Wednesday, November 25, 2009

Sambutan Raya ISMA

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawasanya anda dijemput untuk menghadiri *Rumah Terbuka ISMA Australia*, sempena Hari Raya AidilAdha yang akan menjelang
tidak lama lagi.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda, dan kami menggalakkan anda utk ajak lagi rakan2 lain (wanita sahaja) utk memeriahkan lagi sambutan hari raya.
Berikut adalah butiran mengenai rumah terbuka nanti:

*Lokasi*
ICV (TBC)


*Tarikh*
28 Disember 2009

*Masa*
9.30 am - 1 pm

*Individu utk dihubungi:*
Aishah Software - 043 3660025
Sharifah Lina - 043 4219489

Akhir kata, moga kita berjumpa di sana!

Sekian, wassalam.

solat aidiladha untuk Claytonians

-A note from MUIS-

Assalamu Alaikum


It is confirmed that Eid-Ul-Adha will be on Friday, 27 November 2009 Insha Allah.


Eid-Ul-Adha Prayers

The Monash University Mosque will be conducting Eid-Ul-Adha prayers.

DATE: Friday, 27 November 2009
VENUE: Oval 2, Monash University, Clayton Campus.
Note: Parking in the area marked blue is free

TIME: 8.00am (thakbir) to pray at 8.30 am sharp
IMAM: Sheik Abu Omar


(Your help would be appreciated after the eid prayer to organise the prayer space)


Meat Distribution (from Udhya)


If you'd like to share part of your sacrifice with the Muslim community around Monash, please bring the meat to Beddoe mosque after Asr prayer (515 pm) from the second day of eid. The meat wil distributed by volunteers ( you can help if you would like) from 6 onwards, Inshallah.


If you have not arranged for sacrifice yet then there is also the option of payig through Human appeal international.Your money would be used to make a sacrifice in the occupied territories and would feed the people in need.Please contact me at 0430842468 [Rifat Islam from MUIS] or visit http://www.humanappeal.org.au/


Tomorrow is the day of Arafah so I encourage myself and everyone else to fast and step up on the good deeds.


May Allah SWT accept from all of us.


Wassalam.

Tuesday, November 24, 2009

our celebration

In the name of Allah SWT, the most Gracious and the most Merciful.

ANNOUNCEMENT. (Eidul Adha -1430)

The Astronomical New Moon is on November 16, 2009 (Monday) at 19:14 UT. This moon cannot be seen anywhere in the world. Hence according to astronomical calculations, the month of Zul Hijja 1430 will begin on Wednesday 18th
November 2009.

Thus the Board of Imams Victoria is pleased to announce that Eid ul Adha 1430 will be on Friday 27th November 2009 Insha Allah.

It is confirmed by Authorities in Kingdom of Saudi Arabia that ‘Arafah date for Hajj is on Thursday, 26th November ,and Eid ul Adha is on Friday 27th
November 2009.

The member Imams of the Board of Imams Victoria (BOIV) send their warmest Eidul Adha greetings to all Victorian Muslims and the entire Muslim community all over Australia.

We wish a happy and virtuous Eidul Adha for all.

Wassalam.

Wednesday, November 4, 2009

Musim peperiksaan kembali lagi!!

I know some of you are already finishing, but I hope it is not too late to wish everyone all the best for the exams!!!


Semoga Allah kurniakan ketengan buat semua
serta
memudahkan urusan semua orang dalam peperiksaan kali ini!!
Semoga kejayaan menjadi milik kita semua!!

Sebagai pemankin semangat, ISMA kini menganjuran
ISMA AUSTRALIA EXCELLENCE AWARD
yang akan dianugerahkan khas buat mereka yang berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan kali ini.


Untuk maklumat lanjut tentang anugerah ini, silakan klik pada link ini.


Bagi yang sudah penat menelaah buku sekolah dan ingin mengalihkan tumpuan sebentar,
atau mahu mendapatkan tips-tips peperiksaan
agar keputusan kali ini lebih CEMERLANG dari sem-sem sebelum ini,
dapatkan STUDENT'S DIGEST edisi terbaru
dengan memuat turunkan ia pada link ini.

