Monday, March 31, 2008

~Birthday of the month~

:.. Selamat Hari Lahir, Moga hidup diberkati dan keimanan kepadaNya meningkat seiring dengan bertambahnya umur kita ..:



01/04/88 Hanan
08/04/85 Shida
18/04/83 Kak Izza
21/04/88 Maisara
22/04/83 Kak Baie
24/04/84 Kak Adeeb
24/04/85 Aizun
27/04/88 Nurul Amirah
30/04/85 Aishah






Saturday, March 29, 2008

Kapten Ball

Aktiviti kedua lujnah riadah berjalan spt yg dirancangkan...Kita main kapten ball!!! Eh, ape tu kapten ball?? Tak pernah main pun...Kapten ball adalah suatu permainan gabungan bola jaring + bola baling.Alhamdulillah, walaupun sejuk pada pukul 8 pagi tu, masih ada yang bersemangat untuk bermain di Padang Browns.


Terdapat 2 buah pasukan menyertainya iaitu galah vs cili (ada significant di sebalik nama2 pasukan tersebut,hihi..) Setelah 30 minit bermain, kumpulan galah telah memenangi permainan dgn 7 goal berbalas 4. Smua org seronok bermain walaupun terdapat sesetengah pemain yang dh pancit2 :D, almaklumlah..dh lama tak bersukan ek. Selepas ini, bolehlah join lagi aktiviti2 yang akan dijalankan.Kalau sesiapa yang nk main lagi kapten ball, knelah tunggu ye for the next game...





