombak, kenangan itu tetap indah.. :)

hanya keranaNya..

Anonymous said...

indah indah. laut selalu bawa ketenangan. kdg2 terlepas nikmat sbb terlalu seronok mengambil gambar. sampai bila balik, rasa, eh, tak puas lagi nikmati keindahan ciptaan Tuhan melalui lensa mata sendiri. melalui lensa kamera banyak. tapi manakan sama? :) alasan utk pergi lagi (mungkin tanpa kamera?) :)

btw, macam mana kak ncbact tau pasal peristiwa ombak kita ash?? nak kata ahli lujnah bgtau, none were there to witness it. *musykil*

HbO said...

erm..boleh ulang skali lagi tak? apa tema sand sculpture tu??? =p

Anonymous said...

idah laa yg buat entry ni..kak ncbact tlg post je..akak baru masukkn satu lg gambar korang kt bridge frankston..cantik sgt..mcm gambar kt sydney ..harbour bridge lak..heheh..I LOVE FRANKSTON

NmZ said...

ooo hanan..
suke la tu eh tema sand sculpture tu like your yahoo id = fairytale.. hehe
btw, hanan la yg hebat menerangkan segala psl fairytale hari tuh.. kagum tol.. minat tol eh hanan.. ahaks..

kenangan ombak tu akan segar di lensa mata.. me mmg slalu ingtkn diri bhwa eye is the best camera.. seriously.. :)

Anonymous said...

sesungguhnya Allah tidak menciptakan ombak, laut etc dengan sia-sia.

akak setuju cadangan kgn bawak kamera next time. hehe... or walaupun ada kamera, still kena take 5 utk betul2 merenungi alam Allah nih with your own eyes. ^_^