Disertakan juga dibawah ini, ucapan khas dari Pengerusi ISMA AUSTRALIA
Dr Zaki




Semoga semangat kalian terus membara untuk buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini!!
again,
ALL THE BEST!!!
=)

-khas daripada Sisters Clayton

Wednesday, October 21, 2009

Kesimpulan Kuliah Selasa 13/10/09 (Kisah Ashabul-Kahfi)


Assalamu’alaikum w.b.t….
Penulis selaku penyampai kuliah Selasa di Clayton pada 13/10/09 ingin menyimpulkan beberapa pengajaran ringkas tentang topik yg disampaikan pada malam tersebut iaitu kisah Ashabul-Kahfi.

Kelebihan2 Surah al-Kahfi (Berdasarkan hadith2 muktabar):
- As-Sakinah (Ketenangan)
- An-Nur (Cahaya) antara 2 Jumaat & di Hari Qiamat
- Selamat drpd fitnah Dajjal

Pengajaran non-direct (general) drpd Surah Al-Kahfi:
- Allah SWT Maha Berkuasa. Kuasa Allah yg tidak termampu difikirkan oleh manusia biasa. Kebangkitan selepas mati (tidur adalah mati yg sementara) adalah benar & sgt mudah bagi Allah SWT.
- Keluasan ilmu Allah SWT . Kewajipan/Keharusan mengucapkan kalimah “Allahu a’lam”. Dalil tentang keluasan ilmu Allah SWT: Al-Kahfi:109 & Luqman:27.
Juga diturut dijelaskan beberapa kebenaran ayat2 al-Quran yg telah dibuktikan oleh perkembangan sains semasa (Byk ayat2 yg menerangkan antara perkara di bawah, ttp antara petikan ayat2nya ialah):
- Setiap benda hidup dijadikan drpd air: Al-Anbiya’:30,
- Penciptaan manusia drpd air yg hina: As-Sajdah:8, Al-Mursalat:20-22
- Kejadian manusia secara berperingkat: Al-Hajj:5
- Lautan yg terpisah oleh dinding yg tidak terlangkau: Al-Furqan:53, Ar-Rahman:19-20, Fatir:12
- Penerokaan angkasa lepas: Al-Hijr:14-15
- Besi itu diTURUNkan ke bumi: Al-Hadid:25

Pengajaran direct drpd kisah pemuda2 tersebut:
- Keteguhan iman & hidup berprinsip serta sentiasa menjaga ketaatan kepada Allah SWT
- Keyakinan yg utuh terhadap diri sendiri serta mampu berhujah mempertahankan prinsip hidup
- Keberanian & semangat mengharungi cabaran dalam hidup serta pengorbanan
- Persaudaraan (Ukhuwwah) yg utuh dalam menghadapi cabaran bersama
- Tidak terbawa oleh arus kerosakan masyarakat spt buih di lautan/pokok yg senang tercabut dek akar yg tidak kuat sebaliknya tertegak kukuh walaupun dilanda angin & badai spt pokok yg akarnya kuat mencengkam bumi (Ibrahim:24-27)
- Pemuda-pemudi adalah harapan agama, bangsa & negara. Maka apakah peranan kita sebagai pemuda-pemudi Islam?

- Kewajipan/Keharusan seseorang Muslim memperakui segala urusan adalah dibawah kuasa Allah dengan kalimah “Insya Allah”. Amalkannya ketika membuat sebarang perjanjian.

Sebab2 penurunan kisah Ashabul-Kahfi:
- Masy. Arab Jahiliah yg cuba mempertikaikan kerasulan Nabi Muhammad SAW telah menghantar 2 orang pemuda ke Yathrib (digelar Madinah al-Munawwarah selepas Hijrah) bertanyakan kepada pendeta2 Yahudi tentang kemunculan baginda di Mekah. Pendeta2 Yahudi mengemukakan 3 soalan utk ditanya kepada Rasulullah SAW:
- Kisah2 pemuda pd zaman dahulu kala yg terdapat kepelikan & keajaiban di dalamnya  Jawapan drpd Allah SWT kpd Nabi SAW bermula dgn al-Kahfi:9 (& dlm bentuk soalan).
- Kisah seorg lelaki yg jauh mengembara sehingga sampai ke timur & barat bumi  Dijawab oleh al-Kahfi:83
- Apakah itu Ruh  Dijawab oleh al-Isra’:85 *[Penulis ingin benar utk sampaikan topik Ruh ini krn sudah bersedia utk menyampaikannya sekadar ilmu yg ada tp krn kesuntukan masa, penulis sgt2 terkilan krn tdk dpt sampaikan sbhgn lg drpd alam2 ruh yg lima peringkat (Ingat lg x time-line perjalanan hidup manusia sejak diciptakanNya) iaitu Alam Barzakh krn penulis dapati ianya sgt bermanfaat sekiranya kita tahu ttg persediaan2 yg perlu ada sebelum memasuki alam2 ruh yg ghaib yg pasti ini (Alam Barzakh & Alam Akhirat)]