SIMBIOSIS UKHWAH

~~~~UKHWAH~~~~

Seerah :

Kisah Uthbah

o Uthbah menyatakan keinginan untuk memeluk Islam tetapi sahabatnya mahu memutuskan silaturrahim jika Uthbah memeluk Islam
o Demi sahabatnya Utbah sanggup menjadi antara penentang hebat Islam. Beliau sanggup memijak tengkuk rasullah dan letak perut unta di kepala rasulullah semasa rasulullah sedang solat di depan Kaabah

Buat renungan sahabatku : Adakah kita mahu menjadi seseorang seperti Uthbah?



Sesungguhnya setiap hari kita sentiasa berukhwah dengan sahabat kita tetapi adakah kita telah menunaikan hak-hak sahabat kita dalam berukhwah?...


JOM kita semak CHECKLIST Ukhwah untuk menilai keLEBIHan & keKURANGan kita dalam berukhwah :) *wink*wink



Apakah syarat-syarat dalam berukhwah yang disarankan oleh Islam?

- Ukhwah dibina atas dasar keikhlasan kepada Allah
- Ukhwah dibina atas dasar ketakwaan & keimanan
- Ukhwah dilaksanakan atas syariat Allah
- Ukhwah dibina atas konsep nasihat-menasihati
- Mengamalkan konsep bantu-membantu dalam senang dan susah


Hak-hak sahabat & cara memupuk ukhwah sejati

- Beritahu sahabat bahawa kita kasih kepada mereka
- Apabila berpisah, maka hendaklah berdoa kepada sahabat tanpa pengetahuannya
- Bermanis muka ketika berjumpa dengan sahabat
- Ketika berjumpa, segeralah bersalaman dengan mereka
- Sesekali menziarahinya
- Memberi hadiah
- Membantu sahabat fillah (kerana Allah)
- Sentiasa memaafkan sahabatnya
- Menutup dan memelihara rahsiah, keaiban dan maruah sahabat


Macam mane? :P yang mana lagi banyak; keLEBIHan atau keKURANGan??


Takper sesungguhnya kita kadang-kala terleka dan melakukan kesilapan, lepas nie boleh la praktikkan tips-tips UKHWAH nie k :)


Dalam kita berukhwah kadang-kadang kita kurang sedar kita telah diserang oleh virus-virus yang cuba merosakkan ukhwah yang dibina... ERMMM adakah kita telah menjadi salah seorang daripada mangsa VIRUS UKHWAH????



VIRUS-VIRUS dalam ukhwah

- Tamak akan kenikmatan dunia
- Lalai menunaikan ibadat & perintah agama
- Tidak santun dalam berbicara (bergurau secara berlebihan, meninggikan suara, berdebat & membantah secara berlebihan)
- Sikap acuh
- Mengadakan perbicaraan rahsia
- Keras kepala, enggan menerima nasihat & saran
- Sering membantah, berbeza sikap & hobi
- Menegur di depan orang lain
- Sering menegur, kurang toleran & susah memaafkan kesalahan sahabat
- Mengadu domba
- Membuka rahsia kepada orang lain
- Mengikut prasangka
- Mencampuri masalah peribadi
- Egois, sombong tidak empathy
- Berlebihan mengungkit kebaikan
- Enggan mengungkapkan perasaan cinta
- Melupakannya kerana terlalu sibuk dan kurang setia
- Suka menonjolkan kelebihan peribadi
- Mengingkari janji & persepakatan tanpa alasan
- Selalu menceritakan perkara yang menyedihkan sahabatnya & menyampaikan berita yang membuatkannya resah
- Terlalu cinta


Semoga sedikit peringatan ini dapat membantu diri kita dalam menjadi muslimah yang lebih baik...inshAllah

"....Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (8 : 62-63)



Motto : Simbiosis UKHWAH

Jaulah ke Mornington Peninsula


Alhamdulillah, berkat kasih sayang ALLAH dan Rahmat-NYA, jaulah ke Mornington Peninsula berlangsung dengan jayanya. Seramai 16 orang terdiri daripada pelajar tahun 3 dan pertama menyertai aktiviti ini. Sebelum tiba di Mornington Peninsula. kami singgah di Frankston Beachuntuk menyaksikan Sand Sculpting Australia, yang pada tahun ini bertemakan Fairytales & Fables. Kehalusan seni mengukir pasir begitu terserlah melalui ciptaan seni pengukir-pengukir dari seluruh dunia.
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke The Enchanted Maze Garden. Taman yang indah ini benar-benar menguji minda kami. Ada yang sesat di dalam maze, pening-pening dengan permainan-permainan minda dan ada yang menguji keberanian dengan memegang ular. Hihihi.Destinasi seterusnya adalah Sunny Ridge Strawberry Farm. Di sini, kami diberi peluang untuk memetik sendiri strawberi di situ. Sambil petik
pun boleh makan… Nyum..nyum… Perut penuh, bekas yang diberi pun penuh..
Keindahan alam dinikmati sepenuhnya di The Cape Shanck Lighthouse. Peluang mengambil gambar berlatarkan belakangkan laut yang indah tidak dilepaskan. Kami semua turun ke pantainya yang berbatu. Ada yang cuba menyentuh air laut, dan ada juga yang basah dipukul ombak. Hihihi..
