Friday, July 31, 2009

MABIT


Assalamualaikum..

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) adalah satu program qiamullail yang dianjurkan bagi mengisi dan meningkat kembali rohani diri disamping membina iman dan taqwa. Program yang dianjurkan oleh FAMSY-MSD dengan kerjasama ISMA-AUS ini akan diadakan untuk sisters Clayton pada jumaat pertama pada setiap bulan.

Untuk bulan August, MABIT akan diadakan pada malam ini (31/7/09).
Tempat: Prince dan BM
Masa: 9.30pm
Aktiviti: tadarus quran, pengisian, qiyam diikuti dengan riadah pada keesokan paginya, iA.

Untuk maklumat lanjut berkenaan MABIT kali ini (kali ke-4), sila hubungi kak idah di talian 0430014828.

Mari, mari!! Kita berlumba untuk meningkatan iman dan taqwa diri!!..

SKI TRIP (MOUNT BULLER) – 30 JUNE 2009

Pada 30 Jun 2009, FAMSY – MSD dengan kerjasama ISMA Australia telah menganjurkan Ski Trip ke Mount Buller. Mount Buller terletak di bahagian tenggara Alpine National Park, kira – kira 248km di timur laut Melbourne. Ketinggian Mount Buller mencecah 1600m di atas paras laut. Dengan bayaran AUD59, kira – kira 12 puteri dari Clayton, bersama-sama dengan sahabat dari city telah bertolak ke sana seawal jam 8 pagi dengan menaiki bas (SITA coach).

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam, kami menonton cerita “The Message”. Pada jam 10.30 pagi, kami tiba di satu tempat untuk menyewa peralatan – peralatan yang sesuai untuk bermain salji di Mount Buller. Jam 11.00 pagi, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Mount Buller pada jam 11.40 pagi.



Cuaca yang sejuk dan pandangan yang memutih menyemarakkan lagi perasaan yang tidak sabar – sabar untuk naik ke atas, yakni ke tempat yang sesuai untuk bermain ski, snowboard, toboggan dan sebagainya. Kami perlu menaiki bas yang disediakan khas oleh pihak Mount Buller untuk naik ke atas. Pada hari itu, suhu di sana sekitar 4 darjah Celsius. Kesejukan yang sedia terasa makin bertambah dengan kehadiran angin yang agak kuat sehingga dapat menerbangkan toboggan yang dibawa. Pemandangan juga amat berkabus. Kadang – kadang angin yang bertiup seakan membawa kabus pergi.

Kami, yang terdiri daripada 40 sisters City dan Clayton hanya ada sehingga jam 4 petang untuk menikmati kesejukan salji. Kami menunaikan solat jamak zohor dan asar dan lunch terlebih dahulu sebelum bermain salji. Pengalaman solat diatas salji adalah satu pengalaman yang baru dan tidak dapat dilupakan bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki di tempat yang bersalji seperti Mount Buller ini. (mereka bersejadahkan toboggan ke?)


Walaubagaimanapun, keseronokan untuk bermain toboggan (bagi mereka yang menyewa toboggan) sedikit terbantut kerana tempat yang dikhaskan untuk bermain toboggan ditutup untuk kegunaan pengunjung. Tidak pasti apakah sebabnya. Maka, alternatif lain untuk “menikmati” salji ialah dengan membuat snowman. Ada juga yang meneruskan niat dengan bermain toboggan di tempat yang dirasakan sesuai dan tidak berbahaya kepada diri dan orang lain.


Jam 3.30 petang, kami sudah perlu beransur pulang. Tepat jam 4 petang, bus kami bertolak pulang. Selepas memulangkan peralatan – peralatan yang disewa, kami meneruskan perjalanan dan berhenti rehat untuk dinner dan solat mahgrib dan isyak di Yea. Selepas semuanya selesai, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Clayton lebih kurang jam 8 malam.

Walau kepenatan, keceriaan jelas terpancar pada wajah setiap peserta, terutama bagi yang pertama kali bermain salji.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
Yang bernama tetapi tidak mahu dinamakan.

Thursday, July 2, 2009

Post Exam Hi-Tea


Assalamualaikum,

To all clayton sisters, you are cordially invited to our Post Exam Hi-Tea. Details are

Venue: Rumah Kak Muna, 186 Clayton Road
Time: 330pm until Maghrib
Type: Potluck

Hope to see you there

It is now time for...WINTER!!



Ski Trip: 30 June



JMD: 4-6 Julai





Winter Trip: 10-15 Julai



Seminar Mahasiswa: 16 Julai



Roadshow Aman Palestine: 18 Julai



Perasmian ISMA-AUS: 20 Julai
http://winter2009.ismaaustralia.com/

lagu tema ISMA