Kesimpulan umum:
- Peranan pemuda-pemudi Islam dlm memartabatkan agama, bangsa & negara Islam.
- Hidayah/Petunjuk drpd al-Quran hanya boleh didapati/dihayati secara maksimum sekiranya kita melakukan 3 perkara berkaitan al-Quran ini: Membaca dgn tartil (m’ikut qiraat yg muktabar), memahami isi kandungannya, & kemuncaknya ialah mengamalkan isi al-Quran tadi.
- Utk beramal drpd Surah Al-Kahfi/kisah Ashabul-Kahfi: Kita mulakan dgn yg senang dahulu  Amalkan melafazkan “Insya Allah” setiap kali melakukan perjanjian/perancangan sesuatu perkara pada masa hadapan, ucapan “Allahu a’lam” selepas memberi/berjumpa dgn sesuatu jawapan/penemuan. Yg mungkin agak sukar sedikit tetapi mintalah mudah2an Allah mempermudahkan ialah menerapkan ciri2/peribadi/jatidiri yg terdapat pada pemuda2 al-Kahfi ke dalam diri kita spt yg diterangkan di atas.

Akhir kata, penulis memohon ampun & maaf sekiranya berlaku sebarang kesilapan semasa pembentangan topik Ashabul-Kahfi ini. Penulis telah cuba sedaya upaya mencari dalil2 drpd sumber yg sahih & rajih (meyakinkan) agar kita benar2 dapat memahami kisah mereka ini seterusnya mengamalkannya dlm kehidupan seharian.
Semoga hidup kita sentiasa dilindungi rahmatNya & berpandukan Al-Quran & As-Sunnah.

Yg benar,
-WMR-
Med V, Monash University.

Di bawah ini turut penulis letakkan soalan2 yg ditanya semasa sesi kuliah & juga shortcomings (kesilapan2). Bacalah kalau ada masa, mudah2an bermanfaat. Sebarang komen & pembetulan sgt dialu2kan. Mudah2an kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya.

A) Soalan2 yg ditanya semasa kuliah (Ada yg dibawah adalah yg dijawab secara langsung oleh penulis on-the-spot, tetapi utk lebih kukuh penerangannya, penulis menambah sedikit sebanyak jawapan yg ada).

1) Soalan ttg anjing ditanya oleh saudara F.
 Saudara F asyik bertanyakan ttg anjing dlm kisah Ashabul-Kahfi…;). Sebenarnya pengajaran yg patut diambil ialah kisah drpd pemuda2 tersebut, bukannya fokus kepada anjing yg diterangkan dlm al-Kahf:18&22. Penulis rasa sudah menjawab secara ringkas shj iaitu anjing tersebut, w/pun ianya binatang & bukan manusia, ttp Allah SWT turut menceritakan kisah anjing ini sebagai kemuliaan yg diberikan kpd mrk yg bersama2 dgn org2 yg berjuang di jalan Allah SWT.
[B/mana pun, utk tidak mengecewakan saudara F (serta para pembaca yg dahagakan ilmu) yg nak mengambil pelajaran drpd anjing lain yg diterangkan dlm al-Quran, sila rujuk al-A’raf:176.] ;)
Wallahu a’lam.