Walaupun penat berjaulah sepanjang hari, namun kami semua gembira dengan pengalaman yang ditimba dan ukhwah yang terbina. Semoga ukhwah ini mendapat redha Illahi.


Thursday, March 27, 2008

kembara menyelusuri keagungan ilahi, bersama suburkan kemanisan ukhuwwah


23 March 08
Antara salah satu program autumn 2008 kali ini ialahberjaulah dengan berobjektifkn merapatkn ukhuwah di antara adik2 ygmuda dan ceria bersama2 kakak2 yg jelita…=). Jaulahkali ini ber destinasikn pantai di morningtonpeninsula iaitu Sorrento n Blairgowrie beach. Peserta2yg terlibat ialah adik2 2nd yr dan akak2 4yr year.Walaupun perjalanan kami agak terlambat stgh jam drjadual krn sedikit masalah teknikal, (manusia hanyamerancang…..) tp alhamdulillah segala activity dpt dijalankn dgn sebaiknya.

Antara activity yg diadakanialah taaruf, pembacaan dan presentation kisahsahabat, teka silang kata pasangan adik dan kakak,lukis dan teka kisah2 al quran, mandi dan sememangnya yg x perlu di masukkn dlm list activityialah sesi berposing. Hmm…tp napaknyer juara berposingjaulah kali ni di menangi oleh safiyyah nuha, pesertapaling muda, dlm keadaan rela dan terpaksa…=). Semogaukhuwah yg terjalin ini x terputus begitu sahaja. Ygjauh kt rapatkn, yg rapat kt mesrakan….semoga segalayg dilakukan mendapat keberkatan ilahi….

~Autumn Gathering 2008~



WHERE SHALL WE BEGIN?

Program cuti musim luruh yang dianjurkan oleh FAMSY di Werribee Islamic College telah diadakan pada 25-26 March 2008. Dengan bertemakan "Where shall we begin", program ini bertujuan untuk mencari detik permulaan @ "to find the step of beginning". Pelbagai slot ceramah telah diatur, ada tayangan movie lagi, makanan yang disediakan pun sedap2 dan juga sesi riadah utk merehatkan minda. Pada kali ini juga, warga Clayton dan city dapat berjumpa dan merapatkan ukhwah sesama mereka...Bestnyer jumpe smua org =)




Antara slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Halim adalah:

Slot 1 : Imaniyat Australia

Slot 2 : Antara ijazah dan risalah

Slot 3: Kepentingan tarbiyyah

Slot 4 : Palestin, negara yang kita sayangi




:.. Bangkitlah hai pemuda Islam, kau tunas harapan penuh penantian, wujudkanlah cita dan impian, dengan kekuatan kita kan berjaya ..:

Tuesday, March 18, 2008

Inilah Sejarah Kita

sambutan maulidur rasul


DUNIA BARU ISLAM

masih basah kenangan indah
zaman cemerlang era gemilang
ketika rasul ada disisi
para sahabat mentadbir bumi

zaman nubuwwah era khulafah
islam laksana api yg menyala
menerangi teman dan juga sahabat
bahang panasnya membakar lawan

dicelah itu lah
kami mengatur langkah
membina sebuah ta'ifah
disini bara tk pernah padam
di genggam kukuh sebuah azam

ayuhlaah para mujahid
ayulah para mujahidah
kita tinggalkn zaman fitnah
agar tertegak kalimah Allah
agar terbgn...DUNIA BARU ISLAM

12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w , nabi junjungan kita. sempena memperingati hari keputeraan baginda, jumaat ini 21 march, satu sambutan maulidur rasul akan diadakan di city..marilah beramai2 kita menghadirkn diri ke majlis ini.. =)

Saturday, March 15, 2008

explore race 08..tk kenal maka tk cinta






assalammualaikum wbkth

9 mac 2008 - seangkatan tentera dr clayton telah menyertai program explore race anjuran FAMSY bersama warga city..walaupun ada beberapa org yg tertinggal train.krn terbgn lambat..hehe.tp berjaya diselamatkn oleh kak syaf..=) prog start dlm kul 9.30..dn tamat dlm kul 6 ..semua nmpk bersemangat utk menang sampai ada yg tersesat sampai ke Port melbourne walaupun sepatutnya ke check point di dockland..=) biarpun ada kontroversi dlm beberapa check point..tp rata2 semua org happy sbb dpt cerderamata note book kecik utk jdkn kenangan..hehe...jazakumullah semua..

Thursday, March 13, 2008

Blog KITA

assalamualaikum wbkth

alhamdulillah..akhirnya blog khas utk puteri clayton berjaya di'lahirkn'..tajuk blog di pilih sesuai dgn perjuangan kita...perjuangan utk mengembalikan izzah Islam di muka bumi ini..bangsa palestin mengajar kita, bagaimana kita harus terus berjuang.. biarpun darah membasahi bumi..syahid dlm cintaNya..

diharap blog ini dapat merapatkn sesama puteri clayton..dn semoga dpt dijadikn medium utk menyampaikn apa2 maklumat..

satu peringatan utk pelawat2 blog.. diharap blog hanya utk tatapan clayton girls shj..=)


thanks to Allah ..