2) Ditanya oleh saudari ? (Maaf ye, penulis tidak tahu nama saudari): Ketika pemuda2 al-Kahfi tidur, bagaimana agama Allah SWT tersebar di kawasan/negeri pemuda2 tersebut? Ini kerana masyarakat mereka kufur ketika pemuda2 al-Kahfi menuju ke gua sebelum tidur & kemudiaannya masyarakat tempat tersebut kembali kepada agama Allah sebangunnya mereka drpd tidur. Siapakah yg menjalankan tugas2 dakwah di situ?
 Jawapan penulis kepada saudari kita ini pada sesi soal jawab tersebut ialah sebenarnya tiada dalil naqli (al-Quran & Hadith) khusus tentang penyebaran agama Allah yg berlaku ketika mereka tidur selama 300/+ 9 tahun. Maka jawapan yg terbaik ialah “Allahu a’lam”. Tetapi kita boleh gunakan aqal & petunjuk2 sirah nabi2 terdahulu bagaimana agama Allah SWT tersebar di muka bumi ini. Sepertimana yg kita tahu, bilangan nabi2 terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan ada ramai (beribu2). Juga, kita tidak tahu pemuda2 al-Kahfi hidup di bawah zaman nabi yg mana satu. Tetapi sirah nabi2 terdahulu menggambarkan ramai nabi2 adalah drpd Bani Israel (cuba ingat kembali gambarajah salasilah nabi2 yg nama mereka disebutkan dlm al-Quran, yg pernah disampaikan dlm kuliah Selasa di Clayton, ketika pembentangan topik Jalut & Talut).
Ada nabi2 yg hidup sezaman tetapi berlainan tempat, e.g. Nabi Ibrahim & Nabi Luth, serta Nabi Musa & Harun dgn Nabi Syuaib & al-Khidr, menunjukkan agama Allah SWT wujud di kawasan2 yg berlainan pada satu2 masa.
Kawasan/Negeri yg ditinggalkan oleh pemuda2 al-Kahfi hanya satu kawasan/negeri shj. Kita tdk tahu negeri2 yg lain adakah semuanya kafir atau ada negeri2 lain yg Islam. Tetapi agama Allah tetap terus wujud di muka bumi ini semenjak drpd zaman Nabi Adam hingga hari Kiamat [As-Saff:8]. Sekiranya tiada satu pun manusia yg beriman pada satu2 masa, nescaya hancurlah bumi ini. Maka jawapan yg penulis fikir (gunakan logik akal/aqli) paling tepat ialah kemungkinan ada org2 Islam drpd luar negeri pemuda2 al-Kahfi berdakwah di negeri tersebut (spt mana Islam sampai ke Malaysia ketika dahulu kala) , ataupun Allah SWT bangkitkan utusan2/nabi2Nya di negeri tersebut ketika pemuda2 al-Kahfi tidur, menyebabkan berlakunya proses pengIslaman masyarakat asal pemuda2 al-Kahfi drpd kufur kepada beriman kepada Allah SWT dlm tempoh masa 300/+9 tahun. WaLlahu a’lam.

*Nota kaki: Agama Allah ialah Islam (perkataan bahasa Arab) w/pun mungkin nama yg lain digunakan pd zaman mereka krn besar kemungkinan bahasa mereka ialah Ibrani/Hebrew [sila rujuk al-Hajj:78], WaLlahu a’alam.

3) Soalan oleh saudara R: Orang Islam pada zaman ini ada 3 kelompok iaitu yg mengamalkan Islam secara penuh (Grp A), mengamalkan Islam sebahagian shj (Grp B) & tidak langsung mengamalkan Islam (Grp C). Kenapa ramai Grp A yg seolah2 tidak mahu bercampur dgn Grp C?
 Sebelum menjawab soalan, kita mesti ingat bhw seseorg yg beragama Islam w/pun tdk beramal langsung dgn Islam dlm hidupnya, kita tdk boleh mengkafirkan org yg tdk beramal itu yer. Juga, utk soalan ini, penjelasannya adalah panjang lebar serta perlu ada sesi yg khusus serta ada ‘jargon’2nys spt Tawasul Ijtima’ie dsb. Tapi penulis kat sini cuba ringkaskannya yek ;) .
Cuba kita ingat analogi (ini analogi shj ye, utk memudahkan penerangan) yg penulis gunakan semasa menjawab soalan saudara R iaitu Grp A sbg Engineering Students, Grp B sbg Bioscience Students & Grp C sbg Medical Students. Kita akan dapati kalau Grp A nak berbual topik ttg Engineering, at least Grp B boleh faham sedikit ttp Grp C mungkin x faham langsung. Begitu juga sebaliknya. Sepertimana Hadith drpd Aisyah ra: Ruh-ruh adalah spt tentera yg direkrut. Sekiranya mrk kenal antara mrk, mrk akan saling berdampingan ttp sekiranya mrk tidak mengenal antara mrk, mrk akan saling jauh-menjauhi. Maka, sudah menjadi kebiasaan org2 yg ruhnya baik suka berdampingan dgn org2 lain yg turut mempunyai ruh yg baik, serta mejauhi org2 yg ruhnya tdk baik. Seumpama ahli2 masjid dgn kaki2 disco.
B/mana pun, kita sebagai org Islam hendaklah berbaik sangka terhadap org Islam yg lain. Bagi Grp C tadi, kita perlu doakan agar mereka mendapat hidayah drpd Allah SWT, tdk menyisihkan serta membantu mrk ktk mrk memerlukan bantuan. Boleh juga berdampingan dgn mrk utk perkara2 kebaikan spt kempen kesihatan, ziarah-menziarahi ketika musim perayaan serta mengajak mereka ke majlis2 kebaikan yg umum e.g. ceramah & kuliah dsb. Bagi Grp B pula, kita berdampingan dgn mrk agar mereka dpt menambah amal2 kebaikan mrk serta mengurangkan amalan2 keburukan mrk. Cthnya mengajak melakukan amal kebaikan kepada masyarakat bersama2, menghadiri majlis2 ilmu dsb dgn harapan mrk ini akan memahami hakikat kehidupan Islam yg sebenar. Utk Grp C pula, kita berdampingan dgn mrk utk perkara2 khusus yg berkaitan dgn agama esp yg diamalkan Nabi SAW & para Sahabat bagind r.a. (e.g. Qiamullail [Al-Isra’:78-79] yg serta urusan2 dunia yg lain juga x patut dikecualikan.
Secara kesimpulannya ialah, penting utk kita saling bergaul mengikut kadarnya, doakan kesejahteraan antara satu sama lain serta melakukan aktiviti2 bersama mengikut kadar kefahaman2 masing2. WaLlahu a’lam.

B) Shortcomings yg berlaku ketika sesi kuliah

Bilangan sebenar pemuda al-Kahfi
- Hakikat sebenar bilangan mrk hanyalah diketahui oleh Allah SWT (Al-Kahfi:22). Siapalah kita makhlukNya yg lemah utk tentukan bilangan mrk, apatah lagi perkara ini turut diakui olehNya bhw kita pasti tidak tahu bilangan mrk yg sebenar. Dlm kuliah, penulis byk menggambarkan bilangan mrk sbg 7 org. Ini sebenarnya berdasarkan pembacaan penulis sendiri yg mendapati majoriti article2 berkaitan kisah mrk sbg 7 org. Hanya sekadar utk memudahkan penyampaian, penulis menggunakan nombor 7 sbg bilangan mrk, rather than tanpa menggunakan sebarang nombor, ditakuti ada org yg terfikir bilangan mrk nih jauh lebih drpd range 3-7 org spt dlm ayat tersebut. WaLlahu a’lam.

Masa
- Penulis minta maaf byk2 kerana setiap kali penulis menyampaikan kuliah kisah2 al-Quran, biasanya masa yg diambil ialah hampir sejam atau lebih (Lebih2 lg smlm krn start pukul 8:20 krn menunggu org lain dtg, maaf atas kelewatan semalam). Ini krn penulis mempunyai preference sendiri utk menyampaikan sesuatu, lebih2 lagi ianya adalah drpd al-Quran.
Kaedah yg penulis suka ialah membaca ayat berkaitan dlm bahasa Arab, kemudian terjemahkannya ke dlm bhs Melayu, kemudian penerangan ayat tersebut. Membaca al-Quran dlm bhs ianya diturunkan iaitu bhs Arab bagi penulis ada hikmahnya. 1st sekali, kita dapat pahala apb membaca atau mendengarnya w/pun x faham. Utk menterjemahkannya drpd bhs Arab ke bhs Melayu, penulis suka tgk perkataan Arabnya kemudian cuba dptkan kata asal (root word) bagi perkataan Arab tersebut kemudian terjemahkannya dgn ilmu bhs Arab cetek yg penulis ada ini. Ini krn feeling memahami makna direct drpd bhs Arab dgn feeling tahu maksud bahasa asing adalah tdk sama. Terjemahan2 al-Quran ke dlm pelbagai bhs asing pd zaman ini sudah sgt bagus & advanced utk manfaat umat Islam yg x tahu berbahasa Arab seperti penulis sendiri. Ttp drpd pengalaman bergaul serta ceramah yg dihadiri, ada sekali penulis t’dgr bhw terjemahan al-Quran ke bhs asing tidak perfect (100%) & ini terbukti benar. Ini krn kdg2 perkataan Arab itu x boleh diterjemahkan ataupun mempunyai byk kata seerti yg sama sekiranya diterjemahkan. Cthnya ada perkataan ‘Anzalna’ (Al-Hadid:25) yg diterjemahkan sbg ‘Kami ciptakan’ dlm bbrp cetakan terjemahan al-Quran sedangkan ‘Anzalna’ lebih bermaksud ‘Kami turunkan’. Significantnya di sini ialah dgn perkembangan ilmu yg berkembang pesat hari ini, para saintis berhujah bahawa besi bukanlah unsur asal di bumi ini tetapi ianya adalah serpihan2 drpd satu planet yg meletup (Letupan Supernova) & kemudiannya menjadi meteor2 sebelum ada antaranya TURUN ke bumi & menjadi besi yg sgt bermanfaat kpd kita di hari ini. Maka sains telah membuktikan kebenaran al-Quran hanya dgn pemahaman satu perkataan Arab shj dlm al-Quran.
Oleh kerana kaedah yg penulis pakai ini, maka tidak hairanlah biasanya penulis menghabiskan sekitar sejam atau lebih utk satu2 penyampaian. Maka di sini, penulis memohon ampun & maaf byk2 krn telah ‘mencuri’ masa pada hadirin yg dtg ke ‘taman2 syurga dunia’ ini (Majlis2 ilmu/mengingati Allah SWT).

*Nota kaki: Hakikatnya masa ialah pemberian Allah SWT. Kenapa tidak kita luangkan kembali sebahagian pemberian Allah SWT kepada kita ini utk mendengar ayat2Nya yg memang diturunkan utk kita semua umat manusia? Siapa lagi yg mahu mendengar ayat2Nya utk diamalkan kalau bukan kita umat Islam? Sekadar monolog dalaman penulis.

Ayat terakhir surah al-Kahfi
- Penulis memohon maaf krn tertinggal utk sampaikan ayat terakhir surah al-Kahfi kerana tdk perasan akibat desakan masa.
Ayat itu bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
Pengajaran ringkasnya ialah kita semua makhluk diciptakan Allah SWT. Peranan org Islam pada hari ini ialah spt mana tugas Rasulullah SAW & para sahabat r.a. utk mengajak manusia agar sama2 mengEsakan Allah SWT. Barangsiapa yg menjalankan tugas sedemikian, serta melakukan amal2 soleh & meninggalkan kesyirikan spt mana yg diperintahkanNya dlm ayat ini, sesungguhnya Insya Allah kita semua akan mendapat nikmat yg paling nikmat, lebih baik drpd nikmat2 di Jannah Allah SWT yg lain (e.g. bidadari2, pelayan2, sungai2 etc) iaitu nikmat bertemu sendiri dgn pencipta kita iaitu Allah SWT. Sudahkan kita melakukannya? Maka ayuh kita segera melakukannya sekarang.

Byk lagi shorcomings yg lain ttp penulis rasa cukuplah setakat ini shj. Sekiranya telah ditetapkanNya, Insya Allah kita berjumpa lagi. Penulis rasa sgt2 sedih krn bakal meninggalkan bumi Clayton ini sekiranya telah ditetapkanNya x lama lagi. Bumi yg subur dgn terdapat kelopok manusia yg cuba mengamalkan isi kandungan al-Quran. Begitu juga dgn bumi2 lain di Australia ini. Dgn ini, penulis memohon ampun & maaf terhadap sesiapa shj yg penulis pernah buat salah & silap. Mudah2an dosa kita semua diampunkanNya, Amin.

Penulis sbg salah seorg pelajar senior mengucapkan……….
“Selamat tinggal & Selamat berjaya sahabat2 & adik2ku sayang. Berdoalah agar kita semua tsabat (teguh) mengamalkan Islam dlm kehidupan seharian kita. Mudah2an kita berjumpa lagi… kalau tidak di dunia ini, Insya Allah di Akhirat nanti yg pasti… mudah2an kita semua dikumpulkanNya di JannahNya nanti…. Amin Ya Rabbal ‘Alamin”

Yg ikhlas,
-Akh WMR-
Med V, Monash University.

Thursday, October 15, 2009

Stress?

'Stress', kalau mengikut Kamus Progresif Inggeris-Melayu, adalah 'tekanan' atau 'titik berat'. Jadi apabila seseorang itu memberitahu kita bahawa dia mengalami stress, ini bererti besar kemungkinan, dia sedang menghadapi tekanan hidup dan perasaan. Tekanan hidup adalah satu perkara yang seringkali bermain di dalam kehidupan. Setiap yang hidup, pastinya akan merasai tekanan hidup dalam usahanya untuk meneruskan kehidupan. Boleh dikatakan, setiap perasaan yang kita rasakan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan, boleh mendatangkan stress.



Seringkali stress ini diungkapkan dalam sudut yang berbaur negatif berbandingkan dalam ruang lingkup yang positif. Stress dianggap sesuatu yang membebankan, menyusahkan malah menyesakkan emosi dan minda. Hendaklah perlu difahami bahawa stress juga memberikan implikasi yang positif kepada individu. Ianya merupakan satu mekanisme yang boleh menggerakkan motivasi diri untuk mencapai sesuatu maksud dan tujuan. Stress perlu wujud dalam kehidupan manusia. Bayangkan jika tidak wujud stress, manusia mungkin akan berada di tahap yang sama.

Stress atau tekanan yang dialamai oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan beliau menangani masalah yang sedang dihadapi. Ketidakseimbangan antara faktor fizikal, mental dan emosi akibat tekanan yang dihadapi menyebabkan seseorang individu tidak dapat berkelakuan normal seperti kemurungan, lemah longlai, lesu, tidak bermotivasi malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tekanan atau stress yang dialami ditahap yang kritikal. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, ianya akan memudharatkan individu tersebut baik dari aspek izikal, mental, emosi mahupun penglibatan sosial mereka.

Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi meringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:

1. Bersabar dengan segala yang menimpa.
"Wahai anakku, dirikanlah solat, dan serulah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya" (Luqman:17)

2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata; Kami beriman, sedang ereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang yang berdusta" (Surah Al-Ankabut:2-3)
3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat menggugurakan dosa.

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah SWT akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat al-Bukhari)
4. Kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus akan menyedarkan akan keagungan dan kekusaan Allah SWT.

"Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami kembali" (2:156)


5.Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan membolehkan manusia membezakan diantara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.

6.Ujian adalah tanda Allah SWT mencintai seseorang itu.

Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya" (Hadis riwayat Bukhari)


7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada maslaah yang dialami orang lain.

8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


-unknown author-

9. Do not do the following:



Semoga Allah kurniakan ketenangan kepada semua =) Lebih-lebih lagi time musim2 nak exam ni. Consult someone if you need too.. And if you need a study mate, contact Hanan/Kak Rina.

Wednesday, October 14, 2009

Documentary Review: The Arrivals

Iblis berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Mu yang terpilih di antara mereka.” (Surah Al-Hijr: 39-40)

A great beginning for a piece of work. Secara amnya, The Arrival merupakan dokumentari yang diusahakan oleh beberapa brothers yang bimbang dan menyedari betapa kucar-kacirnya masyarakat dunia kini. Mungkin 50 siri dokumentari terasa banyak bagi mendengar tetapi yang sudah melihat dokumentari ini, you won’t feel anything. Based on record, sudah terdapat lebih daripada 500 websites and blogs memaparkan dokumentari ini dan more than 3 millions penonton.


Maybe some of you will ask: What is it all about??? Basically, ia menceritakan bagaimana kita sebenarnya dikuasai oleh Syaitan dan hamba2nya. Mind Control? Cartoon? Music? Economy? Politics? Bagaimana kartun2 dilukis bermula dengan organ seks tanpa kita sedar? Bagaimana hamba2 syaitan sedar Mekah merupakan pusat di mana positive energy paling kuat di muka bumi ini dan mereka cuba untuk menirunya?

“...New Yorkers soon nicknamed it The Sphere. It was meant to symbolize world peace through world trade, and was placed at the center of a ring of fountains and other decorative touches designed by trade center architect Minosoru Yamasaki to mimic the Grand Mosque of Mecca, in which The Sphere stood at the place of the Kaaba.”

Terlalu banyak input untuk dikongsi dan tak mungkin untuk diceritakan setiap satu di sini. Maka, watch it dan carilah kebenaran. Banyak kontroversi timbul but the fact is, it is impossible to be 100% perfect. At least, there is something for us to gain. It is A WAKE UP CALL!!

Part 1: http://www.youtube.com/watch?v=Zq89nJJlpdY&feature=related



p/s: Follow the related video link to watch all the other 49 series.. but do make sure it doesn't disturb you rom preparing for the final exam, ok?! ;)

REVIEWED BY: nfn